Wednesday, June 2, 2021

Antara Sunnah Ketika Wabak Menular

Sabda Nabi SAW : "Tidaklah seorang lelaki itu saat berlakunya WABAK TAUN lalu dia duduk di dalam rumahnya dengan penuh sabar serta mengharapkan ganjaran pahala, dan dia tahu tidaklah musibah menimpa dirinya melainkan apa yang Allah telah tetapkan buat dirinya, maka dia mendapat seperti GANJARAN PAHALA ORANG YANG SYAHID." (Ahmad, Thabrani)


Orang yang dimaksudkan dalam hadith ini berbuat demikian atas dasar kemahuan dan kesabarannya sendiri. Sekiranya ada arahan daripada pemerintah, tentulah lebih utama lagi untuk berbuat demikian.


Dalam satu artikel oleh Dr. Ahmad Sanusi Azmi dari Universiti Sains Islam Malaysia yang bertajuak "Jangan Mudaratkan Orang Lain" :


Sabda Nabi SAW : “Barangsiapa yang memudaratkan orang lain, maka Allah akan mendedahkan mudarat padanya. Barangsiapa yang menyusahkan orang lain, Allah boleh menyusahkan urusannya.” (Turmizi)


Hadis ini jelas menunjukkan betapa Allah tidak suka kepada hambanya yang MENDEDAHKAN KEMUDARATAN kepada orang lain.


Tindakan mereka yang enggan mematuhi arahan dengan keluar sesuka hati bukan sahaja boleh menggagalkan rancangan kerajaan bagi mengawal wabak, bahkan berpotensi menjadi punca kepada kemudaratan orang lain. Begitulah menurut Dr. Ahmad Sanusi.


PANDANGAN KITA


Sekiranya penduduk negara ini patuh belaka akan sunnah-sunnah Nabi SAW di atas sejak Mac 2020 yang lalu, insya-Allah sudah lama hilang Covid daripada negara kita ini. Malangnya ramai yang melanggarnya daris emasa ke semasa. Sehingga ke hari ini pun masih ada yang engkar. Jika kita tidak mahu mengikuti Nabi, kita hendak ikut siapa?


Abu Zulfiqar al-Amsyari

29 Mei 2021

No comments: