Monday, June 18, 2018

Suara FB AZA Jun 2018



Tahniah kepada umat Islam yang pada bulan Ramadhan yang lalu berusaha untuk membaca Al-Quran pada setiap hari DAN berusaha juga untuk membacanya pada 1, 2 dan 3 Syawal. Semoga istiqamah.
Yang sudah terhenti pada 1, 2 atau 3 Syawal, boleh mula disambung mulai hari ini.

"Dan bersabarlah menunggu ketetapan Rabb kamu kerana sesunguhnya kamu berada di dalam pemeliharaan Kami, dan berzikirlah dengan memuji Rabb kamu ketika kamu terbangun. Dan pada sebahagian malam, bertasbihlah kepadanya, juga ada waktu terbenamnya bintang2 (fajar)." (At-Tur : 48-49)

“Sesungguhnya sifat benar itu membawa kepada kebaikan dan sesungguhnya kebaikan itu membawa ke syurga. Dan sesungguhnya seorang lelaki (termasuk wanita) bersifat benar sehingga ditulis di sisi Allah sebagai orang siddiq. Dan sesungguhnya bohong itu petunjuk kepada kejahatan dan kejahatan itu membawa ke neraka.” (Bukhari, Muslim)

“Barangsiapa yang mengkhianati kita bukanlah daripada golongan kita.” (Muslim)
Oleh itu tidak ada ruang yang terluang bagi pengkhianat, penipu, pengampu, pemutar belit yang curang dan kufur (engkar).
Dr. Muhammad Ali Hasyimi, Syakhsiyyatul Muslim

"Sesungguhnya kalian dalam keadaan berbeza pendapat.Dipalingkan daripadanya (Al-Quran dan Rasul) bagi mereka yang dipalingkan. Terkutuklah orang2 yang banyak berdusta. Iaitu orang2 yang terbenam dan kebodohan dan kelalaian." (Az-Zariyat : 8-11)

"Sesungguhnya orang2 bertaqwa berada dalam taman2 dan mata air. Mereka mengambil apa yang diberikan oleh Rabb kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (ketika masih hidup di dunia) ialah orang2 yang berbuat baik (muhsin). Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam. Dan pada akhir malam mereka memohon keampunan kepada Allah." (Az-Zariyat : 15-18)


No comments: