Sunday, July 6, 2008

Tokoh Sufi: Abu Said Abul Khayr

Kisah Abu Said Abul Khayr (357-440H / 967-1049 M). Beliau seorang ulama sufi bertaraf waliyullah. Pernah bermuzakarah dengan Ibnu Sina.

Abu Said mencipta 10 peraturan asas sufi:
  1. sentiasa bersih dan berwudhuk
  2. jangan berbual-bual di masjid atau makam
  3. istiqamah solat awal waktu dan berjemaah
  4. istiqamah qiamullail
  5. istiqamah memohon ampun pada waktu fajar
  6. istiqamah tilawah selepas Subuh dan tidak bercakap-cakap sehingga terbit matahari
  7. istiqamah wirid dan zikir antara Maghrib dan Isya’
  8. mengalu-alukan golongan miskin
  9. istiqamah makan secara berjemaah
  10. pengikut yang tidak dapat menghadirkan diri mestilah mendapat kebenaran dulu
Antara karamah Abu Said, suatu hari ada dua orang sahabat (tukang jahit & tukang tenun) hendak mengji kewalian Abu Said. Mereka akan mengakui kewalian Abu Said seandainya beliau berjaya meneka pekerjaan mereka. Abu Said berjaya meneka dengan tepat walaupun mereka berusaha berlakon dan menyamarkan diri.

Ada seorang wanita zuhud tetapi sering memandang rendah akan Abu Said. Suatu ketika wanita itu terkena sakit mata. Puas dia berubat tetapi tidak berjaya. Kemudian dia bermimpi bahawa untuk menyembuhkan sakitnya, dia hendaklah menyenangkan hati Abu Said. Dia pun minta Abu Said tolong merawat matanya.

Abu Said hanya memberikan pencungkil gigi. Untuk merawat sakit mata luaran, pencungkil gigi itu dicelup ke dalam air dan airnya dibuat basuhan muka. Dan untuk merawat penyakit mata dalaman (hati yang tidak baik itu) maka hendaklah menghapuskan segala sangkaan tidak baik kepada Abu Said.

Seorang pengikut Abu Sid di Nisyapur punyai kelakuan macam orang Badwi (kurang sopan). Dia juga sering memakai kasut berladam besi yang menghasilkan bunyi bising hingga mengganggu para sufi lain.

Abu Said menyuruh lelaki itu pergi ke satu lembah dan tunggu kehadiran “teman” Abu Said. Lelaki itu berasa seronok kerana menyangkakan pasti teman Abi said itu salah seorang wali Allah.

Rupa-rupanya yang datang adalah seekor naga. Lelaki itu terus pengsan. Sejak itu kesemua pengikut Abu Said menjadi sopan-sopan belaka. Menurut Abu Said, naga itu menjadi temannya sejak 7 tahun lalu.

Ada seorang alim menyertai satu rombongan perang ke Rom Timur. Tiba-tiba dia tersua dengan Iblis lalu bertanyakan perihal Iblis di sana. Kata Iblis, dia tidak sengaja ke situ kerana sewaktu bertembung dengan Abu Said, Abu Said terbersin menyebabkan Iblis tercampak hingga ke sana.

Menurut Abu Said, wali yang tersembunyi adalah lebih tinggi darjatnya daripada wali di tengah masyrakat kerana wali tersembunyi ialah “dia yang dicintai Allah” sedangkan wali terang-terangan ialah “dia yang mencintai Allah”.


Sumber bacaan: BUNGA RAMPAI SASTERA PARSI oleh Haji Muhammad Bukhari Lubis

Alexanderwathern 2003

No comments: