Wednesday, December 8, 2010

Pulau Pangkor Disember 2010 (bah. 3)

HARI KEDUA (Kuil Fu Lin Kong & Mini Great Wall of China)

Setelah puas melayan ngilu, sengal dan ngeri (kerana melalui jalan sebelah utara), akhirnya kami berjaya sampai ke Fu Lin Kong (kalau salah ejaan harap maaf ye). Di sinilah terletaknya Tembok Besar China mini. Dekat dengan Jeti Pangkor dan ada jalan yang agak selesa dari situ. Kami ni sengaja cari penyakit guna jalan yang tak selesa : ) Al maklumlah... bukan selalu nak rasa 'adventure' : )

Pandangan dari hadapan. Saya memang suka seni bina China. Jadi tempat ini memang merujakan jugalah


Dalam kolam ni ada sepasang ikan naga, ke toman ke... besar betul. Kalah yang ada di Zoo Taiping. Sekali dia ngap... huh!

Ini dia Great Wall of China. Satu-satunya binaan di muka bumi yang boleh dilihat terus dari bulan (kata orang le). Tapi yang kat sini kecil je la.

Ada beratus anak tangga. Gambar ini diambil dari lokasi tertinggi. Sejak lokasi kedua tertinggi lagi sudah terasa gayat. Memang tinggi betul. Sakit betis dibuatnya, campur ngan termengah-mengah. Tak mengapa... naik turun masih dengan zikir.


Cantik! Macam betul-betul pulak.


Berbaloi datang ke sini, insyaallah. Masuk percuma, puas berjalan, puas melihat.

Jadi gergasi jap. Kalau betul besar tinggi macam ni, gerombolan Yakjuj Makjuj pun gerenti 'cancel' nak serang negara China. Tak payah pakai tembok dah.

Macam kat negara China. Percaya tak... ada masjid-masjid ni China yang berbentuk seperti ini, siap dengan patung naga di atas bumbungnya?

Sudut yang menarik, terutamanya bagi para penggemar seni.



bersambung...

No comments: