Thursday, June 3, 2021

Anda Dicop Sebagai ProV? AntiV?

 

Dalam isu ini sebenarnya manusia terbahagi kepada beberapa kelompok, BUKANNYA DUA KELOMPOK SAHAJA iaitu provaksin dan aktivaksin.


Antara kelompok-kelompok yang ada ialah :

1. Yang taksub vaksin.

2. Yang provaksin.

3. Yang umumnya berada di tengah-tengah.

Dalam kelompok ini ada banyak golongan. Antaranya :

i. Ada yang tidak tahu hendak ke mana- kebingungan. Mereka ini tidak pro, tidak anti, tidak taksub provaksin, dan tidak taksub antivaksin.

ii. Ada yang perlukan penjelasan yang JELAS. Mereka ini biasanya jenis yang prosafe dan prochoice.

iii. Ada yang pro total lockdown. Biasanya jenis yang prosafe, prochoice, prolock dan yang seumpama dengannya.

iv. Ada yang neutral. Mereka bukan kelompok 1,2,4 atau 5. Mereka jenis mengikut sahaja orang-orang terdekat mereka. Mereka memang tidak akan bersuara langsung dalam isu ini.

*Ringkas kata, kelompok ke-3 ini bukan orang-orang yang taksub vaksin, provaksin, anti vaksin atau taksub antivaksin.

4. Yang anti vaksin.

5. Yang taksub anti vaksin.


Tetapi yang biasa berlaku, kelompok ketiga itu sering jadi mangsa.

Apabila mereka bersuara dalam kalangan antivaksin atau kalangan taksub antivaksin, mereka serta-merta akan dicop sebagai provaksin.

Dan apabila mereka bersuara dalam kalangan provaksin atau kalangan taksub provaksin, terus sahaja mereka dicop sebagai antivaksin.


Bagi SEBAHAGIAN ahli kelompok 4 dan 5 iaitu kelompok anti vaksin dan taksub anti vaksin, sesiapa sahaja yang tidak sependapat dengan mereka, maka terus dilabel sebagai provaksin (*seolah-olah terus jadi ahli bid'ah), termasuklah kelompok ke-3.


Bagi SEBAHAGIAN ahli kelompok 1 dan 2 iaitu provaksin dan taksub provaksin juga sama. Sesiapa sahaja yang tidak sependapat dengan mereka, serta-mertalah dilabel sebagai antivaksin (*seolah-olah terus jadi ahli bid'ah), termasuklah kelompok yang ke-3.


Hukumannya seolah-olah :

Sesiapa yang tidak pro-Amerika, sahihlah dia pro-Rusia dan anti-Amerika. Adilkah hukum sebegini?

Sesiapa yang tidak pro-Rusia, sahihlah dia pro-Amerika dan anti-Rusia. Adilkah hukum sebegini?


Padahal banyak negara-negara yang berkecuali. Mereka tidak pro-Amerika atau pro-Rusia. Mereka juga tidak anti-Amerika atau anti-Rusia.


Dalam banyak keadaan yang kita lihat, kelompok 1 dan 2 bertempur dengan kelompok 4 dan 5, tetapi kelompok 3 yang turut jadi mangsa. Padahal mereka bukan sebelah mana-mana pun.


Entahlah bagaimana hendak diluruskan pemahaman dalam hal ini.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

3 JUN 2021

No comments: