Monday, December 3, 2018

Program Pengajian Khusus Tarekat Ghazaliyah 1 Disember 2018

Alhamdulillah. Syukur. Diizinkan oleh Allah dengan jayanya. Di belakang sana Cg Bard n family.


Bersedia dengan bahan-bahan. 5 naskah risalah dakwah untuk setiap orang sebagai cenderahati.


Hadirin dari jauh dan dekat. Muslimin dan muslimat.


Sesi rehat. Di belakang sanalah Sungai Nyior.


Makanan memang mewah. Murah rezeki.


Pandangan di sisi kanan Surau An-Nur, Sg. Nyior, Trong, Perak.


Sesuci doa, seputih pakaian, seindah senyuman.


Makan berjemaah. Beradab makan depan Tuan Guru Azmi.

Kanak-kanak turut bergembira.


Sebahagian keluarga Al-Amsyari.


Ambil angin. Sembang mesra Tuan Syed dan Tuan Shahrul.


Tuan Hidir yang memang ringan tulang. Puan Asmah juga bersusah-payah sejak pagi.


Antara muslimat yang turut hadir. Ribuan terima kasih semua.
Ada bihun sup ayam kampung oleh Tuan Shahrul (Ayoi), roti canai oleh Tuan Haqq Fizz, nasi putih, ayam masak ukep, ulam n sambal, kari ikan, ikan goreng, keropok ikan, buah rambutan oleh Pak Lang, air manis, kopi, teh, air mineral, kuih-muih.


Kehadiran Tuan Guru Azmi dari Pondok Kpg Ketam bersama -sama anakanda sangat dialu-alukan.


Suasana permulaan majlis.


Antara hadirin. Tuan Syed dan Tuan Firdaus, otai2 aqidah, tauhid dan tasawuf.


Bersama orang kuat - Tuan Hafiz dan orang lama- Pak Lang Muza.


Serban tuan guru dan serban si kecil.
Duduk di belakang, dari kiri - Encik Amiruddin dari Temerloh, Pak Lang Muza, polis Rulzambri dan Pak Teh Ayop (orang lama pengajian kitab Ihya')


Nasi tengah hari hasil tangan Encik Redza dan Puan Suhaina.


Insya-Allah kita akan buat lagi. Rancang2 dan doa2kan.

Sekali lagi ribuan terima kasih kepada semua. Segala salah silap dan kekurangan, kami memohon berbanyak-banyak maaf. Hanya sekadar itu sahaja keterdayaan kami pada kali ini, Insya-Allah akan dipertingkatkan pada masa-masa akan datang. Jumpa lagi.

No comments: