Thursday, September 21, 2023

Qalbu Kita Ini Sangat Ajaib

 

Hati qalbu kita ini ada keajaiban, malah sangat ajaib. Namun tidak banyak manusia dan jin yang tahu, lagi kurang yang sampai ke peringkat faham, dan sangat kuranglah yang sampai ke peringkat menyedarinya. Peluang kita untuk mencari, mengusahakan dan mengecapi keajaiban2 ini hanya ada sementara kita masih hidup. Di akhirat nanti, kita akan dibalas atau diganjar dengan balasan atau ganjaran sebagaimana maqam yang qalbu kita sempat capai semasa hidup di dunia.


Oleh sebab itu, kita mestilah mengusahakannya sementara masih ada waktu. Kita hendaklah menyedarkan diri sendiri dan orang2 lain akan hal ini. Semoga kita terpilih untuk bukan sahaja dmasukkan ke jannah, tetapi dimasukkan ke jannah para muqarrabin. Tidak setakat itu, tetapi mendapat redha-Nya yang lebih besar darpada jannah. Tidak setakat itu, tetapi sehingga “mendapat”-Nya Tuan Punya Jannah.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

Pengajian Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin siri ke-279 : Syarahan Kitab Keajaiban Qalbu

September 2023

No comments: