Pada bulan Ramadhan 2020 yang lalu, salah seorang sahabat
lama kami (lebih kurang 20 tahun kenal) ada meminta “tips untuk start PALING
BASIC amalan Tariqah Al-Ghazaliyyah” kerana beliau berhajat untuk bermula “daripada
yang BASIC SEBASIC-BASICNYA”. Maka tergeraklah hati sahaya untuk mengarang serba-sedikit
tentang maklumat berkenaan sebagai memenuhi hajat beliau, dan sekaligus sebagai
simpanan dan rujukan bagi orang-orang yang berhajat pada kemudian hari. Dengan
itu, diharapkan agar tidaklah perlu untuk kami mengulang-ulang kerja menulis penerangannya
pada kemudian hari buat orang-orang lain yang berhajat.
Dalam karangan ini, sahaya akan tumpukan kepada AMALAN
ASAS sahaja. Jadi, tidaklah akan diceriterakan tentang asal-usul, susur-galur,
matlamat, tokoh-tokoh, potensi, hal ehwal yang tinggi-tinggi dan sebagainya. Hanya
penerangan tentang AMALAN ASAS sahaja. Doa-doakan.
No comments:
Post a Comment