PERTANYAAN : (*Diringkaskan pertanyaannya - Maklumat2 yang dikongsikan dalam pertanyaan ini mengatakan :
i) Gerhana matahari berlaku 18/2/26 (30 syaaaban – hujung bulan Hijriyah).
ii) Dijangka gerhana bulan penuh pada 3/3/26 (13 Ramadhan – pertengahan bulan Hijriyah)
JAWAPAN : Di sini saya sekadar kongsikan maklumat dari sudut pandangan ilmu as-sa’ah (setakat yang teringat pada fikiran sahaya ketika inilah).
Secara ringkasnyalah, sefaham saya :
1. Tidak ada hadith Nabi SAW yang mengaitkan GERHANA BERPASANGAN pada bulan Ramadhan dengan kemunculan Al-Mahdi.
2. Yang ada hanyalah riwayat2 yang terputus sanadnya (bukan hadith, SEKADAR RIWAYAT oleh orang2 selain Nabi).
3. Riwayat2 itu pun tidak banyak. Umumnya TIDAK MUTAWATIR khabarnya.
4. Riwayat2 itu pula bertaraf SANGAT DHAIF dan sebahagian ulama mengatakan MAUDHUK (PALSU) kerana masalah2 di dalam sanadnya dan pada perawinya yang tertentu (panjang huraian bahagian ini).
5. Mengikut kajian, gerhana berpasangan ini SUDAH PERNAH BERLAKU beberapa kali sebelum ini.
6. Mengikut riwayat Daraqutni itu, gerhana BULAN akan berlaku pada AWAL bulan Hijriyah, sementara gerhana MATAHARI akan berlaku pada PERTENGAHAN bulan Hijriyah. Keadaan ini terbalik dengan maklumat yang dikongsikan iaitu gerhana matahari pada awal bulan Hijriyah dan gerhana bulan pada pertengahan bulan Hijriyah. Dari satu sudut, gerhana berpasangan pada Ramadhan kali ini tidak selari (berlawanan) dengan riwayat Daruqutni.
7. Gerhana bulan berlaku sewaktu bulan penuh yakni pada pertengahan bulan Hijriyah, kerana ADA BULAN BESAR DI LANGIT KETIKA ITU. Pada hujung bulan Hijriyah atau awal bulan Hijriyah tidak ada bulan penuh di langit, langit gelap, dan mungkin ada anak bulan sahaja. Begitulah umumnya. (Manalah tahu mungkin suatu hari nanti berlaku keajaiban muncul bulan penuh pada hujung/ awal bulan Hijriyah. Namun itu pun amat lemah untuk dikaitkan dengan kemunculan Al-Mahdi).
8. Oleh sebab itulah dalam ilmu s-sa’ah, gerhana berpasangan ini tidak diambil perhatian untuk dikaitkan dengan kemunculan Al-Mahdi. Ilmu as-sa’ah menggredkannya sebagai KEMUNGKINAN KECIL sahaja (bukan muktamad, bukan pasti, dan bukan kemungkinan besar – maka tidak dijadikan hujah). Seandainyalah ia berlaku sedemikian, hal itu adalah kerana kebetulan sahaja. (ilmu as-sa’ah ini ketat sikit penelitian,kehujahan dan keputusan2nya)
Begitulah secara ringkasnya daripada sahaya buat masa ini. Wallahua’lam.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
23/2/26
Sumber : blog Debunga Teratai
No comments:
Post a Comment