Sunday, July 6, 2008

Dialog Islam-Kristian 1 (Alexanderwathern-Frontline)

JESUS SEBAGAI TUHAN

ALEXANDERWATHERN:
Salam persaudaraan,
Tolong jelaskan kepada saya apa maksudnya TELADAN YANG SEMPURNA (Frontline mendakwa Jesus adalah teladan yang sempurna)?
Dan apakah kriteria-kriteria yang mesti ada untuk menjadi teladan yang sempurna?
Katakanlah ada orang lain selain Jesus a.s menjadi teladan, apakah yang menyebabkan teladan orang itu tidak sempurna?

FRONTLINE:
Saya ingin kita merenungkan dengan serius pertanyaan ini. Jika Allah adalah keberadaan yang transenden (tak terhampiri) dan pada diriNya adalah suci dan kudus, siapakah yang mungkin berada di tengah-tengah Dia dan manusia, layak menjembatani, yaitu membawa Allah kepada manusia yang najis sekaligus sebaliknya membawa manusia dapat menghampiri hadirat Allah ? Apakah mungkin ia dari pihak manusia ?

ALEXANDERWATHERN:
Yang layak berada di tengah-tengah antara Tuhan dan manusia ialah PARA UTUSAN-NYA/ NABI-NABI-NYA.
Itulah yang telah berlaku sejak zaman Nabi Adam, Nuh, Hud hinggalah ke zaman Nabi Isa dan Nabi Muhammad.

Umat-umat sebelum zaman Jesus cukup dengan para nabi sebagai pengantara, tidak pernah pula Tuhan jadi pengantara di tengah-tengah mereka kecualilah mengikut kepercayaan umat Hindu.

Setelah zaman Jesus barulah wujud cerita kononnya Tuhan sendiri datang ke bumi jadi pengantara. Dan tidak mustahil cerita sebegini dicedok daripada Hindu (bangsa Arya yang bawa Hindu ke India berasal dari Asia Barat, maka sisa kepercayaan mereka masih ada di sana pada zaman sebelum dan selepas Jesus). Boleh jadi juga melalui kepercayaan Rom kuno yang terkenal dengan doktrin trinity itu.

FRONTLINE:
Tidak ! DIA HARUS DARI PIHAK ALLAH. Inilah mengapa Allah harus menjadi manusia, inkarnasi, yang kekal menjadi yang fana, Firman menjadi daging, yang tak terbatas membatasi diri. Dialah Yesus.

ALEXANDERWATHERN:
Apa yang tuan faham ALLAH MENJADI MANUSIA?
Kalau 100% ZAT ALLAH itu bertukar jadi Jesus/ manusia, barulah layak dikatakan Jesus/manusia itu Allah. Betul kan?
Tapi kalau hanya sebahagian daripada Allah itu yang menjadi manusia/ Jesus, itu belum layak dikatakan Allah! Ini kerana semua makhluk adalah datang daripada Tuhan.

Contoh:
Cukupkah sehelai rambut Alex untuk kita hukumkan: Inilah Alex! Apakah kalau saya dihukum bunuh oleh mahkamah, maka cukup rambut saya (sebahagian) saja yang dihukum bunuh? Pastinya tidak!

Cukupkah sekerat kuku saya dikatakan sebagai Alex? Tidak!
Cukupkah sebelah kaki saya dipotong lalu dikatakan: Inilah Alex? Tidak juga!
Maksudnya, untuk mengatakan sesuatu itu Alex,ia mestilah merngkumi seluruh zat Alex, barulah dikatakan Alex.

Begitu juga dengan Jesus. Kalau seluruh zat Allah itu masuk lalu menjelma sebagai Jesus, barulah dikatakan Jesus itu Tuhan. Tapi KALAU HANYA SEBAHAGIAN drpd Allah saja yang menjadi Jesus, maka Jesus belum boleh dikatakan Tuhan, kerana dia hanya memiliki sebahagian daripada zat Tuhan! HANYA YANG MEMILIKI SELURUH ZAT TUHAN ITULAH YANG LAYAK DIKATAKAN TUHAN. Begitu.

TAMAT BAHAGIAN INI! Tiada balasan daripada Frontline.

No comments: