Monday, July 27, 2009

Kuliah - Mengenal Kaum Salafi Wahhabi



Dengarkan keenam-enam audio video di youtube

Nota kuliah:

SIAPA ITU KAUM SALAFI WAHHABI?

UMUMNYA, SESEORANG ITU DIKATAKAN ‘WAHABI’ APABILA DIA MEMILIKI BANYAK KRITERIA-KRITERIA BERIKUT (yang kurang daripada itu disebut CENDERUNG, yang kurang lagi disebut TIDAK DAPAT DIPASTIKAN dan setakat satu dua kriteria yang KURANG PENTING- sebagai BUKAN WAHABI):

Biasanya (*bukan semestinya) ‘BIDAAH’ bagi mereka membawa hukum BERDOSA, tidak ada BIDAAH HASANAH (bidaah yang baik), dan ‘bidaah’ adalah SATU HUKUM selain daripada hukum-hukum sedia ada iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram.


Biasanya melabelkan BIDAAH (yang membawa hukum berdosa) ke atas sambutan Maulidrurasul, kenduri tahlil arwah, bacaan Yaasin pada malam Jumaat, berzikir dan berdoa beramai-ramai selepas solat fardhu dan lain-lain.


Biasanya bersandar kepada tokoh-tokoh seperti Syeikh al-Albani, Ben Baz, Fauzan, Utsaimin, Rabee’ dan lain-lain.


Biasanya melabelkan para penentang dakyah mereka sebagai Syiah, Ahbasy/ Ahbash ataupun Khawarij.


Biasanya mereka menentang keras kaum sufi, dunia tasauf dan jemaah-jemaah tariqat.


Biasanya mereka sangat tidak suka melakukan ‘qunut’ ketika solat fardhu Subuh.


Biasanya mereka sangat tidak suka berzikir dan berdoa beramai-ramai selepas solat jemaah.


Biasanya mereka sangat terpengaruh dengan apa yang lemah, yang samar dan yang salah daripada Syeikh Ibnu Taimiyah (yang benar daripadanya, kita juga sokong)


Biasanya tidak suka dengan keturunan Ahlul Bait.


Biasanya membenci Dakwah Tajdid Sebenar (Tajdid Segar).


Biasanya mereka sangat menyanjung perjuangan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan para pengikutnya termasuklah bahagian yang salah dan lemah.


Biasanya mereka menolak jemaah-jemaah Islam seperti Tabligh, Ikhwanul Muslimin, parti-parti Islam dan lain-lain. Jemaah-jemaah ini kononnya pelengkap kepada 72 golongan yang salah daripada 73 golongan umat Islam. Dan 1 golongan yang terselamat itu ialah mereka.


Biasanya mereka menghukum kafir dan sesat kepada SELURUH penganut fahaman Syiah sama ada yang ekstrem ataupun tidak.


Biasanya mereka mengaitkan ajaran-ajaran sufi dengan Syiah.


Biasanya mereka akan mengumpan orang baru dengan menunjukkan mereka pejuang paling aktif menentang pengaruh Syiah dan menambah-nambah cerita untuk menunjukkan betapa bahayanya fahaman Syiah di sekitar kita dan betapa pentingnya agar kita bersatu di dalam dakwah mereka. Kemudian barulah diterapkan sedikit demi sedikit fahaman Salafi Wahabi.


Biasanya mereka menyebarkan pembohongan kononnya SALAF TAK TAKWIL, KHALAF TAKWIL.


Biasanya menolak ilmu tauhid Sifat 20, Imam Asyaari dan mazhab Asya’irah.


Biasanya bergantung kepada Tauhid Uluhiyyah, Tauhid Rubbubiyyah dan Tauhid Asma wa Sifat.


Biasanya bergaul rapat dengan golongan Salafi Wahabi.


Biasanya menolak pilihanraya, parti-parti Islam dan demokrasi.


Biasanya suka mengaitkan apa saja yang buruk dalam agama Islam dengan Syiah walaupun kadang-kadang memang tiada sebarang kaitan.



WAHABI MEMBERONTAK TERHADAP KEHALIFAHAN ISLAM


Tentera Wahabi dan Saud dari Najd Riyadh menyerang, membunuh dan menghalau ribuan orang di Hijaz (Makkah dan Madinah) termasuklah keturunan Nabi Muhammad saw, padahal wilayah Hijjaz dan Najd berada bawah kekuasaan Daulah Kekhalifahan Islam iaitu Empayar Uthmaniyyah (yang berpusat di Turki).


Mereka menjawab - Wilayah Najd tidak berada bawah kekuasaan Kekhalifan Islam. Najd sebuah wilayah bebas tanpa dinaungi Kekhalifahan Islam. Oleh itu Najd tidak pernah memberontak kepada khalifah. Maksudnya tentera Wahabi dan Saud (tentera Wahudi) tidak bersalah.


Jawapan kita – Jika begitu, Wahabi dan Saud (Wahudi) dari Najd sudah menyerang sebuah wilayah negara Islam. Apa hukuman kepada orang-orang yang menyerang wilayah Islam?

Bayangkan jika Singapura menyerang Johor, apakah Malaysia akan duduk diam?


Jawapan kita – Umat Islam wajib berbaiah kepada Kehalifahan Islam. Nampak sangat Wahabi dan Saud (Wahudi) tidak pernah mahu berbaiah kepada Kehalifahan Islam. Mereka meneruskan agenda nabi syaitan iaitu Musailamah al-Kazzab, yang sejak zaman Nabi Muhammad tidak mahu wilayah Najd dimasukkan ke dalam Daulah Islam.


Jawapan kita – Kerajaan Islam di India, Empayar Melaka, Empayar Acheh dan lain-lain yang jauh daripada Turki berbaiah kepada khalifah di Turki. Bagaimana wilayah Najd yang dekat dengan Turki boleh tidak mahu berbaiah? Sebenarnya Najd memang berada di bawah kekuasaan Daulah Islam, tetapi zaman-berzaman mereka tidak pernah mahu mengakui kekhalifahan Islam. Oleh itu mereka memberontak kepada khalifah Islam.

Tambahan:

“Kutipan derma jihad yang dilancarkan di Kota Bharu pada 1911 untuk membantu mangsa serangan Itali ke atas Tripoli, Libya memahamkan kita bahawa orang Melayu tidak pernah diam terhadap perkembangan politik.”

“Kajian terbaru tentang kebangkitan Tok Janggut di Kelantan dan Tuan Guru Abdul Rahman Limbong di Terengganu menunjukkan bahawa jihad mereka untuk mempertahankan khalifah di Istanbul.”

(Sumber: Harakah 16-31 Okt 208 bahagian Fikrah muka surat 12, dalam ruangan ‘Bersama Mahfuz Omar’ tertera satu artikel bertajuk ‘SPR turut perbodohkan minda Melayu’ perenggan ke-6 & 7)


NAJD MEMANG DI TIMUR MADINAH


Ketika membicarakan hadith ‘Tanduk Syaitan’ yang dikaitkan dengan Timur, Nabi Muhammad berada di Madinah. Wilayah yang terletak di Timur Madinah ialah wilayah Najd. Bandar penting di Najd iaitu Riyadh memang berada di Timur Madinah. Maka memang Najd Riyadhlah tempat gempa, tempat fitnah dan tempat terbit tanduk syaitan yang dimaksudkan oleh Rasulullah.


Mereka menjawab – Dari segi geografi/ ilmu alam, Najd Riyadh terletak di Timur Makkah. Tempat yang berada di Timur Madinah ialah negara Iraq. Oleh itu, Najd yang dimaksudkan oleh Rasulullah ialah Iraq, bukannya Najd di Arab Saudi hari ini, tetapi pedalaman negara Iraq.

Kata mereka : Najd itu di sebelah timur, sesiapa yang berada di Madinah maka najdnya ialah pendalaman negeri Iraq dan persekitarannya yang menjadi arah timur (bagi) penduduk Madinah.


Jawapan kita – Rujuklah mana-mana atlas/ peta dunia. Pusat Najd iaitu bandar Riyadh berada betul-betul di Timur Madinah. Negara Iraq terletak di Utara dan Timur Laut Madinah. Iraq tidak pernah berada di Timur Madinah.


NAJD MEMANG BUMI TANAH TINGGI


Najd bermaksud ‘bumi tanah tinggi’. Wilayah Najd yang berpusat di Riyadh memang berada di kawasan tanah tinggi.


Mereka menjawab – Pedalaman Iraq memang tanah tinggi.


Jawapan kita – Negara Iraq tanahnya datar. Kawasan tanah tinggi di Iraq terletak nun jauh ke utara, bukan di kawasan Timur. Padahal wilayah Najd yang berpusat di Riyadh memang terletak di tanah tinggi.


bersambung...




2 comments:

bang bang boom said...

tuan, secara umum, kuliah tuan ni sangat heavy... perlu tuan letakkan rujukan yang banyak untuk pembaca menilai tulisan tuan...

selain itu, saya ingin lagi mengenali puak wahabi ini secara dekat... mungkin perlu tuan 'quote' kenyataan tuan-tuan guru yang bercanggah menentang fahaman ini. ex: tok guru nik aziz sendiri...

bleh saya tahu, apakah ancaman golongan wahabi ini kepada Malaysia? adakah golongan ini adalah khilaf fiqh sahaja?

ABU ZULFIQAR AMSYARI said...

Bagi mereka yang biasa dengan permasalahan Salafi Wahabi ini, kuliah itu biasa saja. Tapi bagi yang belum biasa, mungkin terasa berat sikit.

Sekadar itu saja yang saya termampu. Jika ada peluang, mungkin suatu hari nanti saya hasilkan buku yang lengkap tentangnya.

Hendak kenali puak Wahabi secara lebih dekat, pergi saja ke laman-laman dan majlis-majlis ilmu mereka. Anda bergaul saja dengan mereka, tentu lebih mudah untuk mengenali.

Seseorang ulama tidak mahir kesemua cabang ilmu dalam agama Islam ini. Seseorang ulama mungkin mahir 2-3 cabang, tahu sikit-sikit 20-30 cabang dan lemah dalam pelbagai cabang lain.

Sungguhpuh Dato' Nik Aziz mahir dalam politik, motivasi, tasauf akhlak, tafsir dan lain-lain, tetapi dia kurang pengetahuan tentang permasalahan Salafi Wahabi, tariqat, ilmu hakikat dan lain-lain. Jadi, beliau bukanlah orangnya untuk kita 'quote' pandangannya dalam masalah Salafi Wahabi ini.

Antara ancaman golongan Wahabi ini kepada Malaysia ialah perpecahan umat Islam Malaysia dan memudahkan musuh-musuh Islam menyerang umat yang berpecah itu.

Umumnya kita tidak berkhilaf dengan mereka dalam soal fiqh sahaja. Termasuk juga soal politik, budaya, tauhid dan lain-lain.

6.12.09