Sunday, July 5, 2009

SJ Ringkas - Orang Bunian

SOALAN:
Ada orang masuk hutan jumpa perkampungan orang bunian, ataupun terdengar bunyi riuh-rendah, dengar orang mengaji dan lain-lain. Betulkah wujud? Siapakah orang bunian ini?

JAWAPAN:
Ya, memang ada. Pada pandangan saya, orang bunian ini ialah dari golongan jin. Tapi ada juga pandangan lain yang mengatakan orang bunian ini ialah hasil perkahwinan antara jin dengan manusia. Jin berkahwin dengan manusia, keturunan mereka itu jadi orang bunian.

Macamlah cerita Balqis- Princess of Sheba (Ratu Saba', tapi ini cerita riwayat-riwayat saja (tidak kuat untuk dijadikan hujah). Ketika dia menyingsing kainnya untuk masuk ke istana Nabi Sulaiman yang disangkakannya air, ternampak kakinya berbulu agak panjang. Orang mengatakan Ratu Balqis ini dari keturunan jin dan manusia, sebab itu kakinya begitu. Wallahualam.

Ada juga yang berpendapat mereka bukan jin dan bukan manusia, tapi makhluk lain. Bagi saya, saya berpegang dengan pandangan yang mengatakan mereka ialah dari bangsa jin. Wallahualam.

(Soal jawab ini dalam bentuk lisan, saya buat penguahsuaian sedikit)

2 comments:

~* Raudhotuz Zahra *~ said...

Salam, saya pun pernah dengar juga cerita yg mengatakan Ratu Saba ni campuran jin dan manusia. malah kalau tgk dlm karya tulisan Ibnu Kathier pun ada juga cerita yg Nabi Sulaiman ni lahirkan ramai anak sebab nabi Sulaiman boleh menggauli isterinya 100 @ 1000 orang dlm satu malam. dan jika Nabi Sulaiman tidak membaca bismillah, anak-anak dilahirkan cacat. yang mana sempurna itu menjadi tentera-tentera Allah. Wallahu'alam, tentera Allah ini dalam bentuk apa, manusia atau jin.

ABU ZULFIQAR AMSYARI said...

Wlksm Ukhti Raudhotuz Zahra, lama tak berjumpa di ruang maya ni. : )

Terima kasih atas perkongsian info.

Anda mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails