Pertanyaan : Ustaz, saya tak dapat hadir pada tarikh tersebut. Bolehkah saya hadir pada tarikh yang akan datang dan bilakah tarikh akan datang?
Jawapannya : Tentu sahaja boleh. Cuma tarikhnya itu pada tahun hadapan kerana kami buka pengijazahan dan buka pertemuan (kepada selain ikhwah Tarekat Ghazaliyah) hanya sekali setahun. Tahun lepas merupakan kali/ tahun terakhir saya mengijazahkan Tariqah Ghazaliyah. Mulai tahun ini pengijazahan sekali setahun ini akan dilakukan oleh Ustaz Dzul al-Ghazali. Tahun ini juga merupakan kali/ tahun terakhir saya memberikan penerangan. Mulai tahun depan, Dzul al-Ghazali akan melaksanakan keseluruhan proses.
Namun tuan boleh sahaja pada sepanjang tahun pada bila2 masa mengambil Tariqah Ghazaliyah ini daripada wakil2 saya (mengikut kelapangan waktu mereka) iaitu Tuan Abu Ihsan di Pahang, Ustadz Hasbullah di Sumatera, atau Tuan Abu Azri di Filipina. Jika hendak menunggu saya dan Dzul Ghazali juga, setahun sekali sahajalah.
5/6/26
No comments:
Post a Comment