Wednesday, July 15, 2009

Kuliah - Khalifah vs Riddah



KETERANGAN HADIS oleh Syeikh Fahmi Zamzam
Kalau kita meneliti sejarah umat Islam mulai zaman permulaan penyebarannya hingga ke hari ini, kita akan mendapati bahawa umat Islam telah teruji sepanjang sejarah dengan ujian yang berat-berat. Ujian itu bermula dari golongan musyrikin di Mekah dan munafiqin, Yahudi dan Nasrani di Madinah, seterusnya gerakan riddah, Majusi yang berselimutkan Islam, golongan bathiniyah, pengaruh falsafah dan pemikiran Yunani, serangan bangsa Monggol dan bangsa Tatar yang menghancurkan tamadun Baghdad pada pertengahan abad ke-enam Hijrah.

GOLONGAN RIDDAH

Perang Yamamah (632 M)
•Diketuai Musailamah al-Kazzab dari Bani Hanifah di Yamamah.
•Bani Hanifah ialah suku terbesar di Yamamah. Terkenal mahir membuat senjata. Ada sebilah pedang Rasulullah dibuat oleh orang Bani Hanifah.
•Sebelum Islam, Musailamah seorang tabib.
•Masuk saja Islam, dia bina sebuah masjid di Yamamah.
•Mengaku dirinya seorang nabi.
•Dia pernah mengutus surat kepada Rasulullah s.a.w. berbunyi: "Dari Musailamah Rasulullah kepada Muhammad Rasulullah. Amma ba, separuh bumi ini buat kami, dan separuh buat Quraisy, tetapi Quraisy tidak adil. Wassalam."
•Surat itu dibalas oleh Rasulullah s.a.w: "Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi penyayang. Dari Muhammad Rasulullah kepada Musailamah al-Kazzab, kemudian daripada itu, bumi ini kepunyaan Allah, yang dipusakakan kepada siapa saja yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa.Keselamatan bagi orang yang mengikut petunjuk."
•Berkahwin dengan Sajjah Binti al-Harith (yang mengaku nabi wanita) daripada Bani Tamim di Yamamah.
•Pengikut Sajah lebih ramai. Musailamah ajak kongsi wahyu.
•Maskahwin Musailamah kepada Sajah ialah memberi cuti kepada keluarga Sajah daripada solat Asar. Sehingga sekarang masih ada Bani Tamim yang meninggalkan solat Asar.
•Musailamah dan 40000 askarnya berundur dan berkubu dalam Taman Pemurah.
•Musailamah maut, kubunya dikenali Taman Maut.
•Ada pendapat kata dia dibunuh oleh Wahsyi yang pernah membunuh Saidina Hamzah.
•70 penghafal Quran syahid dalam perang ini.

Perang Zafar (633 M)
•Dipimpin oleh seorang wanita murtad bernama Salma.
•Dibunuh Khalid al-Walid di Zafar.

Perang Darin
•Berlaku di Pulau Darin di Teluk Parsi (sekarang dalam negara Bahrain).
•Diketuai oleh Hutam. Mereka berundur lalu berkubu di Pulau Darin.
•Selepas sebulan, Ala bin Hadrami menyerang ketika tentera Hutam sedang berpesta.
•Hutam berjaya dibunuh.

Perang Daumatul Jandal (633 M)
•4000 tentera Islam berhadapan dengan 15000 Bani Kalb yang murtad.
•Daumatul Jandal terletak antara Syam dan Kufah.
•Khalid al-Walid datang dengan 6,000 tentera lalu mengalahkan Bani Kalb.

Tulaihah al-Khuwailid
•Daripada Bani Asad di Najd.
•Antara ajarannya ialah menghapuskan amalan sujud dalam sembahyang dan zakat.
•Pernah bersemuka dengan Khalifah Abu Bakar untuk menuntut supaya diakui kenabiannya tetapi gagal.

Al-Aswad al-Ansi
•Dari Yaman yang gemar memakai purdah.
•Ajarannya ialah membebaskan setiap pengikutnya dari amalan sembahyang dan zakat dan menghalalkan perzinaan.


NAJD BUMI FTINAH & TANDUK SYAITAN

Doa Rasululullah : Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri Yaman kami.
Mereka (para Sahabat) berkata: Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami.
Baginda (terus) berdoa: Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Yaman kami.
Mereka (para Sahabat) berkata: Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami.
Aku (perawi hadith) agak pada (permintaan) yang ketiga Baginda bersabda: Padanya (Najd) (berlaku) gempa bumi, fitnah dan tempat terbit tanduk syaitan (Bukhari)

No comments: