Jangan engkau membuang masamu berhujah dengan orang-orang yang sudah taksub
kerana hampir-hampir mustahil lagi untuk mereka berubah pendirian.
Ketaksuban itu menghapuskan kewarasan,
tetapi kewarasan menghapuskan ketaksuban.
Matlamatkan sahaja kepada orang-orang yang belum terkena taksub.
Taksub ini terkena bukan pada orang-orang tidak berilmu sahaja,
tetapi pada orang-orang yang berilmu juga.
Golongan taksub itu matlamatnya tidak lain
hanya untuk mempertahankan pegangan dan pendirian,
bukannya untuk mencari dan mempertahankan kebenaran.
Carilah teman-teman diskusimu
daripada jenis orang-orang yang matlamatnya untuk mencari kebenaran,
sekalipun bertentangan dengan pegangan dan pendirian mereka.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
8 Jun 2021
No comments:
Post a Comment