Wednesday, July 9, 2008

Ulama-ulama Sufi Kelantan

Suasana keagamaan di Kelantan menarik kedatangan ulama-ulama dari dalam dan luar negeri ke sana seperti Syeikh Said al-Linggi (*waliyullah dari Negeri Sembilan- pernah mengIslamkan seorang raja Siam), Sidi Azahari dari Makkah dan Tok Khurasan dari Afghanistan. (ms 3)


Sementara ulama-ulama terkemuka di Kota Bharu ialah seperti:
  1. Haji Abdul Samad bin M. Salleh (Tuan Tabal) 1840-1891- pengasas Tariqat Ahmadiah di Kota Bharu (ms 4). Ketika berada di Mekah, beliau makan 4 gantang beras sahaja setahun. Tidur lebih kurang 2 jam saja sehari (ms 24)
  2. Haji Yaakob Haji Abdul Halim (Tuan Padang) –pengasas Tariqat Satariah di Kota Bharu (ms 4)
  3. Haji Wan Ali Khutam 1837-1912
  4. Tok Kenali- murid kepada Tuan Padang dan Wan Ali. Murid kepada Syeikh Ahmad Fatani ketika di Mekah (ms 4). Beliau rajin membaca majalah-majalah Kaum Muda tetapi tidak berminat untuk menjadi pengikut ajaran tersebut. Malahan murid-murid kanannya begitu gigih menentang Kaum Muda (ms 28)
  5. Haji Wan Musa- anak kepada Tuan Tabal (ms 4)
Bacaan:

ISLAM DI KELANTAN oleh Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Hassan. Terbitan Persatuan Sejarah Malaysia 1983

No comments:

Anda mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails