Sunday, May 3, 2020

Sedikit Pemahaman untuk Mengenal Diri

Ukhti M.A. menulis tentang pemahamannya dan meminta sahaya memberikan pandangan. Hal-hal yang ditulisnya ini ternyata memang benar. Berikut merupakan tulisannya :

Kenal diri adalah mengenal akan Pencipta (Khaliq) dan yang dicipta (makhluk).
Manusia adalah ciptaan yang terbaik daripada semua yang dicipta.

Yang dikatakan diri itu terdiri daripada jasad dan ruh.
Jasad dijadikan daripada tanah (adam) yakni kosong semata-mata.
Ruh dijadikan daripada nur Allah (nur Zat Allah).
Yang hendak dikenal dengan sebenar-benarnya ialah ruh pada diri…mengenal Zat, sifat, asma’, af’al Allah SWT…perlu cari guru mursyid.

Ilmu adalah rahmat Allah SWT. Bagi yang dipilih sahaja memahami. Untuk jadi insan yang terpilih, harus berusaha, dan pada hakikatnya usaha itu daripada Allah semata-mata. Tanpa guru, susah hendak memahaminya.

Tanpa rahmat Allah, manusia tidak akan dapat mengetahui, memahami, menjiwai, mengenal walaupun banyak ilmu pengetahuan (kitab-kitab). Usaha itu datang daripada rahmatNya. Pada hakikat, semua Dia. Kena menghalusi dan merasainya, baru sendiri tahu.

Tammat.

2 MEI 2020

No comments: