Sunday, October 23, 2022

Kebenaran vs Duit

 

Kebanyakan manusia

akan meninggalkan kebenaran

apabila kebenaran itu

membuatkan mereka tidak dapat duit,

kurang dapat duit,

atau kena keluarkan duit.


Mereka hanya akan bersama-sama

dengan kebenaran

selagi kebenaran itu

tidak mengganggu kehadiran duit,

tidak mengurangkan duit,

dan tidak membuatkan mereka

kena keluarkan duit.


Orang bawah2 kena, orang atas2 pun sama.

Orang lulusan agama kena, yang bukan pun sama.


Oleh itu,

kita kena berusaha

untuk jadi bijak dalam menyaring

dan berani untuk menyaring -

siapa yang mahu dijadikan guru,

siapa yang mahu dijadikan pimpinan,

siapa yang mahu dijadikan kawan,

siapa yang mahu dijadikan ahli perkumpulan.


Kerana duit,

kebenaran boleh didiamkan,

kemungkaran boleh dibuat2 tidak kelihatan,

yang manfaat boleh dinafikan,

yang mudarat boleh dipopularkan,

yang halal boleh diharamkan,

yang haram pula boleh dihalalkan.


Takut hilang pengaruh itu

kerana akan jauh daripada duit.

Takut hilang kedudukan itu

kerana akan jauh daripada duit.

Takut hilang nama itu

kerana akan jauh daripada duit.

Takut hilang sokongan itu

kerana akan jauh daripada duit.


Maka antara kebenaran yang disertai pengorbanan

dan duit yang disertai ketidakbenaran,

kebanyakan orang akan pilih duit.


Semoga kita tidak termasuk ke dalam golongan sebegitu

dan sekiranya kita pernah atau sedang

berada dalam golongan sebegitu

maka kita bertaubat

dan mohon kepada Allah

agar jangan lagi kita termasuk kembali.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

23/10/22

Blog Debunga Teratai Syurgawi


No comments: