ANTARANYA, dengan mengambil vaksin itu dapat mengurangkan risiko kita terkena Covid 19. Ibaratnya, kita keluar sahaja dari halaman rumah ke jalan, ada 100 anak panah dari langit akan meluncur ke arah kita dalam masa yang sama. Maka :
i) Ada orang yang nasibnya baik, dia tidak terkena walau sebatang anak panah pun. Yang ini selalu berlaku.
ii) Ada yang kurang bernasib baik, dia terkena lima enam batang anak panah tetapi bukan ditempat yang sensitif. Maka dia cuma perlu berubat dan berehat dalam masa beberapa hari (kuarantinlah sekejap). Kemudian dia sembuhlah kembali. Yang ini pun biasa berlaku.
iii) Ada yang terkena sebatang sahaja anak panah tetapi terus tembus di kepala. Dia meninggal dunia di tempat kejadian (tak sempat ke hospital). Yang ini pun ada berlaku.
iv) Ada yang terkena berpuluh-puluh anak panah tetapi bukan di tempat sensitif, maka dia sempat berubat 7-8 hari lalu meninggal dunia (merasa duduk di hospital sekejap). Yang ini pun biasa berlaku.
v) Ada yang terkena 2-3 batang anak panah tetapi di tempat-tempat yang agak sensitif. Sempatlah berubat 2-3 hari lalu meninggal (terus ke ICU lalu meninggal). Yang ini pun biasa berlaku.
Bermacam-macam situasilah. Yang di atas ini hanyalah antara contoh-contohnya. Ringkasnya, keluar sahaja ke jalan, ada 100 batang anak panah akan meluru ke arah kita.
Dengan mengambil vaksin, kita dapat mengurangkan jumlah anak panah yang menanti itu. Kita tidak dapat menghilangkan terus semua 100 anak panah kerana tidak ada vaksin yang upayanya 100% dan keupayaan setiap vaksin pula berbeza-beza terhadap varian Covid yang pelbagai.
Katakanlah kita mengambil vaksin ABCXYX yang keupayaannya 75%. Ertinya kita berjaya mengurangkan 75 batang anak panah. Hanya tinggal 25 anak panah sahaja. Jadi, apabila kita keluar ke jalan, hanya 25 batang anak panah sahajalah yang akan meluru ke arah kita dari langit. Maka kuranglah risiko hendak terkena anak panah. Di situlah ANTARA kelebihan mengambil vaksin.
MASIHKAH ADA RISIKO?
Namun begitu, risiko untuk terkena anak-anak panah TETAP ADA kerana masih ada 25 batang anak panah. Maka :
i) Ada sahaja orang yang sudah mengambil vaksin tetapi terkena satu anak panah (Covid) di tempat sensistif lalu meninggal dunia.
ii) Ada juga yang terkena beberapa batang anak panah di tempat yang tidak sensitif. Cukuplah dengan kuarantin beberapa hari lalu sembuh semula
iii) Ada yang terkena beberapa anak panah di tempat sensistif, terus masuk ICU lalu meninggal dunia dua tiga hari kemudian.
iv) Ada yang terkena banyak anak panah di tempat yang tidak sensitif, masuk hospital beberapa hari, lalu sembuh.
v) Ada juga yang bernasib baik memang tidak terkena anak panah.
Ringkasnya, dengan izin Allah, memang mengambil vaksin dapat mengurangkan risiko terkena Covid.
BAGAIMANA JIKA ADA VARIAN LAIN?
Katakanlah ada varian baharu yang vaksin ABCXYZ punya keupayaan 20% sahaja tehadapnya, maka jumlah anak panah yang 25 tadi juga akan meningkat kepada 80 anak panah. Namun setidak-tidaknya jumlah anak panah itu tidaklah 100. Tetap ada kelebihannya.
BAGAIMANA JIKA KEBERKESANAN SESUATU VAKSIN ITU TERHADAP VARIAN2 BAHARU SANGAT KURANG?
Contohnya ada varian baru dan keupayaan vaksin yang telah diambil sekadar 10% peratus sahaja, maka kenalan ambil vaksin lagi yang keupayaannya cukup tinggi untuk halang varian baharu tersebut.
Jika ada lagi varian baharu yang lebih kuat dan keupayaan vaksin2 sedia ada dalam tubuh kita sangat rendah untuk menghalangnya atau ada yang tidak dapat langsung menghalangnya?
Begitulah, mungkin kena sentiasa update divaksin demi divaksin setiap kali ada varian baharu yang sangat kuat. Atau mungkin kita kena bersabar menunggu satu vaksin yang mampu mengekang kesemua varian. Wallahua'lam.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
29 Mei 2021
No comments:
Post a Comment