Thursday, December 9, 2010

Pulau Pangkor Disember 2010 (bah. 6)


HARI KEDUA (Teluk Nipah)

Puas meronda sakan, kami pulang Teluk Nipah dan terus mandi laut. Tapi hari ini ombaknya sedikit ganas. Risau juga. Dia punya tarik dan dia punya gulung lain macam. Terpaksa kawal anak-anak mandi.

Indahnya... sampai bilakah angaknya keindahan ini mampu bertahan?...
Sikap orang kita... sampah dibuang merata-rata. Rosak bumi akibat perbuatan tangan-tangan kita sendiri...

Matahari terbenam di sebalik bukit. Untuk makluman, pantai-pantai di Pulau Pangkor ini tak jernih airnya (setakat yang kami lihat). Di pulau-pulau berhampiran memang jernih.

Makan malam di salah sebuah kedai. Semua kedai berlantaikan pasir pantai.


Bro ni sedang tune dia punya gitar. Dia bergerak ke beberapa meja - main gitar sambil meniup harmonika, disulami dengan nyanyian yang perlahan. Ketika sampai ke meja kami, dia mendendangkan sebuah lagu berunsur keagamaan nyanyian Ramli Sarip. Lagu itu sering didendangkan oleh Ustaz Akhil Hayy dalam beberapa ceramahnya (tajuknya saya tak tahu). Saya hadiahkan RM2.

Dari jauh bro ni nampak cam Ramli Sarip, dengan rambut panjang lurusnya. Dah dekat, macam rupa vokalis kumpulan Stone Metal Fire dari Thailand. 'Relax' je nampak orangnya.


Teluk Nipah yang meriah. Seakan-akan Pantai Chenang di Langkawi.

bersambung...

No comments: