Sunday, July 6, 2008

Dialog Islam-Kristian 4 (Alexanderwathern-Frontline)

ST. PAUL vs MUHAMMAD

FRONTLINE:
Paulus memiliki latar belakang yang tidak menguntungkan bagi dirinya terhadap orang2 kristen waktu itu. Ia adalah mantan penganiaya orang kristen. Paulus, seorang diri, dengan serta merta ditolak orang kristen yang memandangnya dengan kritis dan penuh kecurigaan karena latar belakangnya.


ALEXANDERWATHERN:
Ya. Dia telah gagal merosakkan ajaran Jesus secara terang-terangan walau sehebat mana kezaliman yang dilakukannya. Akhirnya dia mengubah teknik dengan cara halus pula, iaitu dengan menyelinap sendiri ke dalam agama Kristian secara terhormat lalu merosakkannya dari dalam. Di sinilah gereja Paulus memainkan peranan penting dari zaman ke zaman.


FRONTLINE:
Muhammad datang dari antah berantah atau dengan kata lain tanpa reputasi. Ia nota bene orang baru dengan ajaran baru. Sangat logis untuk memulai mencari pengikut dan mendapat simpati dari kerabat terdekat.


ALEXANDERWATHERN:
Reputasinya sebelum menjadi nabi adalah amat baik hinggakan digelar Al Amin (Sangat Terpercaya) oleh para penyembah berhala. INILAH TELADAN YANG SEMPURNA. Ini menolak dakwaan tuan yang dia datang dari antah-berantah.
Dua orang bapa saudaranya Abu Jahal dan Abu Lahab yang sering menzaliminya menolak dakwaan tuan yang kononnya Muhammad mudah mendapat sokongan kerabat. Dia pernah cuba dibunuh hingga terpaksa berhijrah ke Madinah (setelah 13 tahun berdakwah di Mekah) menolak dakwaan tuan yang dia mudah mencari pengaruh kerana ajarannya ajaran baru.


FRONTLINE:
Paulus harus dianiaya, masuk penjara, miskin dan menderita setelah menjadi kristen. Bandingkan dengan jabatannya (*kedudukannya) sebelum menjadi kristen yang terpandang dan memiliki kedudukan di majelis agama Yahudi. Tidak masuk akal jika ia mau membayar dengan begitu mahal untuk menyebarkan sebuah ajaran palsu dan membelokkan ajaran Yahudi.

ALEXANDERWATHERN:
Apa saja bisa dilakukan oleh penjahat untuk membuktikan kebenarannya . Lihat paderi Ermite (kalau tak silap) sewaktu mencari dokongan untuk membentuk tentera Salib menyerang Islam. Asalnya dia hidup senang lenang di gereja tapi sanggup berlakon miskin dengan memakai pakaian lusuh dan koyak, tidak mandi, memikul salib besar menunggang kaldai ke seluruh Eropah untuk mencari pengikut. Cara yang sama juga dilakukan oleh Paulus dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya.


FRONTLINE:
+Muhammad berangkat dari orang biasa lalu mendapatkan status sosial, istri kaya, lebih banyak istri, pemuja, dan sebutan rasul setelah mengaku-ngaku mendapat wahyu.


ALEXANDERWATHERN:
Masih silap lagi fakta sejarahnya. Asalnya Muhammad orang terkenal sejak lahir lagi. KETIKA KELAHIRANNYA SAJA 100 EKOR UNTA TELAH DIKORBANKAN SEBAGAI JAMUAN. Korban 100 ekor unta menunjukkan Muhammad ORANG BIASA? Siapa lagi di Mekah yang sewaktu lahir saja sudah dikorbankan 100 ekor unta? Ini menunjukkan dia sudah kenamaan sejak lahir lagi.

Muhammad SAW adalah tukang letak batu hitam di sudut Kaabah kala semua suku kaum terhormat di Mekah tidak dapat mencari penyeelsaian siapakah yang akan meletakkan batu yang dihormati itu. Ketua-ketua kaum pun tidak layak meletakkannya tetapi Muhammad yang dipilih mereka. Adakah ini menunjukkan dia orang biasa?

Muhammad pernah mengumpulkan para pemuka Quraisy di sebuah bukit lalu berkata: “Kalaulah aku mengatakan di sebalik bukit ini ada sekian-sekian adakah kamu semua akan percaya? Mereka menjawab: “Ya. Kerana engkau adalah Al Amin yang tidak pernah menipu.” Adakah orang sebegini tuan katakan orang biasa?

Sewaktu mula menyebarkan agama Islam, para pemuka Quraisy telah menawarkan jawatan Ketua Mekah, perempuan cantik dan harta-benda kepadanya agar Muhammad menghentikan usahanya berdakwah. Namun itu semua ditolaknya. Ini membuktikan dia tidak mencari status, perempuan atau pangkat kerana dari awal lagi dia boleh memperolehi semua itu atas tawaran pemuka-pemuka Quraisy.

Sehingga ke akhir hayatnya Muhammad masih lagi tidur di atas pelepah kurma hingga berbekas di belakangnya, masih tidur tanpa tilam (hanya sehelai kain alas), masih tidak punya wang simpanan (kerana semua wangnya disedekahkan), masih menjahit pakaian sendiri, masih memilih para janda sebagai isteri-isterinya kecuali Aisyah seorang (kalau benar dia gilakan perempuan, mengapa tidak pilih anak-anak dara saja?), masih berpuasa selang sehari (kerana biasanya tiada makanan di rumah baginda) dan lain-lain kemiskinan. Inikah yang tuan dakwa sebagai mencari kekayaan, pemujaan dan perempuan? Benarkah tuan ini belajar sejarah?

Baginda tidak mengaku sendiri (berseorangan)mendapat wahyu, tetapi kerasulannya telah banyak diberitahu dalam Bible, kitab Hindu, kitab Parsi dll. Adakah kerasulan Paulus diberitakan dalam Perjanjian Lama, kitab-kitab Hindu, kitab Parsi dll? Tolong turunkan di sini.

TAMAT!!! Tiada tanggapab Frontline.

1 comment:

ibuKA said...

Assalamualaikum

Syabas saudara!! bukan semua orang mampu berdebat/berdialog dgn mereka yg berfikiran sempit seperti Frontline. nampak seperti mahu menegakkan benang yg basah. kail sejengkal mahu menduga lautan yg dalam. pengetahuannya sendiri baru sedikit sudah mahu mendabik dada, akhirnya jadi seperti si Luncai,nampak kebodohannya sendiri.