PENGUMUMAN – Pengisian Tarekat Ghazaliyah di laman Facebook Tarekat
Ghazaliyah ini nanti akan dibahagikan kepada 3 kategori, iaitu :
1.
Umum
2.
Khusus
3.
Khusus daripada yang Khusus
Perinciannya adalah sebagaimana berikut :
1.
Umum – Peringkat asas. Sesuai sebagai bacaan/didengar/tontonan
semua pengamal Tarekat Ghazaliyah. Juga sesuai untuk semua pengunjung. Sesiapa
yang mahu mengambil manfaat daripadanya dipersilakan. Soal jawab, komen dan
perbincangan terbuka untuk semua pengunjung.
2.
Khusus – Peringkat pertengahan. Hanya untuk
orang-orang yang sudah lama atau agak lama mengamalkan Tarekat Ghazaliyah. Soal
jawab, komen dan perbincangan hanyalah untuk mereka yang terlibat sahaja. Para
pengunjung lain abaikan sahaja posting2 kategori ini kerana ada risiko untuk
tersalah faham.
3.
Khusus daripada yang Khusus – Peringkat
tinggi. Hanya untuk bacaan/didengar/tontonan para pengamal Tarekat Ghazaliyah
yang sudah mencapai tahap tertentu. Soal jawab, komen dan perbincangan hanyalah
untuk mereka yang terlibat sahaja. Pengunjung yang tidak terlibat, abaikan
sahaja posting2 berkaitan. Jangan cuba2 difaham sendiri kerana risiko untuk
tersalah faham adalah besar.
Diharapkan dengan penjelasan dan pertauran sebegini, perjalanan
laman ini kan lebih sejahtera.
-
Team SDTG, 22 Jun 2018
No comments:
Post a Comment