Friday, June 11, 2021

Betulkan Sasaran Terlebih Dahulu

Rupa-rupanya bukan semua yang dilabel dan dihukum sebagai nt waksin itu betul nt waksin. Yang dapat kita perhatikan, sebenarnya mereka yang dihukum sebegitu terdiri daripada beberapa kelompok yang berasingan. Antaranya :


1. Orang-orang yang MENENTANG waksin-waksin. Ringkas cakap, mereka menentang semua waksin untuk manusia. Inilah golongan anti vaksin sebenar. Biasanya mereka tidak mengambil waksin dan anak-anak mereka juga tidak diwaksin sejak lahir.


2. Orang-orang yang MENOLAK waksin-waksin tetapi mereka TIDAK ANTI. Mereka golongan yang membuat pilihan. Sesuaikah mereka dihukum sebagai anti waksin?


3. Orang-orang yang MENENTANG waksin untuk Cowid SAHAJA, bukan waksin-waksin lain.


4. Orang-orang yang MENOLAK waksin untuk Cowid SAHAJA, bukan waksin-waksin lain.


5. Orang-orang yang menentang KEMESTIAN mengambil waksin untuk Cowid SAHAJA.


6. Orang-orang yang menentang GESAAN mengambil vaksin untuk Cowid SAHAJA.


Mengapa kelompok 3, 4, 5 dan 6 juga dihukum sebagai golongan nt waksin? Ini yang nampak pelik.


Yang dapat diperhatikan lagi, hampir kesemua yang berada dalam kelompok 3, 4, 5 dan 6 ini memang mengambil waksin-waksin (yang diberikan sejak lahir hingga dewasa) buat diri mereka dan anak-anak mereka. Mereka tidak anti, tidak menolak malah ramai sahaja yang menyokong waksin-waksin selain utnuk Cowid. Ramai yang pro waksin-waksin selain untuk Cowid dalam kelompok ini.


Semestinya dibuat perincian lagi agar lebih jelas. Khuatir kalau-kalau kita tersalah dan tidak adil dalam melabel (menghukum le tu). Golongan yang memenuhi ciri-ciri seorang nt waksin sahaja yang sepatutnya kita nisbahkan kepada nama nt waksin. Yang tidak memenuhi ciri-ciri itu, jangan kita libatkan.



No comments: