Wednesday, July 9, 2008

Ilmu-ilmu al-Quran

  • Nama-nama Quran ialah Furqan, Tanzil, Zikir, Kitab, Hudan.
  • Al Quran turun dalam 2 tahap –dari Lauh Mahfuz ke langit dunia (secara global pada malam Lailatul Qadar) dan dari langit dunia ke bumi (secara terpisah-pisah selama 23 tahun)
  • Menurut Saidina Uthman: “Jika kalian berselisih mengenai bentuk qiraah, maka tulislah dengan bahasa Quraisy kerana Al Quran diturunkan dengan bahasa mereka”.
  • Tafsir maksudnya menerangkan atau menjelaskan. Tafsir adalah ilmu untuk memahami kitabullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw, menjelaskan makna yang tersirat di dalamnya serta mengeluarkan hukum-hukum dan hikmah-hikmahnya. Ms 95
  • Tafsir ialah erti secara langsung sesuatu ayat. Takwil ialah mentarjih sebahagian makna ayat yang mempunyai beberapa makna. Ms 96
  • Hasan al-Basri membesar di bawah asuhan Saidina Ali bin Abi Talib. Ms 119
  • Menurut Imam Ghazali, Hasan al-Basri adalah individu yang mirip para Nabi dalam berbicara, dan petunjuknya lebih efektif daripada sahabat. Dia seorang yang sangat fasih, sehingga dari lisannya mengalir beberapa hikmah. Ms 119

Bacaan:

PENJELASAN ILMU-ILMU AL-QURAN oleh Syeikh Muhammad Ali as-Shabuni terbitan Crescent News 2002.
Judul asal- AL-TIBYAN FI’ULUM AL-QURAN terjemahan oleh MS Hafid Masyuri

No comments: