Sunday, July 6, 2008

Dialog Islam-Kristian 2 (Alexanderwathern-Frontline)

JESUS SEBAGAI TELADAN

ALEXANDERWATHERN:
Mengapa Tuhan tuan itu tidak menjadi teladan dalam menguruskan rumahtangga, anak cucu, peperangan, perdamaian, pemerintahan, sukan, perkahwinan, kehakiman dan mahkamah serta lain-lain? Ini menyusahkan kita kerana tidak ada teladan-Nya dalam hal ini. Mengapa dia meninggalkan manusia kebingungan selama lebih 2000 tahun? Apakah teladan Tuhan tuan itu tidak lengkap? (Ada 2 soalan di sini ya).

Tolong turunkan ayat Injil yang mengatakan Jesus berkahwin, Jesus membuat perjanjian damai, Jesus menjadi ketua negara, Jesus membela anak cucu, Jesus menjadi panglima perang dan lain-lain kerana kami tidak pernah menemuinya dalam Injil. Umat Kristian lain juga sangat ingin tahu,entah Injil mana yang tuan gunakan ya?

FRONTLINE:
Untuk membuktikan saya adalah pemain bulutangkis (*badminton) paling tangguh, saya hanya perlu bertanding dengan peringkat satu IBF (badan internasional bulutangkis) atau pemain2 dunia lain yang paling tangguh, dan menang. Saya tidak perlu bertanding melawan seluruh pemain bulutangkis.

ALEXANDERWATHERN:
Itu memang benar kalau untuk membuktikan tuan adalah pemain bulutangkis yang paling hebat, tapi tidak sesuai untuk menjadikan diri tuan teladan.

Untuk menjadi teladan, TUAN PERLU MENURUNKAN ILMU tentang jadual rehat dan latihan, diet/ pemakanan, jenis ubat/ dadah yang diambil, psikologi menundukkan lawan, mengelirukan lawan dan sebagainya.
Apabila tuan mengajar semua ini kepada pemain bulutangkis lain, barulah tuan layak dianggap teladan. Bukan sekadar ,menewaskan pemain nombor satu dunia tetapi orang lain tidak mendapat apa-apa ilmu tentang diet, latihan, ubat, psikologi tuan dan lain-lain.
Itu bukan teladan, tapi meninggalkan para pemain lain kebingungan dan akhirnya mereka terpaksa membuat jadual sendiri, ambil ubat pilihan sendiri, bikin diet sendiri yang semuanya serba lemah, kerana menggunakan otak sendiri, bukannya wahyu daripada langit.
Jelaskan?

Untuk menjadi teladan yang sempurna, selain daripada menjadi contoh, orang itu juga mestilah menurunkan ilmunya/ mengajar tentang perkara-perkara yang mesti diteladani. Muhammad bukan setakat melakukan semua perkara di atas, tetapi juga mengajar para sahabatnya berbuat demikian.

Para sahabatnya melihat sendiri dan terus mempraktikkan pula bagaimanakah cara menguruskan peperangan ,perjanjian damai, mencipta perlembagaan, menjaga anak cucu, menguruskan hamba, menguruskan undang-undang dan mahkamah, berniaga, bertani, membangun negara, membuat hubungan diplomatic, menjadi doktor, ahli gusti dengan negara luar dan sebagainya yangs meuanya telah sedia ada teladannya dalam Islam.
Dari sebesar-besar perkara hinggalah yang kecilnya Muhammad menjadi teladan dalam hal memotong kuku, berludah, adab-adab di dalam tandas dan sebagainya.

Kesimpulannya, teladan yang dibawa Muhammadlah yang sempurna mencakupi bidang politik, ekonomi, sosial, riadah, hiburan, duniawi, akhirat dan sebagainya. Apa teladan daripada Jesus dalam hal-hal ini?

Kita lihat umat Kristian. Untuk menguruskan perceraian pun tidak ada teladan daripada Jesus, maka terpaksalah mereka membuat undang-undang sendiri. Di mana dalam Injil (*Perjanjian Baru) yang ada menceritakan cara-cara membangun sebuah negara?

Undang-undang keluarga 1632 di England yang berteraskan agama kristian menyatakan bahawa wanita langsung tidak layak memiliki harta benda.
Dalam Encarta Encyclopedia disebutkan bahawa wanita tidak mempunyai hak di sisi undang-undang Kristian Eropah dan Amerika pada awal abad ke-19. Mereka tidak dibenarkan menjadi juri, tidak boleh membawa kes ke mahkamah, tidak dibenarkan memiliki harta dan tidak boleh menulis wasiat. Dalam penjagaan anak, hanya kaum bapa yang berhak.

Ini amat berbeza sekali dengan Islam kerana hukum-hakamnya lengkap sejak dahulu lagi. Sejak 1400 tahun lalu, para wanita Islam boleh membawa kesnya ke mahkamah, memiliki harta bahkan si suami tidak boleh mengganggu hartanya, berhak mendapat penjagaan anak, berhak memperbaiki kehidupan dengan jalan meminta cerai daripada suami yang tidak bertanggungjawab dan sebagainya. Ini semua dapat dilakukan sejak 1400 tahun lalu kerana telah ada teladan yang sempurna daripada Nabi Muhammad.

Bandingkan dengan dunia kristian Eropah dan Amerika, sehingga awal abad ke-19 pun masih teraba-raba dan akhirnya kini mencipta undang-undang sendiri yang langsung tida kaitan dengan ajaran Jesus dan Injil.

FRONTLINE:
Menang perang, mengurus pernikahan, mengurus anak, dst bukanlah hal2 yang paling penting di dalam hidup ini. Masalah terbesar manusia sepanjang jaman dan masa adalah keterpurukan jiwa, dosa, kematian, dan kepastian keselamatan. Adakah jawaban ? Ada. Yaitu di dalam keteladanan Yesus termasuk DIA yang telah mati dan telah bangkit dari kematian. Adakah lagi keteladanan yang melebihi ini ?

Alkitab adalah justifikasi, menyediakan prinsip-prinsip yang paling penting untuk menjalani hidup.
Sungguh keliru jika berpikir seolah2 kita adalah robot2 atau mesin2 sehingga memerlukan buku manual rinci dan lengkap.

ALEXANDERWATHERN:
Adakah ini bermaksud : mengikut ajaran Kristian, segala undang-undang itu akan menjadikan kita robot. Maka tidak perlulah buku manual rinci dan lengkap?

Apa yang membingungkan, mengapa ini semua tidak dipraktikkan oleh penganut agama Kristian!

Saya lihat sekolah-sekolah Kristian di Malaysia semuanya ADA BUKU KECIL UNDANG-UNDANG SEKOLAH YANG TERPERINCI. Padahal bukankah tujuan kita menghantar anak-anak ke sekolah adalah untuk menguruskan perkara yang besar iaitu mendapatkan ilmu, mendapatkan pekerjaan yang baik, mendapatkan kemahiran dan sebagainya? Mengapa perlu dihebohkan perkara peraturan sekolah yang remeh-temeh itu hingga perlu ada buku yang terperinci?

Begitu juga dengan angkatan tentera negara-negara Kristian- masing-masing ada buku peraturan yang ketat sekali disiplinnya. Bukankah tujuan utama angkatan tentera itu adalah untuk memastikan keamanan dan kestabilan? Mengapa perlu dibuat undang-undang perincian sebegitu?
Begitu juga dengan bidang kedoktoran, perniagaan, bank dan lain-lain.
Bukankah menurut tuan segala perincian itu hanya akan menjadikan kita robot dan mesin? Apakah angkatan tentera itu hanya robot-robot dan mesin?

Sebenarnya , segala perincian tentang segala permasalahan hidup manusia yang dibawa Muhammad itu adalah BUKTI LENGKAP DAN SEMPURNANYA TELADAN MUHAMMAD. Segala buku perincian dalam tentera, sekolah dan lain-lain itu adalah untuk menyempurnakan lagi bidang masing-masing, bukan untuk menjadikan manusia mesin atau robot.

Kata tuan: “Masalah terbesar manusia sepanjang jaman dan masa adalah keterpurukan jiwa, dosa, kematian, dan kepastian keselamatan.?

Saya rasa ini salah (maafkan saya kerana berterus-terang). Cuba kita perhatikan manusia hari ini. Contoh paling mudah ialah rakyat Amerika.
Berapa banyakkah rakyatnya yang bermurung hati memikirkan masalah dosa? Setahu saya, yang tidak pernah menghiraukan dosa memang banyak! Mereka sibuk berhibur dan bermaksiat.
Berapa banyak rakyatnya yang berkerut muka memikirkan kematian? Setahu kita yang tidak pernah ingat untuk mati, itulah yang banyak. Mereka semua sibuk berpesta.
Ini semua bukan masalah mereka. Berfikir tentangnya pun mungkin tidak pernah!

Masalah yang sering kita lihat di filem-filem keluaran mereka (biasanya filem menggambarkan corak masyarakat setempat) adalah masalah peperangan, masalah ekonomi, masalah social, masalah hiburan, masalah sukan/ riadah dan lain-lain. Inilah dia masalah terbesar umat manusia. Semua manusia memikirkan wang, dan dalam Islam telah ada teladan yang sempurna cara menguruskan wang dan ekonomi. Bagaimana dengan teladan Jesus?

Kata tuan: “Yaitu di dalam keteladanan Yesus termasuk DIA yang telah mati dan telah bangkit dari kematian. Adakah lagi keteladanan yang melebihi ini ? “
Apakah teladannya di sini?
Apakah MEMBUNUH DIRI SENDIRI ITU TELADAN?

Bukankah teladan Malkisedik (* seorang tokoh silam yang disebutkan ceritanya dalam Bible) jauh lebih hebat kerana dia tidak ada permulaan dan tidak ada akhir! Malkisedik tidak boleh mati (*menurut Bible)! Sepatutnya inilah teladan yang sempurna!

Teladan itu adalah untuk dicontohi. Mengapa Jesus memberikan teladan yang tidak boleh diikuti orang lain iaitu mati kemudian hidup semula? Apa gunanya dia memberikan teladan yang tidak boleh ditiru ini? Pelik saya fikirkan.

Maka yang lebih tepatnya, itu bukan teladan, kerana tidak ada siapa-siapa yang bisa meneladani untuk mati kemudian hidup semula dan kemudian lagi terangkat pula ke langit.

Kata tuan: Alkitab adalah justifikasi, menyediakan prinsip-prinsip yang paling penting untuk menjalani hidup.
Kalau begitu, lebih baiklah Al Quran- The Last Testament yang menyediakan prinsip-prinsip yang paling penting untuk menjalani hidup, ditambah pula dengan semua prinsip-prinsip yang kecil-kecil. Maka, jadilah lengkap. Sedangkan Al Kitab hanya menerangkan prinsip-prinsip besar sahaja. Yang kecilnya tidak ada, maka jadilah tidak lengkap.

Kedua, Lukas 16:10 memberitahu kita bahawa Jesus (a.s.) bersabda:
"Siapa yang setia dalam perkara kecil, akan setia juga dalam perkara besar. Tetapi siapa yang tidak jujur dalam perkara kecil, tidak akan jujur dalam perkara besar."
Lihat ajaran Kristian. Bagaimana mahu setia dalam perkara kecil kerana perkara kecilnya langsung tidak diajarkan Jesus?

FRONTLINE:
Bagaimana mungkin Quran bisa lebih lengkap sementara isinya saja tidak sampai sepertiga Alkitab ?

ALEXANDERWATHERN:
Negara haram Israel adalah sebuah negara yang kecil. Warganya tidak sampai pun 1/3 (malah mungkin 1/20) negara Sudan. Tapi, persenjataan, kewangan, kemajuan dan ketentaraan negara manakah yang lebih lengkap? Pastinya Israel bukan Sudan!

Di sini amat jelas, hujah “lebih tebal bukti lebih lengkap”; atau “lebih banyak bukti lebih lengkap” tidak akan dipakai oleh para pendiskusi yang matang fikirannya.
Disket atau CD jauh lebih nipis berbanding sebuah buku. Tapi isi kandungan disket dan CD itu biasa saja lebih lengkap dan lebih banyak daripada sebuah buku.

FRONTLINE:
Alkitab mungkin tidak memberikan petunjuk kecil-kecil dan teknis di bank mana saya harus menyimpan uang saya, atau apakah lebih baik meng-investasikannya dengan bunga obligasi, ataukah dengan reksa dana, ataukah dengan hedging, tetapi cukuplah jika dikatakan hati saya tidak boleh melekat pada uang, bahwa saya harus memberikan sepersepuluh dari penghasilan saya sebagai persembahan, bahwa saya harus membayar pajak (*cukai) kepada pemerintah, bahwa saya harus meminjamkan uang saya tanpa mengharapkan kembali, dst, dst.

ALEXANDERWATHERN:
Siapa bilang menguruskan peperangan, mencipta perlembagaan, menguruskan hibungan diplomatik, menguruskan negara, menguruskan ekonomi dan lain-lain adalah petunjuk kecil?
Sanggup tuan memandang peperangan yang meragut ribuan nyawa hanya barang kecil? Barulah saya faham mengapa tentera Kristian Barat sanggup menghancurkan lebih 100,000 jiwa di Hiroshima dan Nagasaki tanpa rasa bersalah apa-apa.
Rupanya itu semua barang kecil yang tidak perlu diheboh atau ditunjuk teladannya oleh Tuhan. Begitu ya?
Patutlah para paderi (*ada yang) bebas berzina semahu-mahunya hingga ada yang sudah bosan lalu menjadi gay, rupanya itu perkara kecil yang tidak perlu diberi petunjuk!

Sebuah artikel bertajuk “Adultery and Society” yang ditulis oleh Kerby Anderson dari Probe Ministries mendedahkan statistik berikut:
  • 30% paderi Protestant melakukan zina (Newsweek 1997) Yang berseronok sama perempuan tanpa melakukan zina pastinya jauh lebih banyak.
  • 14% paderi Southern Baptist terlibat dengan zina ( The Journal of Pastoral Care 1993)
  • 12% drpd 1000 orang paderi Protestant yang terlibat dalam kajian majalah Leadership pada tahun 1998 pernah berzina. 23% lagi pernah melakukan perbuatan sumbang sama wanita.
Kalau golongan paling beragama dalam Kristian ini pun sudah sampai begitu hebatnya, apatah lagi untuk orang biasa! Betullah ini semua berlaku kerana ia tidak diberi petunjuk oleh Al Kitab kerana ia barang kecil, tidak perlu ditunjuki teladannya oleh Jesus. Apa yang penting, selepas berbuat dosa maka mengaku saja dan dosa akan diampun serta-merta kerana yang penting adalah nilai hidup ini selepas mati. Selepas minta ampun (buat pengakuan) dosa pun terhapus dan nilai hidup selepas mati pastinya tinggi. Hmmm?

Sekali lagi saya turunkan ayat ini:
Lukas 16:10 memberitahu kita bahawa Jesus (a.s.) bersabda:
“SIAPA YANG SETIA DALAM PERKARA KECIL, AKAN SETIA JUGA DALAM PERKARA BESAR. TETAPI SIAPA YANG TIDAK JUJUR DALAM PERKARA KECIL, TIDAK AKAN JUJUR JUGA DALAM PERKARA BESAR.”

Saya tambahkan lagi satu ya.
Berita Harian-Malaysia- 7 Januari 2003.
Sejumlah 34,000 (40%) drpd biarawati Kristian di Amerika pernah menghadapi penderaan seks terutamanya ketika masih kanak-kanak oleh para paderi dewasa, juga oleh para biarawati yang lebih tua.

TAMAT!!! Tiada balasan Frontline.

No comments: