Wednesday, July 15, 2009

Kuliah - Kejadian & Sejarah Iblis



Hadis 7 : GOLONGAN YANG SENTIASA MENANG

Daripada Mughiirah bin Syubah, daripada Nabi saw bersabda:
"Sentiasa ada golongan dari umatku yang berjaya sehinggalah sampai ketetapan Allah swt. Mereka sentiasa berjaya." (Bukhari)

KETERANGAN HADIS oleh Syeikh Fahmi Zamzam
Allah swt telah menjadikan umat Islam ini umat yang terakhir sekali. Oleh itu Allah swt berjanji akan memelihara kitab-Nya dan memastikan lahirnya generasi demi generasi yang akan memikul tugas dakwah hingga tetap wujud golongan mukminin di permukaan bumi ini.

HURAIAN KITA
Janji Tuhan- Agama untuk umat terakhir tidak akan rosak sebagaimana agama-agama terdahulu.

Salah satu perkara yang sangat penting untuk berjaya di akhir zaman ini ialah kita mesti BERTUHANKAN ALLAH, BERSYARIATKAN SYARIAT MUHAMMAD SAW.

"Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam." (Ali-Imraan : 18)

Jangan sesekali meninggalkan syariat. Salah satu sebab Iblis dilaknat ialah kerana tidak mahu melaksanakan syariat. Padahal Iblis sangat kenal Tuhan dan antara makhluk yang paling soleh.

"(Allah) Berfirman: Wahai Iblis, mengapa engkau tidak turut bersama-sama mereka (para malaikat) yang bersujud itu?"
"(Iblis) Berkata: Aku tidak akan sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia daripada tanah liat yang kering, daripada tanah kental yang berubah warna dan baunya."
"(Allah) Berfirman: Kalau begitu, keluarlah engkau daripadanya kerana sesungguhnya mulai sekarang hingga ke masa depan ialah (makhluk) yang diusir."
"Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat berterusan sehinggalah ke hari kiamat."
(Al-Hijr : 32-35)

SYARIAT TIDAK BOLEH DITINGGALKAN
1.Nabi Muhammad tidak pernah meninggalkan syariat, bahkan ditambahnya lagi dengan yang sunat.
2.Al-Quran penuh dengan syariat, bukan hakikat saja.
3.Ada 2 baris kalimah syahadah, bukan Laa ialahillallah saja.

Praktikkan Ilmu Penahan Api Neraka- Buat apa yang Tuhan suruh, tinggal apa yang Tuhan larang.

Ikut majoriti ulama, bukan majoriti umat Islam.

ASAL KEJADIAN JIN
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada tanah liat kering (yang berasal) daripada tanah kental yang diberi berubah warna dan baunya. Dan Kami telah menciptakan jaan (jin) sebelum itu daripada api yang panasnya menyerap ke liang roma."(Al-Hijr: 26-27)

"Dia menciptakan jaan (jin) daripada nyalaan api yang menjulang." (Ar-Rahman: 15)

Berkata (Iblis): Aku lebih baik daripada Adam. Engkau menjadikan aku daripada api, sedangkan dia Engkau jadikan daripada tanah. (Al-Araaf : 12)

"Malaikat diciptakan daripada cahaya, dan jin diciptakan daripada nyalaan api, dan Adam diciptakan daripada sesuatu yang telah disebutkan kepada kalian." (Muslim)

APAKAH JIN AKAN DISEKSA DI NERAKA?
"Sesungguhnya Aku akan memenuhkan neraka jahannam dengan sekalian jin dan manusia." Hud: 119)

Manusia berasal daripada tanah, tetapi jika dilempar dengan tanah akan berasa sakit.
Jin berasal daripada api tetapi jika dibakar dengan api, tetap berasa sakit.

No comments: