Wednesday, April 7, 2010

Menggenggam Bara (Kuliah Akhir Zaman)





Daripada Anas ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api.
(Hadis riwayat Turmizi)

Keterangan
Yang dimaksudkan di sini ialah zaman yang sangat mencabar sehingga sesiapa yang hendak mengamalkan ajaran agamanya ia terpaksa menghadapi kesusahan dan tentangan yang sangat hebat. Kalau ia tidak bersunguh-sungguh, nescaya agamanya akan terlepas dari genggamannya.

Ini adalah disebabkan suasana di sekelilingnya tidak membantu untuk ia menunaikan kewajipan agamanya, bahkan apa yang ada di sekelilingnya mendorong untuk membuat kemaksiatan dan perkara-perkara yang dapat meruntuhkan akidah dan keimanan atau paling kurang menyebabkan kefasikan.

Ini juga bermaksud, orang Islam tersepit dalam melaksanakan tuntutan agamanya di samping tidak mendapat kemudahan.

Syair Syeikh Fahmi Zamzam

Ujian berat kita rasakan
Datang menimpa menjadi beban
Alangkah hebat godaan syaitan
Untuk meruntuh istana iman

Bersungguh kita menjaga iman
Banyak cabaran di akhir zaman
Iman ibarat api di tangan
Setiap masa mahu lepaskan

No comments: