Sunday, July 4, 2021

Belajarlah dan Ajarkanlah Kitab Ihya

 

Ada kitab-kitab ringkasan kepada Ihya' 'Ulumuddin karya Hujjatul Islam Imam al-Ghazali yang sebenarnya lebih banyak "membunuh" atau "mencederakan" kitab Ihya' itu sendiri berbanding "memanjangkannya". Elakkanlah daripada belajar atau mengajarkan kitab-kitab sebegitu. Terus sahajalah kepada kitab asalnya iaitu kitab induk Ihya' 'Ulumuddin. Guru-guru yang ada ilmu tentang isi kandungan kitab Ihya' 'Ulumuddin tentu tahu cara untuk meringkaskan atau meluaskan isi kandungan pengajarannya berdasarkan kitab asal tersebut, sekiranya ada keperluan. Yang penting, gunakan kitab Ihya' sebenar.


Selesai bahagian itu.


Ada pula pengarang kitab-kitab ringkasan ini yang telah terbuang sekian banyak hal-hal penting malahan hal-hal dasar yang menjadi matlamat Imam al-Ghazali menyusun kitab induk ini. Hal-hal yang tidak penting dan bukan dasar, jika mahu disaring keluar tidak mengapa kerana ia tidak sedikit pun mengganggu matlamat dan dasar kitab Ihya'. Contohnya :

i) kitab Minhaj al-Qasidin oleh Ibnu al-Jauzi

ii) kitab Mukhtasar Minhaj al-Qasidin (yang dalam bahasa Melayunya dinamakan sebagai Bimbingan Mukmin dan Mutiara Ihya' 'Ulumuddin) oleh Ibnu Qudamah al-Maqdisi


Jika ada guru-guru yang mengajarkan kitab-kitab ini di tempat anda, desaklah dan beri tekanan kepada mereka agar mereka terus sahaja (belajar dan) mengajarkan kitab aslinya iaitu kitab induk Ihya' 'Ulumuddin. Barulah nanti akan terpandang isi dan matlamat sebenar Imam al-Ghazali dan kitab Ihya'. Elakkanlah daripada belajar suku jalan.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

Rumusan daripada salah satu pengajian kitab Ihya' 'Ulumuddin, 2011

No comments: