Sunday, May 5, 2024

Suami Sado Tapi Lemah Nafkah Batin

 

Si suami memang sado. Badan hampir2 hendak macam ahli bina badan. Hampir setiap hari main gym, berjam2 sehari. Jogging pun begitu juga. Si isteri memang sukalah suaminya sihat dan kelihatan hebat. Masalahnya, “nafkah batin” untuk si isteri hanya mampu diberi dalam sebulan dua kali sahaja, jarang2 dapat tiga kali. Si suami selalu mengeluh letih atau tidak rasa berkehendak. Dia asyik berusaha mengelak. Padahal usia masing2 baru 30-an, sihat tubuh badan, tinggal serumah dan tidur bersebelahan. Maka timbullah masalah dalam perhubungan.


Nafkah yang wajib bukan yang zahir sahaja, tetapi yang batin juga. Lapar dahaga zahir yang bertaraf perlu, suami wajib cukupkan makanan minuman. Lapar dahaga batin yang bertaraf perlu, suami wajib juga cukupkan layanan. Melainkanlah jika ada kekangan2 yang munasabah umpamanya tinggal berjauhan, ada masalah kesihatan yang berat, ada perselisihan tertentu, terkena sihir, atau sebagainya.


- Kenangan perubatan Ikhtiar Muslim 2005-2022

27/4/24

No comments: