SOALAN :
Bagaimana nak suka pada Allah Taala..?
JAWAPAN :
Antara usaha-usaha yang boleh dilakukan :
1. Semua yang ada adalah kepunyaan Allah termasuklah perasaan suka akan Allah. Hanya Dia yang berkuasa untuk membuatkan kita suka kepada-Nya. Oleh itu, langkah awal dan usaha terpenting seterusnya ialah memohon kepada-Nya agar Dia anugerahkan, hadiahkan, kurniakan dan rezekikan kepada kita rasa suka akan Dia. Hanya Dia yang boleh beri, bukan diri kita, guru-guru kita, kitab-kitab dan mana-mana makhluk-Nya. Kita usaha sehebat mana pun, jika Dia tidak kurniakan, tetap tidak akan dapat. Oleh itu, kita selalu rendahkan diri kepada Allah dengan memohon kepada-Nya agar Dia anugerahkanlah kepada kita.
2. Banyakkan pergaulan dengan orang-orang yang suka/cinta akan Allah. Sekurang-kurangnya dengan mereka yang sedang dalam usaha untuk mencintai Allah. Lihatlah keadaan mereka dan cuba-cubalah contohi. Jika belum ada, carilah orang-orang sebegini dan rapat-rapatlah. Jika sudah ada, lebih rapatkan lagi.
3. Ikutilah secara istiqamah seterusnya pengajian Kitab Cinta Allah dalam Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin ini, atau mana-mana guru dan kitab yang memperkatakan tentang cinta Allah.
Abu Zulfiqar
23 Julai 2016
1 comment:
Assalamualaikum wbt.
Maaf ustaz. Saya terbaca entri tentang kitab Ta'lim al-Muta'allim al-Jawi di blog ustaz. Sudah agak lama juga sy mencari kitab ini dalam edisi jawi yang diterjemah oleh Hj Ahmad bin Haji Qasim. Namun tiada dalam pasaran.
Kalau tidak keberatan, boleh saya minta pertolongan dr ustaz utk mendapatkan kitab tersebut bg edisi terjemahan rumi dan edisi asalnya iaitu jawi? Saya cuba untuk menghubungi Ustaz Muhamad Rauf sendiri tapi tiada jawapan dari pihak beliau. Besar harapan agar ustaz mampu memberi pertolongan.
Jazakallahu khairan kasthira
Post a Comment