Thursday, July 23, 2009
Kuliah - Fitnah dari Timur Madinah (Najd)
NAJD - BUMI FITNAH & TANDUK SYAITAN
Doa Rasululullah : Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri SYAM kami, Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri YAMAN kami.
Mereka (para Sahabat) berkata: Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri NAJD kami.
Baginda (terus) berdoa: Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri SYAM kami, Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri YAMAN kami.
Mereka (para Sahabat) berkata: Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri NAJD kami.
Aku (perawi hadith) agak pada (permintaan) yang ketiga Baginda bersabda: Padanya (NAJD) (berlaku) gempa bumi, fitnah dan tempat terbit tanduk syaitan (Bukhari)
FITNAH-FITNAH DARI NAJD
1.Malik bin Auf
2.Musailamah al-Kazzab (dari Bani Hanifah)
3.Sajjah bin al-Harith (dari Bani Tamim)
4.Malik bin Nuwairah
5.Tulaihah (dari Bani Assad)
6.Muhammad bin Abdul Wahhab
7.Dinasti Saud an-Najdi
MALIK BIN AUF
•Mencetuskan Perang Hunaian, 15 hari selepas pembukaan Mekah (8 H /630M).
•Berasal dari Najd. Memimpin suku Hawazin dan suku Tsaqif untuk menyerang umat Islam yang mahu mendapatkan Makkah.
•Nabi sedia 12,000 askar. Bertempur di Hunain (10 batu dari Mekah). Islam kalah diserang dari kawasan tinggi dan terkepung.
•Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan perang dan di Hunain, iaitu semasa kamuberasa megah kerana jumlah kamu yang ramai. Maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun. Dan bumi yan luas itu menjadi sempit kepada kamu, kemudian kamu berpaling undur melarikan diri. (Surah at-Taubah:25)
•Musuh bergerak ke kubu di Taif, tentera Islam ikut. Akhirnya mereka minta damai dan masuk Islam terpikat dengan sikap Nabi Muhammad.
•Pasukan muslim berhasil menangkap keluarga dan harta benda dari suku Hawazin, yang dibawa oleh Malik bin Aus ke medan pertempuran. Rampasan perang ini termasuk 6.000 tawanan, 24.000 unta, 40.000 kambing, serta 4.000 waqih perak (1 waqih = 213 gram perak).
MUSAILAMAH AL-KAZZAB
•Antara wahyu yang diterima Musailamah:
Wahai Wabr, Wahai Wabr! Engkau hanyalah dua telinga dan satu dada, dan selebihnya (kerja) engkau menggali
•Khalid ajak Musailamah duel, tapi Musailamah kata dia nabi, tak layak lawan orang biasa.
•Khalid bin Walid melakukan tipu muslihat, seakan-akan pasukan Islam lari, pasukan Musailamah maju untuk mengumpulkan harta rampasan. Ketika pasukan Musailamah sibuk mengumpulkan harta rampasan, Khalid dan pasukannya kembali menyerang sehingga mereka melarikan diri ke dalam kubu Hadiqaturrrahman (Taman Kemurahan) yang berubah menjadi Hadiqatul Maut (Taman kematian). Dianggarkan 12.000 pasukan Musailamah dan 600 pasukan Islam, sebahagian besarnya sahabat penghafal Al-Quran,
•Khalid ajak Musailamah duel, tapi Musailamah kata dia nabi, tak layak lawan orang biasa.
•Ingatlah kisah Pendekar Barak al-Ansari.
MALIK BIN NUWAIRAH
•Malik bin Nuwairah ialah panglima pasukan Sajjah.
•Dibunuh Khalid bin Walid di Wadi al-Battah.
TULAIHAH
•Tulaihah bin Khuwailid al-Asadi adalah pemimpin suku Asad di daerah Bazakha.
•Sebelum Islam bekerja sebagai tukang sihir.
•Menghapuskan sujud dan zakat.
•Sewaktu perang berlaku, dia berselimut menunggu wahyu.
•Buat ramalan tetapi selalu tak betul.
•Tulaihah lari ke sempadan Syria, akhirnya kembali pada ajaran Islam.
DINASTI SAUD
•Dikatakan bunuh 400,000 orang Islam dan mencacatkan 350,000 yang lain dalam usaha mendirikan negara Arab Saudi. Wallahualam.
•Membunuh, mencacat dan mengusir ribuan ulama dan keturunan Nabi Muhammad di Hijaz.
•Bekerjasama dengan Inggeris untuk menguasai Tanah Arab.
•Suka berperang dengan sesama Islam, tak pernah berperang dengan bukan Islam.
•Membenarkan tentera Amerika membuka pengkalan di Arab Saudi.
•Awal 2009- Meir Dagan, ketua Mossad sejak tahun 2002, berbincang dengan pemerintah Saudi untuk membangun landasan terbang untuk Israel.
•Terlibat dalam penyediaan kereta api yang akan beroperasi di Jerusalem. Haramain Express yang menjadi konsorsium dana penyediaan perkhidmatan kereta api ini. Liga Arab dengan tegas telah menyatakan bahwa Saudi harus menghentikan projek Jerusalem itu tetapi Saudi degil.
•Sudah 300 bangunan bersejarah di Mekah dihancurkan oleh Saudi. Rumah kelahiran Rasulullah hendak dibuat tempat parking.
•Bawa ahli arkeologi seluruh dunia (Yahudi).
•Raja Abdullah beri penghargaan Arab Nobel kepada seorang profesor Yahudi-Ronald Levy.
•Wanita tidak dibenarkan memandu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Not bad bro! good info.
Thanx bro for your support!
Post a Comment