Wednesday, May 26, 2021

Rangkaian Virus Ini Boleh Diputuskan Asalkan Kita Sanggup Berkorban

 

Dengan izin Allah SWT, sekiranya penduduk negara ini (atasan, bawahan, tetap, pendatang) sanggup berkorban dan mematuhi peraturan dalam masa 25-28 hari sahaja untuk mendapatkan keselesaan bertahun-tahun akan datang, insya-Allah Covid 19 akan terhapus dari negara kita ini.


Hasilnya, kita tidak perlu pun kepada vaksin. Tidak ada penduduk yang akan divaksin. Duit beli vaksin boleh disalurkan kepada rakyat atau urusan penting lain. Hanya orang2 yang mahu masuk ke negara ini sahaja yang kita wajibkan sudah selesai divaksin dan wajib kuarantin. Jadi, tak adalah Covid 19 dan SOP di negara ini (melainkan mungkin kes2 terpencil 1-2 kes sehari, tapi rasanya tak akan ada juga).


Dalam masa sebulan sahaja Covid 19 dan SOP (yang kononnya agenda yahudi, Dajjal, Zionis, Freemason, China, WHO, Illuminati atau sebagainya itu) akan berlalu pergi dan kita boleh hidup sekaan-akan sebagaimana biasa.


Masalahnya :

1. Yang agamawan sendiri pun ada yang tidak mahu patuh, apatah lagi yang tidak agamawan. Ahli masjid pun ada yang tidak mahu patuh, apatah lagi yang bukan ahli masjid. Yang berserban berjubah pun ada yang engkar, apatah lagi muslim yang berseluar pendek di mata umum. Yang pendakwah pun ada enggan, apatah lagi yang biasa-biasa. Apabila ada yang muslim sendiri tidak mahu patuh dan menunjukkan contoh, yang bukan muslim entahlah.


Kajilah, dengan sekian banyak peraturan pun sudah berapa banyak kluster masjid dan surau wujud? Tetapi pihak berkuasa sentiasa berusaha gigih untuk "memalingkan" nama agar tidak dikaitkan dengan masjid dan surau untuk memelihara imej agama Islam dan para penganutnya agar tidak dikecam terusk sebagaimana kes Kluster Tabligh dahulu. Bayangkanlah jika tidak diwujudkan peraturan2 tersebut? Lagilah berlambak-lambak kluster masjid dan surau. Malangnya sebahagian umat Islam sendiri tak kisah pun.


2. Ramai penduduk tidak sanggup untuk mengorbankan 25-28 hari itu (dengan mematuhi segala peraturan SOP) untuk keselesaan bertahun-tahun. Sebaliknya ramai penduduk tak kisah untuk mengorbankan bertahun-tahun berbanding 25-28 hari. Inilah situasi yang sedang dan mungkin akan kita terus hadapi bertahun-tahun akan datang.


(Untuk dunia dan akhirat pun begitu juga. Ramai yang tidak sanggup untuk mengorbankan dunia yang tidak sampai sedetik ini untuk mendapatkan keselesaan selama-lamanya di akhirat nanti. Manusia lebih suka memilih untuk selesa hari ini walaupun terpaksa menderita lama pada hari2 mendatang)


3. Tak perlu lihat orang lain, check amal diri sendiri sahaja sudah cukup. Ada tak satu tempoh 25-28 hari yang kita patuhi semua 100% SOP dan peraturan? Mengapa kita tidak sanggup untuk mengorbankan 25-28 hari sahaja untuk kesenangan bertahun-tahun tetapi lebih memilih untuk mengorbankan yang bertahun-tahun akan datang hanya untuk keselesaan sehari dua ini?


4. Konsep tawakal sebahagian orang yang sebenarnya tidak kena dengan tawakal yang dianjurkan oleh Islam. Mereka sangkakan yang mereka pegang itulah konsep tawakal yang dianjurkan oleh Islam. Mintalah guru2 agama huraikan Kitab Tauhid dan Tawakal dalam kitab Ihya Ulumuddin Imam Ghazali. Kita buka kitab besar sikit biar dapat konsep tawakal yang betul-betul tepat. Diajarkan di sana cara tawakal yang selaras tepat dengan agama Islam. Kemudian bandingkanlah konsep tawakal yang sebenar itu dengan konsep tawakal yang kita pegang selama hari ini, sama ke tidak, ataupun sebenarnya ramai yang tersasar. Ramai juga yang asyik terikut2 konsep tawakal orang2 lain tanpa mahu meneliti terlebih dahulu. Belum usaha, belum tahu.


Covid 19 dan SOP yang berlarutan lebih daripada sebulan ini (dah lebih setahun) nampaknya bukan lagi agenda Dajjal dan sebagainya itu tetapi lebih kepada agenda kita sendiri. JIka benar agenda mereka, cukup sebulan sahaja untuk ditamatkan. Tapi biasalah, kita akan tujukan kesalahan kepada pihak itu pihak ini untuk menafikan kesalahan dan kelemahan diri kita sendiri.


Lagi, salah faham golongan yang sudah divaksin atau yang sudah pernah kena Covid 19 pula, yang mesti diperbetulkan :

1. Kita tidak akan kena Covid 19 lagi.

2. Kita tidak akan jadi ejen penyebaran Covid 19 kepada ibu bapa, anak-anak dan orang lain lagi.

3. Kita tidak perlu patuh SOP lagi.

4. Kita sudah boleh menjalani kehidupan biasa sebagaimana sebelum era Covid 19 dahulu.

5. Kita tidak perlu memakai mask lagi.

6. Kita tidak perlu menjaga jarak lagi.

7. Kita sudah kebal daripada semua varian Covid 19.


Kesian kepada golongan yang patuh peraturan dan sanggup berkorban. Mereka yang sepatutnya korbankan keselesaan 25-28 hari sahaja tetapi sudah lebih setahun pun terpaksa berkorban juga kerana perlakuan individu2 yang engkar.


Persoalannya, sanggupkah aku mengorbankan 25-28 hari untuk keselesaan bertahun2 akan datang?

Ramai yang tidak sanggup.


Mulakan dengan diri sendiri. Jangan ikut orang2 lain yang enggan patuh.

Mulakan dengan keluarga sendiri. Jangan ikut keluarga2 lain yang enggan patuh.

Jika kita sendiri tidak mulakan, siapa yang kita harap hendak mulakan?


Sekiranya penduduk tidak sanggup mengorbankan 25-28 hari sepenuhnya, mungkin sampai bila-bila pun Covid akan terus berada dalam kalangan kita dan mungkin kita terpaksa hidup dengan SOP (dan segala permasalahannya ini) sampai bila-bila. Itukah yang kita mahu?


Sepatutnya Covid 19 dan SOP hanya bertahan sebulan sahaja di negara kita ini dahulu (jika semua orang sanggup korbankan 25-28 hari), tetapi keengkaran sebahagian penduduklah yang menyebabkan ia berpanjangan sehingga ke hari ini (lebih setahun) dan mungkin akan bertahun2 lagi. Jika kita tak kisah untuk hidup berterusan dengan Covid 19, SOP demi SOP, vaksin demi vaksin, sekurang2nya berilah peluang kepada anak-anak kita nanti untuk hidup di zaman yang bebas daripada semua itu.


Jika penduduk sedia berkorban 25-28 hari, rasanya tiada masalah untuk pihak pemerintah menanggung rakyatnya dalam tempoh sesingkat itu. Jika sudah bertahun, siapa nak sanggup tanggung kita?


Mulakan dengan diri kita.



Semoga Allah mudahkan segala urusan keduniaan dan keakhiratan kita.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

22 MEI 2021

 

*Tetapi, jika tempoh 25-28 hari itu tidak betul-betul tegas sebagaimana di Wuhan dulu, ada kemungkinan langkah ini akan kurang berjaya. Wallahua'alam.


 


No comments: