Saturday, May 2, 2020

Pencerahan Ringkas (10)


Pada 22 April 2020, sahaya menulis di Facebook :
“Alhamdulillah. Syukur. Engkau masih panjangkan lagi hayat kami di dunia ini pada hari ini, antaranya untuk terus belajar, beramal dan berdakwah.”

Kemudian tertulis satu komen yang pertama :
Kenapa Ustaz Abu masih ada penyakit hati? Kenapa Allah SWT tak sucikan penyakit hatinya? Sayang sekali...”

Jawapan daripada sahaya :
“Kerana sahaya seorang PENDOSA, dan sahaya BARU BELAJAR ilmu-ilmu dan amal-amal nak kurangkan penyakit-penyakit hati. Baru di peringkat nak KURANGKAN. Nak menuju ke peringkat SUCI tu... sangat jauhlah lagi dan sahaya tak mampu dapat pun. Peringkat BERSIH pun tak mampu, apatah lagi SUCI.”

“Juga kerana Imam Al-Ghazali, mengatakan, kita semua TIDAK TERLEPAS daripada penyakit-penyakit hati. TOLONGLAH DOA2KAN SAHAYA.”

“Dan jika benar ada orang yang sudah sampai ke maqam SUCI HATINYA DARIPADA PENYAKIT-PENYAKIT HATI, tolonglah tunjukkan agar sahaya boleh berguru dengannya.”

“Tentang KENAPA ALLAH tak sucikan penyakit hati sahaya, bahagian ini wilayah kerja Allah (wilayah hakikat). Maka sahaya tak berani hendak persoal apa2 kerana menurut Al-Quran (Al-Anbiya' :23), wilayah kerja-Nya TIDAK AKAN DIPERSOAL (maka haram untuk kita persoalkan), tetapi wilayah kerja kitalah yang mesti dipersoalkan. Tolong doakan sahaya.”

No comments: