Sunday, December 25, 2016

Cinta Allah itu bagaimana?

Sahaya punya satu kelemahan yang memang ketara... iaitu memendekkan sesuatu cerita yang panjang. Memang tidak sahaya nafikan hal ini.

Akhir-akhir ini ada beberapa orang yang bertanya tentang persoalan yang lebih kurang sama iaitu : “Cinta Allah ni bagaimana?”
Sahaya memang buntu untuk menjawabnya.

Sebenarnya persoalan ini datang bertalu-talu dalam seminggu ini kerana telah dihebahkan bahawa syarahan Kitab Cinta Allah (salah satu kitab daripada 40 kitab dalam kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin) yang sahaya syarahkan di Surau An-Nur sudah selesai dan majlis khatamnya akan diadakan dalam tempoh seminggu inilah. Hebahan majlis khatam itu yang menarik perhatian rasanya.

Bagaimanalah sahaya hendak menjelaskan sesuatu yang sahaya syarahkan sebanyak 60 kali kuliah (termasuk majlis khatam nanti) dalam bentuk beberapa ayat sahaja? Tambahan lagi isi kandungan Kitab Cinta Allah ini memang tinggi dan yang bertanya itu pula tentunya daripada pelbagai tingkat pemahaman (ada yang pada tingkat syari’at, ada yang pada tingkat tariqat, haqiqat, ma’rifat dan selepas ma’rifat).

Lemahnya sahaya bahagian ini...

Setelah beberapa hari memohon gerak daripada Allah dan merenung-renung, JAWAPAN RINGKAS sahaya (bagi yang mahukan jawapan ringkas) untuk kesemua golongan penanya itu begini sahajalah...

Jawapannya ialah : “Cinta Allah”.

1. Bagi yang pemahamannya selama ini di peringkat syari’at, fahamilah “cinta Allah” itu sebagaimana menurut tingkatan anda.

2. Bagi yang pemahamannya selama ini di peringkat tariqat, fahamilah “cinta Allah” itu sebagaimana menurut tingkatan anda.

3. Bagi yang pemahamannya selama di peringkat haqiqat, fahamilah “cinta Allah” itu sebagaimana menurut tingkatan anda.

4. Bagi yang pemahamannya selama ini di peringkat ma’rifat, fahamilah “cinta Allah” itu sebagaimana menurut tingkatan anda.

5. Bagi yang pemahamannya selama ini di peringkat sesudah ma’rifat, fahamilah “cinta Allah” itu sebagaimana menurut tingkatan anda.

Semuanya betul belaka, asalkan anda tidak melangkaui kadar pemahaman anda selama ini. Yang dirinya (kita sendiri umumnya tahu tingkatan diri kita) hanya berfaham syariat sahaja selama hari ini, janganlah sendiri-sendiri cuba memaham sebagaimana faham tingkat haqiqat. Risiko tersesat faham memang tinggi. Beginilah salah satu contohnya.

Sekiranya mahu memaham lebih daripada fahaman tingkat anda, maka kenalah doa dan usaha. Mohon kepada Allah pemahamannya dan berusaha cari guru, kitab dan orang-orangnya. Doa dan usaha berpisah tiada.

Begitulah jawapan ringkasnya, yang sebenarnya tidak berapa selesa pun untuk sahaya berikan. Hal ini kerana pada saya, dalam soal yang dalam-dalam sebegini, tidak ada jawapan pendek.

Bagaimana dengan jawapan panjang pula?

Untuk mendapatkan jawapan sebenar DARIPADA SAHAYA, jawapannya berbunyi begini :

“Sebenarnya kesemua 60 kali kuliah syarahan Kitab Cinta Allah ini ada kita muatkan di Youtube. Untuk memahami cinta Allah itu bagaimana, tuan-tuan dengarlah rakamannya dari fail no. 1 hingga fail no. 60. Insya-Allah akan dapat jawapan yang lengkap dan tepat. Boleh diulang-ulang dengar seberapa kali yang mahu sehingga mendapat pemahamannya.”

Ya, begitulah jawapan sebenar sahaya kepada persoalan-persoalan tentang cinta Allah ini.

Jadi, ikut keselesaan tuan-tuanlah sama ada mahu jawapan yang pendek ataupun jawapan yang panjang. Maafkanlah kelemahan ketara saudara tuan-tuan ini. Memang benar itu kelemahan sahaya.

Terima kasih kepada tuan-tuan yang bertanyakan soalan. Semoga Allah memudahkan segala urusan keduniaan dan keakhiratan kita semua. Sekali lagi mohon banyak-banyak maaf. Wallahua’lam. Wassalam.


Abu Zulfiqar
25 Disember 2016

Saturday, December 24, 2016

Semuanya Soal Hati

Ringkas kata, semua tindakan manusia berpunca daripada hati.
Perang atau damai, puncanya hati.
Bersahabat atau berseteru, puncanya hati.
Jadi atau tidak, puncanya hati.
Mahmudah atau mazmumah, puncanya hati.
Menerima atau menolak, puncanya hati.
Pemarah atau penyabar, puncanya hati.
 Percaya membuat tuli atau mahu menyelidik, puncanya hati.
Begitulah seterusnya dalam seluruh aspek kehidupan kita ini.

Hati perlu diurus, sebelum ia dapat mengurus semua yang lain.
Bagaimana ia mahu menguruskan yang lain2 sedangkan ia sendiri tidak terurus atau kurang terurus?

Dan kitab Ihya' 'Ulumuddin ini adalah kitab HURAIAN pengurusan hati yang paling besar, paling lengkap dan paling mendalam dalam sejarah umat Islam.
Tidakkah kita mahu mengambil manfaat daripadanya?

Abu Zulfiqar
23 Disember 2016

Thursday, December 8, 2016

Cahaya Atas Cahaya

CAHAYA ATAS CAHAYA

Cahaya atas cahaya, lawannya gelita.
Gelita atas gelita, berlapis ombaknya.

Cahaya atas cahaya, suratnya serta siratnya
di dalam Surah Cahaya, perumpamaan dariNya.

Di dalam kaca apinya
seakan nyala sedia.

Cahaya sebenar cahaya, ternyata Yang Esa.
Cahaya langit bumi-Nya, Dialah hanya Dia.

Cerita tentang cahaya, Cahaya sebenar cahaya.
KalamNya Nur Yang Sempurna, azali sebelum masa.

Timur tiada, barat pun.
Arah tiada, had juga.

Cahaya atas cahaya menyinarkan sesiapa
yang dikehendaki Dia, cahaya langit dan bumi.


- Abu Zulfiqar

Siri Rakaman Pengajian Kitab Ihya di Surau Sg Baru

KITAB ILMU

Sg. Baru 1 - Mengenal Imam Al-Ghazali dan Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin
https://www.youtube.com/watch?v=wgskHg2-y_I&t=300s

Sg. Baru 2 - Sebegitu Hebatnya Ilmu-ilmu Agama?
https://www.youtube.com/watch?v=_bpq0_IkTBg

Sg. Baru 3 - Imam Al-Ghazali dan Ilmu-ilmu Akhirat
https://www.youtube.com/watch?v=YqE5lb2HdcM&t=2378s

Sg. Baru 4 - Matlamat Ilmu Fiqh dan Tasawuf
https://www.youtube.com/watch?v=WQRDO8XwWec&t=59s

Sg. Baru 5 - Bahaya Ajaran Falsafah
https://www.youtube.com/watch?v=Y7js2xY8uQ0

Sg. Baru 6 - Ciri-ciri Imam Mazhab Fiqh
https://www.youtube.com/watch?v=i49T3DDydqs

Sg. Baru 7 - Ilmu-ilmu yang Tercela di Sisi Agama
https://www.youtube.com/watch?v=t2kb8BWXayA

Sg. Baru 8 - Kadar Ilmu yang Terpuji
https://www.youtube.com/watch?v=7NaN-B_N0tg


KITAB AQIDAH (QAWAID AL-'AQAID)

Sg. Baru 9 - Inilah Ilmu Tauhid
https://www.youtube.com/watch?v=O2ZxFpw__eo

Sg. Baru 10 - Cahaya Atas Cahaya
https://www.youtube.com/watch?v=llcoBoZHTK4

Sg. Baru 11 - Terhijab dengan Gelap dan Terang
https://www.youtube.com/watch?v=tfSUqW_zGf0

Sg. Baru 12 - Mengenal Allah
https://www.youtube.com/watch?v=mAVOc8RKU4M

Sg. Baru 13 - Khalik & Makhluk
https://www.youtube.com/watch?v=xoQV39XIOI4

Sg. Baru 14 - Tahu Allah, Kenal Allah
https://www.youtube.com/watch?v=9v81NGV5JoY

Sg Baru 15 - Tauhidul Af'al
https://www.youtube.com/watch?v=Bk8_ux16crA

Sg Baru 16 - Laras Bahasa Kerohanian
https://www.youtube.com/watch?v=iMmJNaBlkHU

Sg Baru 17 - Beriman dengan Kalimah Syahadah Kedua
https://www.youtube.com/watch?v=VFWTlka9xTA

Sg Baru 18 - Alam Barzakh dan Alam Akhirat
https://www.youtube.com/watch?v=shgNwlvp6WI&t=1305s

Sg Baru 19 - Kolam Nabi, Sungai Al-Kautsar dan Titian di Akhirat
https://www.youtube.com/watch?v=Ioe2OJZMeSU

Sg Baru 20 - Mudahkan Hisab dan Dapatkan Syafaat
https://www.youtube.com/watch?v=E7vAiwxA0Sk

Sg Baru 21 - Mengenal Syurga dan Neraka
https://www.youtube.com/watch?v=4M5jBBnaLNM

Sg Baru 22 - Di Halaman Risalah Qudsiyyah
https://www.youtube.com/watch?v=1Lgl9ouBM70

Sg Baru 23 - Risalah Qudsiyyah : Sifat2 Allah
https://www.youtube.com/watch?v=bsaLkyN-JZw&t=42s

Sg Baru 24 - Ma'rifah Akan Af'al Allah
https://www.youtube.com/watch?v=G8FnsGEcoDo&t=11s 

Sg Baru 25 - Penghujung Risalah Qudsiyyah
https://www.youtube.com/watch?v=I7I60evR1FA&t=11s

Saturday, December 3, 2016

Mata Kepala vs Mata Hati

Antara kekurangan mata kepala dan kelebihan mata hati ialah :

i. Mata kepala tidak dapat melihat dirinya sendiri tetapi mata hati dapat melihat (menilai) dirinya sendiri dan juga hal-hal yang lain.

ii. Mata kepala tidak dapat melihat sesuatu yang terlalu dekat dan sesuatu yang terlalu jauh, tetapi mata hati umumnya boleh melihat ke mana-mana sahaja.

iii. Mata kepala tidak berupaya untuk melihat sesuatu yang disebalik dinding tetapi mata hati bukan setakat melihat di sebalik dinding malahan berpotensi untuk terbang bebas ke langit dan ke alam ghaib.

iv. Mata kepala dapat melihat luaran sesuatu benda sahaja sedangkan mata hati mampu melihat sehingga ke dalamnya.

v. Mata kepala hanya dapat melihat sedangkan mata hati dapat melihat, mendengar, menghidu, merasa, membuat keputusan dan sebagainya.

vi. Mata kepala hanya mampu melihat hal-hal yang terbatas, sedangkan mata akal berpotensi lebih daripada itu.

vii. Mata kepala sering menipu kita tetapi mata hatilah yang dapat membetulkan semula. Contohnya mata kepala melihat matahari sebesar duit syiling sahaya tetapi mata akal memberitahu kita bahawa matahari itu sangat besar sebenarnya.

Jadi, antara mata di kepala dan mata hati kita, mana satu yang lebih layak dinamakan “mata”?

2 Disember 2016

Friday, December 2, 2016

Rakaman Syarahan Kitab Tauhid Imam Al-Ghazali



Rakaman Syarahan Kitab Tauhid Imam Al-Ghazali di Masjid PGA Ipoh

Kuliah ke-28 : Syarahan Kitab Tauhid bermula!
Muqaddimah Kitab Tauhid Imam Al-Ghazali

Kuliah ke-29 : Kitab Tauhid Imam Al-Ghazali

Kuliah ke-30 : Bukti Tuhan Ada & Hakikat Cahaya

Kuliah ke-31 : Hijab & Hakikat Nur

Kuliah ke-32 : Jangan Tersalah Sembah

Kuliah ke-33 : Allah Maha Tahu (Islam vs Kristian)

Kuliah ke-34 : Mencari Tuhan Melalui Alam Makhluk

Kuliah ke-35 : Tauhid Islami vs Dewa-dewi

Kuliah ke-36 : Syariat &/vs Hakikat

Kuliah ke-37 : Gandingan Ilmu Syariat & Hakikat

Kuliah ke-38 : Bahasa Kaum Sufi

Kuliah ke-39 : Pengertian Kalimah Kedua

Kuliah ke-40 : Alam Kubur & Azab Kubur

Kuliah ke-41 : Rahsia Alam Barzakh & Timbangan Amal

Kuliah ke-42 : Kolam Nabi & Sungai Nabi di Akhirat

Koleksi Rakaman Syarahan Kitab Cinta Allah

Rakaman syarahan Kitab Cinta Allah iaitu kitab yang ke-36 daripada 40 kitab dalam kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin boleh didengar di Youtube. Sedar tak sedar sudah syarahan kali ke-56. Tuliskan “kitab cinta ihya” dan nombor kuliahnya. Contohnya “kitab cinta ihya 12”. Berikut ialah tajuk fail-fail rakamannya mengikut turutan :

1. Muqaddimah Kitab Cinta
https://www.youtube.com/watch?v=NQ_h-3pWQzU&t=51s

2. Dalil-dalil Kecintaan Hamba kepada Allah
https://www.youtube.com/watch?v=wsqMbG9jiYM

3. Hakikat Cinta
https://www.youtube.com/watch?v=zmIPC7PHMlU

4. Sebab-sebab Wujudnya Cinta
https://www.youtube.com/watch?v=7_oGFRFTq5o

5. Sebab-sebab Cinta Seterusnya
https://www.youtube.com/watch?v=xdmFHfotmA8

6. Ma’rifah Cinta Allah
https://www.youtube.com/watch?v=SmERRU2dLEw

7. Bagaimana Mahu Mendapat Cinta Allah?
https://www.youtube.com/watch?v=83S23nplOUE&t=12s

8. Tindakan Para Pecinta Allah
https://www.youtube.com/watch?v=7J_EF6rYzMc

9. Had Orang Syariat & Hakikat dalam Cinta Allah
https://www.youtube.com/watch?v=FhAwygDE4gE

10. Hakikat Keserasian Cinta
https://www.youtube.com/watch?v=qCgpD0Bqnuw

11. Kelazatan Teragung & Tertinggi


12. Zikrullah & Cinta


13. Keajaiban Orang Berma’rifah

14. Rahsia Nikmat & Azab di Akhirat

15. Rahsia Nikmat & Azab di Akhirat (lanjutan)

16. Rahsia Nikmat & Azab di Akhrat (rumusan)

17. Cara-cara Menguatkan Cinta

18. Menguatkan Ma’rifah & Cinta

19. Mengenal dan Mencinta Tuhanku dengan Tuhanku

20. Fitnah yang Halus2 dalam Ilmu yang Halus2

21. Pandang Yang Satu pada Yang Banyak

22. Memandang di Sebalik Pandangan

23. Suhu Cinta

24. Alam Sebagai Saksi Yang Berbicara

25. Alam Sebagai Saksi Yang Berbicara (lanjutan)

26. Sembunyi Dalam Terang

27. Cahaya Yang Tersembunyi dalam Terang & Penjelasan Ringkas Tariqat Al-Ghazaliyyah

28. Penjelasan Ringkas Tariqat Al-Ghazaliyyah (bahagian akhir)

29. Dakwah atas Ma’rifah & Mahabbah

30. Dakwah atas Ma’rifah & Cinta (lanjutan)

31. Yang Mengenal & Yang Dikenal

32. Kekuatan Ma’rifah & Pertemuan Yang Sebenar

33. Bilakah Penyelesaian Rindu?

34. Cahaya Yang Sempurna di Akhirat

35. Siapakah Yang Dicintai Allah?

36. Kesaksian Mata Zahir & Mata Batin

37. Memandang Cahaya

38. Tanda2 Mencintai & Dicintai Allah

39. Hubungan Cinta dan Kematian Kita

40. Jalan-jalan ke Maqam Mahabbah

41. Mencintai Yang Dicintai Allah

42. Berjinak Hati dengan Yang Maha Indah

43. Jalan Sufi Sejati

44. Jalan Sufi Sejati (lanjutan)

45. Gelisah dalam Bercinta

46. Nikmat Tertinggi di Syurga

47. Tsunami Ma’rifah & Cinta

48. Cinta Allah, Cinta Terahsia

49. Menilai Tanda2 Cinta Allah

50. Berjinak Hati dengan Allah

51. Kekuatan Kejinakan Hati

52. Jinak Hati dan Kemaqbulan Doa

53. Rahsia Hati Adam as dan Iblis Laknatullah

54. Jinak Hatinya Nabi Isa, Uzair dan Asif bin Barkhiya

55. Kisah Zechariah, John the Baptist, Virgin Mary, Jesus, Abram, Ishmael, Isaac

56. Mengenali Maqam Redha

Sunday, November 27, 2016

Aqidah Kristian Triniti : Mustahil Zat Tuhan Tidak Bertempat

Terlalu banyak bukti menunjukkan bahawa aqidah Kristian Triniti sama ada secara langsung atau tidak langsung meyakini bahawa : “Mustahil Zat Tuhan tidak bertempat”, yang berbeza dengan aqidah ajaran Islam bahawa : “Zat Allah mustahil bertempat”. Berikut adalah salah satu bukti.

Dalam Alkitab (Bible versi Terjemahan Baru Indonesia) mengatakan :

“(Pada Hari Akhirat nanti digambarkan bahawa ) Dia (TUHAN) YANG DUDUK DI TAKHTA ITU nampaknya bagaikan permata yaspis dan permata sardis; dan suatu pelangi melingkungi takhta itu gilang-gemilang bagaikan zamrud rupanya.” (Kitab Wahyu @ Book of Revelation 4:3)

“Dan DI SEKELILING TAKHTA (tempat Tuhan duduk) ITU ada dua puluh empat takhta, dan di takhta-takhta itu duduk dua puluh empat tua-tua (makhluk-makhluk yang dekat dengan Tuhan), yang memakai pakaian putih dan mahkota emas di kepala mereka.” (Wahyu 4:4)

“Dan setiap kali makhluk-makhluk (para malaikat) itu mempersembahkan puji-pujian (bertahmid : “Alhamdulillah”), dan hormat dan ucapan syukur kepada Dia (Tuhan), YANG DUDUK DI ATAS TAKHTA ITU dan yang hidup sampai selama-lamanya.” (Kitab Wahyu 4:9)

"(Mereka memuji Tuhan yang duduk di atas takhta itu) YA TUHAN DAN ALLAH KAMI, Engkau layak menerima puji-pujian dan hormat dan kuasa; sebab Engkau telah menciptakan segala sesuatu; dan oleh karena kehendak-Mu semuanya itu ada dan diciptakan." (Wahyu 4:11)

“Maka aku (Yohanes @ John) melihat DI TANGAN KANAN Dia (Tuhan) YANG DUDUK DI ATAS TAKHTA ITU, sebuah gulungan kitab, yang ditulisi sebelah dalam dan sebelah luarnya dan dimeterai dengan tujuh meterai.” (Wahyu 4:12)


Jelas, Zat Tuhan dipercayai oleh kaum Kristian Triniti sebagai mustahil tidak bertempat kerana :

1. Zat Tuhan boleh bertempat di atas sebuah takhta. Tuhan akan DUDUK/BERADA di atas takhta itu.

2. Takhta tempat Zat Tuhan bertempat/duduk itu jelas bertempat kerana DIKELILINGI oleh takhta-takhta yang lain. Maksudnya bertempat di tengah-tengahlah.

3. Zat Tuhan dikatakan DUDUK DI ATAS TAKHTA itu. Maksudnya bertempat, berarah, berposisi, beruang, bersempadan..... sama seperti zat makhluk.

4. Zat Tuhan boleh ada TANGAN KANAN yang sedang memegang satu lembaran bergulung. Makudnya Zat Tuhan “mustahil tidak berjisim dan beranggota”. Bagi mereka, boleh sahaja Zat Tuhan itu berjisim dan beranggota, malah bertangan seperti makhluk.

Mengapa kaum Kristian Triniti sangat menolak aqidah “Zat Allah mustahil bertempat”? Kerana zat Tuhan mereka sendiri iaitu Jesus Christ kan bertempat, beranggota, berjisim dan lain-lain? Jika mereka mengakui “Zat Tuhan mustahil bertempat” sebagaimana pegangan umat Islam, hal itu akan menafikan keTuhanan Jesus Christ, dan hal itu sangat mereka takuti.



Berikut adalah ayat-ayat Alkitab/Bible yang kita petik tadi daripada Bible versi New KIng James Version sebagai semakan :

“And He WHO SAT THERE was like a jasper and a sardius stone in appearance; and [there was] a rainbow around the throne, in appearance like an emerald.” (Revelation 4:3)

“AROUND THE THRONE [were] twentyfour thrones, and on the thrones I saw twentyfour elders sitting, clothed in white robes; and they had crowns of gold on their heads.” (Revelation 4:4)

“Whenever the living creatures give glory and honor and thanks to Him (God) WHO SITS ON THE THRONE, who lives forever and ever.” (Revelation 4:9)

"You are worthy, O Lord, To receive glory and honor and power; For You created all things, And by Your will they exist and were created." (Revelation 4:11)

“And I saw in THE RIGHT [HAND] of Him who sat on the throne A SCROLL written inside and on the back, sealed with seven seals.” (Revelation 4:12)


Sesungguhnya yang bertempat, berjisim, beranggota, berarah, berposisi, beruang dan berlokasi hanyalah zat makhluk dan mustahil bagi Zat Allah. “Laisa kamithlihi syai’” dan “Walamyakullahu kufuan ahad”.


Abu Zulfiqar
27 November 2016

Virus V6 - Antara Syiah V6-3 dan Wahhabi V6-4

Virus V6. Antara Syiah (V6-3) dan Salafi Wahhabi (V6-4 Fitnah Dari Timur Madinah @ Najd), kenapa golongan mereka sama-sama bersepakat berdendam dengan Ahlus Sunnah wal Jamaah (ASWJ) arus perdana?

Rahsianya adalah antaranya adanya kesamaan antara dua puak ini iaitu dari segi ekstremnya tentang berziarah ke kuburan, yang satunya (V6-3 Syiah) ekstrem dalam berziarah ke kuburan dan yang satunya (V6-4 Fitnah Dari Timur Madinah) ekstrem dalam menolak berziarah ke kuburan. Bagi ASWJ arus perdana, berziarah ke kuburan adalah mengikut adab-adabnya tanpa ektrem berziarah atau ekstrem menolak berziarah.

Jangan pelik jika mereka (Syiah dan Wahhabi) umpama adik abang tiri. Walau bagaimana bergaduh pun, mereka tetap bersekutu jiwa sama ada secara langsung atau secara tidak langsung dalam memerangi ASWJ arus perdana. Sebab itu mereka digelar Virus Kanan dan Virus Kiri.

Yang satu (Syiah V6-3) ekstrem mengagungkan kuburan dan satu lagi (Wahabi V6-4) ekstrem dalam mengetepikan kuburan. Bagi ASWJ arus perdana, kuburan dilayan dengan selayaknya sahaja tanpa ekstrem mengagungkan atau ekstrem meratakan.

Bagi ASWJ arus perdana, meminta kepada tuhan yang bertempat sahajapun sudah tidak boleh, apatah lagi jika meminta kepada penghuni kuburan. Itu fitnah kaum Salafi Wahhabi (V6-4 Fitnah Dari Najd). Saya sendiri belum pernah berdoa kepada selain Allah Yang ZatNya tidak bertempat, tidak berwarna, tidak berbentuk. Apatah lagi untuk berdoa kepada mayat dalam kuburan! Jahillah orang-orang yang percaya akan fitnah murahan sebegini.

Syiah bersikap ekstrem dalam mencari barakah manakala Wahhabi pula ekstrem dalam menolak mencari barakah. Berbeza dengan ASWJ arus perdana yang berkelakuan selayaknya dalam mencari barakah tanpa ekstrem mencari ataupun ekstrem mempertikai.

Syiah ekstrem dalam menggunakan hadis-hadis dhaif. Wahhabi pula ekstrem dalam menentang hadis2 dhaif dan hasan . Manakala ASWJ arus perdana pula berinteraksi dengan hadis2 hasan dan dhaif bersesuaian dengan tempat dan keadaannya.

Syiah (V6-3) ekstrem dalam mengagungkan kelebihan-kelebihan ahlul bait manakala Wahabi (V6-4) pula ekstrem dalam menolak kelebihan-kelebihan ahlul bait. Bagi ASWJ arus perdana, ahlul bait dilayan dengan selayaknya sahaja tanpa ekstrem mengagungkan atau ekstrem menolak.

Kedua-dua V6-3 dan V6-4 jelas-jelas bertaqlid buta kepada para tokoh mereka dalam memusuhi ASWJ arus perdana. Mana-mana yang tidak bertaqlid buta dalam kalangan mereka, hampir-hampir pasti telah beralih kepada fahaman ASWJ arus perdana.

Ketahuilah, Syiah dan Wahabi sama-sama paling memusuhi ASWJ arus perdana. Kedua-duanya menggelarkan ASWJ arus perdana dengan gelaran “ahli bid’ah”.

Perhatikan - di mana-mana sahaja ada pertumpahan darah dalam dunia Islam hari ini, pasti ada kedua-dua virus ini. Syiah dan Wahhabi berpisah tiada. Di Iraq, Pakistan, Syria, Yaman dan sebagainya... Jika ada pertempuran sesama umat Islam, pasti Syiah dan Wahhabi yang berperanan paling besar di sana. Satu kenyataan yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun.

Umat Islam sudah cukup parah perpecahannya. Jangan ditambah lagi perpecahan umat ini dengan menghidupkan ajaran Syiah (V6-3) dan Salafi Wahhabi (V6-4) pula. Hapuskan kedua-dua ajaran ini dari muka bumi, insya-Allah keadaan umat Islam akan jauh bertambah lebih baik.

Adakah sekiranya tidak ada ajaran Syiah dan Wahhabi maka kita tidak layak masuk syurga? Tidak kan? Jadi, apa untungnya lagi untuk kita kekalkan kedua-dua ajaran ini? Benda yang tidak perlu, jangan kita susah-susahkan diri untuk mengekalkannya. Katakan tidak kepada Syiah dan Wahhabi. Umat Islam akan jauh lebih baik tanpa kedua-duanya.

Abu Zulfiqar
17 November 2016

*Di atas merupakan tulisan segera di slaah stau group WhatsApp sebagai membalas tohmahan kaum Salaf Wahhabi (V6-4) di group berkenaan.

Selamatkan agama dan umat daripada Virus V6





Zat Allah Tidak Bertempat itu Aqidah Syiah? Virus V6

Virus V6

DAKWAAN DI SALAH SATU GROUP WHATSAPP, TULISNYA :
Allah wujud tanpa bertempat tu berasal dari kitab Syiah ulama Kulaini.


JAWAPAN RINGKAS DAN SEGERA UNTUK GROUP ITU :
Selama hari ini, saya tidak pernah tahu pun tentang tulisan al-Kulaini itu. Tulisan itu wujud atau tidak, tidak menambah atau mengurangkan apa-apa pun keperluan saya dalam aqidah. Hal ini kerana selama hari ini saya meyakini bahawa “Zat Allah tidak bertempat (dan sebagainya)” adalah dengan mengambilnya terus daripada kitab Al-Quran, bukannya daripada kitab al-Kulaini.

“Laisa kamithlihi syai’” (Asy-Syura : 11)

Maksudnya : “Tidak ada suatu apa pun yang sama/serupa/sebanding dengan-Nya.”
“Syai’” itu pula ialah segala sesuatu atau ringkasnya seluruh makhluk.

Apabila Allah mengakui dalam Al-Quran bahawa ZatNya langsung tidak sama dengan segala sesuatu (syai’) iaitu makhluk, hal itu sudah pun menjelaskan kepada saya dengan terang-benderang bahawa Zat Allah tidak bertempat, kerana zat makhluk iaitu syai’ yang bertempat. Langsung tidak perlu saya merujuk kepada mana-mana kitab termasuklah kitab al-Kulaini sebagaimana yang cuba didakyahkan oleh kaum Salafi Wahhabi (V6-4) tersebut.

Bahkan bukan sekadar ZatNya tidak bertempat, dengan ayat tadi sudahpun memberi tahu saya juga bahawa Zat Allah tidak berwarna atau jernih kerana yang berrwarna atau jernih termasuk dalam syai’, Zat Allah tidak licin atau kasar kerana yang licin atau kasar adalah termasuk dalam syai’, Zat Allah tidak beruang dan berbentuk kerana yang beruang dan bentuk termasuk dalam syai’, dan seterusnya.

Jadi, aqidah saya termasuklah Zat Allah tidak bertempat, termasuk juga tidak berwarna, tidak licin atau kasar, tidak berupa, tidak berbentuk, tidak berarah, tidak beruang, tidak pepejal atau cecair dan seterusnya. Semua ini saya dapat terus daripada ayat Al-Quran. Mengapa mengapa mereka cuba kaitkan dengan tulisan Syiah al-Kulaini?

Rasa-rasanya kita boleh agak dah bagaimana permainan mereka (Salafi Wahhabi V6-4). Mereka secara licik cuba kaitkan aqidah “Zat Allah tidak bertempat, tidak berwarna, tidak berbentuk, tidak beruang dan seterusnya....” dengan fahaman Syiah. Maka orang-orang awam yang tidak tahu akan hal ini pun dengan mudah akan jadi “makanan” mereka. Begitulah cara mereka selama ini.

Yang peliknya, mengapa aqidah Zat Allah tidak bertempat sahaja yang mereka cuba hi-lite tetapi mendiamkan tentang aqidah Zat Allah tidak berwarna (warna perlukan tempat), Zat Allah tidak berbentuk (bentuk memerlukan tempat), Zat Allah tidak beruang (ruang memerlukan tempat) dan seterusnya, mengapa tidak mereka bising-bising? (Semua itu kan berkait dengan tempat?) Padahal aqidah saya bukan sekadar meyakini Zat Allah tidak bertempat, bahkan kesemua yang disebutkan tadi.

Jelaslah bahawa secara langsung ataupun tidak langsung, selama ini mereka berpegang dengan aqidah “Zat Allah bertempat” atau aqidah “mustahil Zat Allah tidak bertempat”. Bahkan aqidah mereka termasuk juga Zat Allah tidak mustahil berwarna, berbentuk, berupa, beruang, berarah dan sebagainya kerana semua itu berkait dengan tempat. Apabila kita menafikan tempat bagi Zat Allah, maka kita sudah pun menafikan yang lain-lain itu juga.

Adakah kaum Salafi Wahhabi (V6-4) tidak menafikan warna (yang perlukan tempat), bentuk (yang perlukan tempat), posisi (yang perlukan tempat) dan sebagainya itu bagi Allah? Jika mereka tidak menafikannya, maksudnya selama ini mereka sudah tersembah selain Allah. Mereka sudah tersembah syai’ yang disangka sebagai Allah. Alangkah bahayanya?

Jika mereka menafikan Zat Allah berwarna, maka bukankah itu maksudnya mereka sedang menafikan Zat Allah bertempat (kerana warna perlukan tempat untuk wujud)?

Jadi, kita tanya semula kepada mereka :

1. Zat Allah yang kamu yakini itu berwarna atau tidak? Jika dikatakannya berwarna, maka dia selama hari ini berIlahkan makhluk. Jika dia kata tidak, maka selama ini dia juga beraqidah “Zat Allah tidak bertempat”, sama dengan saya. Jika dikatakannya tidak tahu, maka aqidahnya sangat bermasalah kerana dalam beraqidah dan beriman mana boleh ragu-ragu, kena yakin.

2. Zat Allah yang kamu yakini itu berbentuk atau tidak?

3. Antara Zat Allah dengan tempat (iaitu salah satu makhluk), mana yang ada terlebih dahulu? Zat Allah dahulukah? Zat makhluk daulukah? Atau sama-sama qadimkah?

Perlu diingat, yang menolak aqidah Zat Allah tidak bertempat antaranya ialah Namrud dan Firaun. Kedua-duanya cuba naik ke langit (antaranya Namrud dikatakan bina kenderaan dan Firuan arahkan bina bangunan tinggi untuk ke tempat di langit) untuk melawan Allah kerana mereka yakin Zat Allah bertempat di langit dan di angkasa lepas. Jadi, aqidah “mustahil Zat Tuhan tidak bertempat” jelas-jelas adalah aqidah Namrud dan Firaun. Selain mereka, yang meyakini bahawa “mustahil Zat Tuhan bertempat” ialah agama kuno Skandinavia, Rom, Kristian Triniti, sebahagian penganut agama HIndu, sebahagian orang asli Kalimantan dan lain-lain (*tulisan2 tentang ini akan saya usahakan dari semasa ke semasa). Wallahua’alam.

Abu Zulfiqar
17 November 2016

Selamatkan agama dan umat Islam daripada Virus V6

Saturday, November 26, 2016

Menuju Kuliah Kitab Ihya Ulumuddin Kali ke-200

Alhamdulillah, syukur. Atas izin Allah Taala, pada bulan ini sahaya akan mensyarahkan kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin bagi kali yang ke-200 di Surau An-Nur, Sg. Nyior, Trong, Perak Darul Ridzuan. Bermula pada tahun 2011, dan kini di penghujung 2016, lebih kurang 6 tahun.

Sepanjang 6 tahun ini, sahaya dizinkan Allah untuk menyelesaikan Kitab Ilmu dan Kitab Aqidah, manakala Kitab Cinta Allah yang sedang berlangsung pun sudah sampai ke penghujungnya. Tamat 3 kitab ini, maksudnya masih ada 37 kitab dalam kitab Ihya’ yang perlu diselesaikan.

Sahaya menjangkakan, sekiranya dipanjangkan umur dan kesihatan oleh Allah SWT, keseluruhan 40 kitab dalam kitab Ihya’ ‘Ulumuddin ini akan selesia disyarahkan dalam tempoh 20 ke 23 tahun. Masih ada baki 14 ke 17 tahun untuk selesaikan 37 kitab lagi. Insya-Allah boleh.

Tamat sahaja Kitab Cinta Allah nanti, kita akan teruskan dengan dua kitab sekaligus iaitu Kitab Zuhud dan Kitab Adab Berusaha. Hal ini kerana isi kandungan kedua-dua kitab ini ada pertalian tertentu, yang akan kita huraikan nanti.

Untuk itu, sama-samalah kita berdoa dan berusaha agar Allah jayakan segala perancangan baik kita.

Abu Zulfiqar Al-Amsyari
26 November 2016

Thursday, November 17, 2016

Mengambil Tariqat Ghazaliyyah?

PERSOALAN : Kami teringin juga hendak mengambil Tariqat Ghazaliyyah. Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk mengambil Tariqat Ghazaliyyah ini?

PENJELASAN : Sebenarnya sangat sekejap, tidak sampai pun 1 minit sudah boleh selesai proses talkin, ijazah dan bai’ah.

Tetapi, tidaklah semudah itu kerana sebelumnya kenalah ada proses penerangan ringkas tentang Tariqat Ghazaliyyah ini yang memakan masa lebih kurang dua jam, diikuti dengan sesi soal jawab. Setelah selesai sesi penerangan dan soal jawab tersebut, barulah sesuai dibuka kepada individu atau hadirin yang ada. Sesiapa yang mahu mengambil tariqat ini secara langsung, bolehlah diteruskan. Sesiapa yang tidak mahu, tidak mengapa. Tidak ada paksaan melainkan atas kerelaan dan pilihan hati sendiri.

Sesi penerangan dan soal jawab memang kena dibuat agar individu atau hadirin yang datang tahu tentang apa yang mereka inginkan ini. Ibarat jual beli barang, bakal penjual bertanggungjawab memaklumkan tentang barang jualannya kepada bakal pembeli. Bakal pembeli juga berhak tahu tentang barang yang bakal dibelinya. Hal ini supaya kedua-dua pihak berpuas hati.

Satu risalah tentang hal ehwal Tariqat Ghazaliyyah ini (setebal beberapa puluh muka surat saiz A4) bertajuk “Terbit Yang Melimpahkan Cahaya Naungan ke atas Tariqah Al-Ghazaliyyah - Penjelasan Tentang Tariqat Ghazaliyyah” akan dihadiahkan kepada individu atau hadirin yang datang ke sesi penerangan ini (sekiranya ada pada kami ketika itu).

Ringkasnya, siapkanlah waktu lebih kurang 3 jam secara keseluruhannya sekiranya ada keinginan.


PERSOALAN : Apakah persediaan yang perlu dibuat atau barang yang perlu dibawa untuk mengambil Tariqat Ghazaliyyah ini?

PENJELASAN : Tidak ada sebarang persediaan yang perlu dibuat atau barang yang perlu dibawa, melainkan berusahalah untuk membawa hati yang ikhlas jernih. Cuma umumnya janganlah yang datang hendak mengambil Tariqat Ghazaliyyah ini orang yang masih belum beres hal-hal asas dalam agama seperti tidak tahu mengerjakan solat, tidak tahu cara mandi wajib, tidak tahu cara berwuduk, dan seumpamanya. Bagaimanalah dia hendak bertariqat sedangkan dalam urusan yang asas-asas pun dia belum lepas?


PERSOALAN : Adakah disyaratkan apa-apa bayaran, barang, hadiah atau sebagainya?

PENJELASAN : Tidak ada. Datang berlenggang dan insya-Allah pulang membawa risalah tentang Tariqat Ghazaliyyah yang diberikan percuma (sekiranya ada pada kami ketika itu).


PERSOALAN : Sekiranya selepas mendengar taklimat dan bersoal-jawab tentang Tariqat Ghazaliyyah, tidak ada sesiapa yang mahu mengambil tariqat ini. Bagaimana?

PENJELASAN : Boleh sahaja. Langsung tidak ada paksaan untuk mengambil tariqat ini. Sekadar datang untuk tahu sahajapun, boleh. Cuma janganlah datang mengejut. Buatlah temujanji terlebih dahulu supaya kedua-dua belah pihak memperoleh keselesaan dalam pertemuan itu nanti.



Abu Zulfiqar
15 November 2016

Wednesday, November 9, 2016

Ikhwan Baru Tariqat Ghazaliyyah


Allahumma solli 'ala Saiyidina Muhammad.

Baru-baru ini 3 orang hamba Allah datang nun dari jauh, lebih kurang 500 kilometer untuk mengambil Tariqat Ghazaliyyah. Datang terus dari tempat mereka, bertamu ke rumah sahaya dalam 3 jam, terus pulang pula 500 kilometer. 1000 kilometer pergi balik! Allah... alangkah besarnya pengorbanan mereka. Siap dengan membawa pelbagai buah tangan. Memang sahaya berasa sangat terharu.

Dalam lebih kurang dua jam lebih dijelaskan tentang Tariqat Ghazaliyyah, sahabat-sahabat sahaya ini kemudiannya mahu ditalkinkan, diijazahkan dan berbai'ah.

Semoga Allah mudahkan segala urusan keduniaan dan keakhiratan kita semua, khususnya ketiga-tiga orang sahabat sahaya ini. Amin ya Allah.

Bermimpi Dikunjungi Nabi Muhammad saw

Allahumma salli ‘ala Saiyidina Muhammad.

Sekadar berkongsi cerita. Waktu sahaya kecil-kecil dulu, kalau tak salah ketika sahaya berumur 7 tahun, sahaya pernah bermimpi melihat Nabi Muhammad saw. Dalam mimpi itu, sahaya melihat dari jauh baginda Rasulullah saw berjalan masuk ke dalam rumahnya. Selepas mimpi itu, sehinggalah usia 40-an ini langsung tidak pernah bermimpi akan baginda lagi.

Tetapi pada hari Selasa 9 November 2016 semalam, sahaya dipeluangkan oleh Allah SWT untuk bermimpi akan kekasih-Nya itu buat kali kedua.

Ada beberapa hal yang boleh dianggap kebetulan atau berbetulan dengan hari berlakunya mimpi yang sangat bermakna itu.

Pada malam sebelumnya, seorang wanita menulis kepada sahaya meminta sahaya mentafsirkan dua mimpinya. Mimpi yang pertama itu berkaitan dengan junjungan kita Nabi Muhammad saw. Menurutnya, dua hari sebelum itu dia ada bermimpi asyik terlihat tulisan nama “Muhammad” di mana-mana. Selesai bahagian ini.

Hari Selasa itu pula (semalam). Zikir Harian untuk hari Selasa yang menjadi amalan ikhwan Tariqat Al-Ghazaliyyah dan ramai juga dalam kalangan umat Islam ialah selawat ke atas Nabi saw 1000 kali. Dan pada pagi itu entah mengapa sahaya berselawat lebih daripada biasa dan berasa begitu lazat melaksanakannya.

Petang Selasa. Balik dari kerja, seperti biasa sahaya menghadap lap-top, buat kerja-kerja agama. Entah bagaimana sahaya boleh terlelap di situ.

Ketika itulah sahaya bermimpi Rasulullah saw datang dan memberi salam di muka pintu (yang memang saya biarkan terbuka sedikit pun petang itu). Baginda memakai pakaian serba putih, sangat putih, sangat bersih - jubah putih, serban putih. Bersih indah penampilannya. Sihat cergas laksana orang muda.

Saya terkejut! Terus terjaga! Sahaya punya menangis, betul-betul macam budak-budak menangis. Siap berbunyi huuuu huuuuu. Seingat sahaya, sejak meninggalkan alam kanak-kanak, sudah tidak lagi menangis seperti itu.

Menangis itu kerana perasaan yang bercampur-baur. Sedih, sayu, rindu, rasa bersalah, terharu, sangat seronok..... pelbagai. Laju mulut berselawat berterusan.

Apabila tangisan sudah mereda, sahaya pergi juga menjenguk ke luar rumah melalui pintu. Sudah tentulah tidak ada apa-apa, cuma untuk memuaskan hati yang sedang luluh rindu.

Alangkah indahnya kunjungan baginda saw hari itu......

Begitulah sedikit perkongsian, yang sekiranya dirasakan ada manfaatnya, ambillah. Sekiranya tiada, abaikan sahaja. Sekadar kongsi-kongsi, tidak diminta percaya. Pengalaman sendiri-sendiri sahaja.

Wallahua’lam.


Abu Zulfiqar
Rabu 9 November 2016



*Video2 di bawah sekadar perkongsian. Wallahua'alam.



Friday, November 4, 2016

Risalah Tariqat Ghazaliyyah


Risalah terdahulu (yang mula-mula) telah dimantapkan lagi isi kandungannya. Daripada 25 muka surat saiz A4, kini edisi ke-2 menjadi 37 muka surat. Yang telah mengambil Tariqat Ghazaliyyah dan memiliki edisi sebelum ini, bolehlah dapatkan edisi kedua ini. Insya-Allah akan diusahakan risalah yang lengkap nanti yang mungkin setebal sekitar 50 muka surat saiz A4 (yakni edisi ke-3). Doa-doakan.

Saturday, October 8, 2016

Zat Allah dan Tempat Menurut Imam Al-Ghazali

Datang pula soalan kepada sahaya bertanyakan tentang pegangan Imam Al-Ghazali tentang Zat Allah dan tempat. Maka sahaya pun menulis jawapan ringkas dengan memetik daripada Imam Al-Ghazali (dengan sedikit penjelasan ringkas) sekiranya dirasakan perlu.

Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali menyatakan dalam kitabnya Ihya’ ‘Ulumuddin pada Kitab Aqidah :


“Tidaklah Dia (Allah) itu jauhar dan tidaklah Dia ditempati oleh jauhar-jauhar. Tidaklah Dia itu aradh dan tidaklah Dia ditempati oleh aradh-aradh.”

“Bahkan Dia tidak serupa dengan yang maujud dan tidak suatu pun yang maujud yang serupa dengan Dia. Tiadalah seperti-Nya sesuatu dan tidaklah Dia seperti sesuatu.”
*Maksudnya Zat Allah langsung tidak sama dengan suatu apa pun.

“Dia istiwa’ atas ‘Arasy menurut firmanNya dan menurut erti yang dikehendakiNya, istiwa’ yang suci daripada tersentuh dengan sesuatu, suci daripada tetap dan tenang, suci daripada BERTEMPAT dan berpindah.”

“Dia TIDAK BERTEMPAT pada sesuatu dan tidak ada sesuatu BERTEMPAT padaNya.”
*Yang BERTEMPAT ialah makhluk. Zat Allah tidak terlibat dengan tempat, lokasi atau terlibat dengan ruang. Yang bertempat, berlokasi dan beruang adalah makhluk.

“Maha Suci Dia daripada dipengaruhi oleh TEMPAT, sebagaimana Maha Suci Dia daripada dibataskan oleh waktu/masa/zaman. Tetapi adalah Dia sebelum dijadikan waktu/masa/zaman dan TEMPAT. Dia sekarang menurut apa yang Dia ada.”
*Masa dan TEMPAT adalah makhluk. Sebelum adanya masa dan TEMPAT, Zat Allah sudah sedia ada. Pada azali, yang ada hanyalah Allah. Oleh itu, Dia qadim. Pada azali, selain Allah, belum ada. Kemudian, barulah Allah menjadikan masa dan TEMPAT. Selepas Allah menjadikan masa dan TEMPAT, ZatNya tetap seperti pada azali juga, langsung tidak mengalami sebarang perubahan kerana Dia baqa’. Apa sahaja yang mengalami perubahan, adalah makhluk. Jangan kita tersembah makhluk. Jika pada azali ZatNya TIDKA BERTEMPAT, selepas azali sampailah bila-bila pun, ZatNya tetap kebal daripada TERKENA TEMPAT.

“Kerana pada azali yang ada hanyalah Dia Yang Maha Esa sedangkan selain Dia tidak ada.”

“Allah Taala itu qadim, senantiasa, azali, tidak ada bagi wujudNya permulaan.”

“Tidaklah Allah Taala itu jauhar yang terbatas di SESUATU TEMPAT.”

“Bagaimanakah adanya Dia BERTEMPAT pada jisim sedangkan Dia sudah maujud pada azali sendirinya dan tidak ada beserta Dia yang lain-lain (termasuklah TEMPAT, ruang, lokasi).”

“Maha Suci ZatNya daripada ketentuan arah. Arah itu adakalanya di atas atau di bawah, di kanan atau di kiri, di hadapan atau di belakang.”

“Tentang mengangkat kedua-dua belah tangan ketika berdoa kepada Allah ke arah langit adalah kerana langit itu qiblat doa.”
*Bukan kerana Zat Allah berada di udara, di sebalik awan, di kahyangan, di atmosfera, di angkasa lepas, di Sistem Suria, di Galaksi Bima Sakti, di alam semesta, di langit ketiga atau sebagainya yang seumpamanya.

“Demikianlah dengan hal istiwa’. Jika dibiarkan ertinya sebagai menentap dan BERTEMPAT, tentulah yang BERTEMPAT itu jisim yang bersnentuh dengan ‘Arasy. Adakalanya seperti ‘Arasy ataupun lebih besar atau lebih kecil daripadanya.. Yang demikian itu adalah mustahil.”


MAKLUMAT TAMBAHAN

Siapakah antara golongan yang meyakini bahawa Zat Tuhan bertempat?
Antara yang berpegang bahawa Zat Tuhan itu bertempat ialah beberapa golongan daripada ahli-ahli falsafah Yunani/Greek.

Ahli-ahli falsafah Yunani terdiri daripada banyak golongan. Untuk memudahkan pembicaraan dalam menolak apa yang salah dan apa yang lemah daripada ajaran kaum falsafah itu, Imam Al-Ghazali membahagikan mereka kepada 3 kelompok besar iaitu golongan Dahriyyun, golongan Tabi’iyyun dan golongan Ilahiyyun. Padahal jumlah golongan mereka adalah lebih lagi.

Dalam banyak-banyak golongan itu, ada golongan daripada golongan Ilahiyyun yang meyakini bahawa Zat Tuhan qadim dan zat makhluk juga qadim. Maksudnya Tuhan dan makhluk sudah sedia ada serentak sejak azali. Oleh itu, Zat Tuhan dan tempat sudah sedia wujud serentak. Mereka percaya Tuhan perlukan tempat untuk Dia ada. Oleh itu, Tuhan bertempat. Mereka tidak dapat menerima jika dikatakan Zat Tuhan tidak bertempat.

Imam Al-Ghazali menulis dalam kitabnya Tahafut Al-Falasifah : “Umumnya ahli-ahli falsafah bersepakat mengatakan bahawa alam ini qadim.”

Semoga kita tidak berpegang dengan i’tiqad salah kaum falsafah itu. Wallahua’lam.


Abu Zulfiqar
8 Oktober 2016




Friday, October 7, 2016

Soalan2 Lazim Tentang Tarekat / Tariqat

Tariqat ni apa benda sebenarnya?
Ada banyak definisi dan huraian tentang tariqat. Ringkas cakap, tariqat ni sebenarnya merupakan jalan untuk mencapai maqam muhsin dan seterusnya.

Muhsin tu apa pulak?
Selain daripada kita nak jadi salah seorang muslimin iaitu seorang yang muslim, kita juga nak jadi seorang yang mukminin iaitu seorang yang beriman, dan kita juga nak jadi seorang yang muhsinin iaitu seorang yang muhsin. Muslim - mukmin - muhsin. Huraiannya agak panjang. Nak kena datang kuliah le kalau nak betul-betul faham bahagian ini.

Tariqat bukan ajaran Syiah ke?
Alangkah jauhnya perbezaan antara tariqat dengan Syiah, bagaikan langit dan bumi. Tariqat lain, Syiah lain.

Tariqat ni bukan ajaran sesat ke?
Kalau ajaran sesat, itu bukan tariqat. Kalau tariqat, itu bukan ajaran sesat. Kedua-duanya saling berlawanan. Ramai juga yang masih gagal membezakan antara tariqat dengan sesat.

Kan ada/banyak tariqat yang sesat?
Tidak pernah ada tariqat yang sesat. Yang sesat, itu jelas-jelaslah bukan tariqat. Yang tariqat, itu jelas-jelaslah bukan ajaran sesat. Kedua-duanya sangat berbeza dan saling bertentangan.

Yang orang sebut sebagai tariqat-tariqat sesat tu?
Itu sekadar penamaan, bukan hakikat yang sebenarnya. Contohnya - kita sebut “hadis palsu”. Hadis palsu tu hadis ke? Tidak kan? Hadis palsu bukan hadis. Sudah palsu, mana boleh jadi hadis. Yang palsu, bukan hadis. Hadis pula, tak ada yang palsu. Tetapi mengapa disebut sebagai “hadis palsu”? Hal itu sekadar penamaan untuk memudahkan pembicaraan kita tentangnya. Pada hakikatnya tidak ada hadis palsu. Samalah, pada hakikatnya tidak ada tariqat sesat.

Habis tu, yang tarekat-tarekat yang memang disahkan sesat tu?
Itu ajaran sesat, bukannya ajaran tarekat dan bukannya tariqat sesat. Masalah dalam hal ini ialah sama ada mereka yang mendakwa diri dan perkumpulan mereka sebagai tariqat, ataupun kita yang menjenamakan mereka sebagai tariqatt. Apabila terbukti mereka ajaran sesat, sepatutnya tidak boleh dikaitkan langsung dengan tariqat/tarekat. Apabila terbukti mereka ajaran sesat, sepatutnya kita tidak boleh menyebut mereka sebagai tariqat lagi. Samalah - sepatutnya “hadis palsu” tidak boleh disebut sebagai hadis lagi melainkan kena disebut sebagai “bukan hadis”. “Tariqat sesat” tidak boleh disebut sebagai tariqat lagi melainkan kena disebut sebagai “bukan tariqat’. Cuma kita kena faham dengan kebiasaan umat yang masih menggunakan istilah “hadis palsu” dan “tariqat sesat”, tetapi janganlah sampai kita sendiri yang tersalah faham.

Mengapa ada orang yang menolak tariqat?
Samalah jawapannya kepada persoalan : “Mengapa ada orang tolak agama Islam?” Antara punca utama mereka menolak agama Islam adalah kerana mereka tidak ada maklumat dan pemahaman yang memadai tentang agama Islam. Orang yang sudah punya maklumat dan pemahaman yang memadai tentang agama Islam, sudah tentu tidak akan menolak Islam lagi. Begitulah halnya dengan tariqat. Yang menolak tariqat itu, pada diri mereka tidak ada maklumat/ilmu dan pemahaman yang memadai tentang tarekat. Orang yang sudah punya maklumat dan pemahaman yang memadai tentang tariqat, sudah tentu tidak akan menolak tariqat sekalipun dia sendiri tidak bertariqat.

Bagaimana dengan orang yang pernah bertariqat, tapi lepas tu mereka berhenti dan menentang pula tariqat?
Ada beberapa faktor. Antaranya :

1. Kebanyakan yang mengaku pernah bertariqat itu sebenarnya tidak pernah bertariqat pun. Ramai yang menipu. Harapan mereka, apabila diyakini sebagai bekas ahli tariqat, sudah tentulah orang ramai akan lebih mempercayai kata-kata mereka. Maka mudahlah untuk mereka memperdaya dengan memburuk-burukkan tariqat.

2. Ada segelintir yang memang pernah mengambil dan mengikuti orang atau perkumpulan tertentu YANG MEREKA SANGKA SEBAGAI TARIQAT padahal itu bukan tariqat. Boleh jadi juga mereka mengikut individu ataupun perkumpulan tertentu YANG MENGAKU SEBAGAI TARIQAT tetapi sebenarnya bukan tariqat. Apabila mereka bersama dengan orang-orang itu, mereka terlihat beberapa hal yang kelihatan bertentangan dengan kehendak agama, lalu mereka pun berhenti atau keluar daripada ‘tariqat’ tersebut. Kemudian mereka pun mencanangkan kononnya tariqat begini-begini keburukannya sedangkan pengalaman yang dilaluinya bukan dengan individu atau perkumpulan tariqat yang sebenar. Entah apa ajaran yang disertainya tetapi diperasannya sebagai tariqat. Bahkan dia menghukum semua tariqat berdasarkan pengalamannya dengan ‘tariqat-tariqat’ yang entah ajaran apa sebenarnya itu. Tamsilannya - seorang kanak-kanak lalu di bawah sepohon pisang. Di bawah pohon itu dilihatnya ada beberapa biji buah terletak di atas tanah. Disangkanya itu tentu buah daripada pokok pisang. Dia pun cuba makan buah itu. Pedasnya! Terus dihukumnya buah itu sebagai buah kepada pokok pisang dan dihukumnya juga bahawa buah pisang pedas belaka. Padahal yang dirasanya itu ialah cabai besar yang tercicir.

3. Ada segelintir yang memang pernah menyertai tariqat yang benar, malangnya dia aktif dalam tempoh yang sangat singkat. Hendak dapatkan ijazah akademik di universiti pun biasanya tiga tahun. Itu pun jika pengajian sepenuh masa. Tambah-tambahlah ilmu-ilmu dan amal-amal tariqat. Cukupkah pengalaman pengajian sepenuh masa beberapa hari, beberapa minggu, beberapa bulan untuk arif selok-belok tariqat? Apatah lagi jika sekadar pengalaman bertariqat sambil-sambil. Benarkah dia sudah punya kemampuan yang memadai untuk melayakkan dia mempertikaikan tariqat? Eloklah kita fikirkan jauhhh sedikit sebelum menjadikan orang-orang sebegini sebagai rujukan kita.

4. Ada pula segelintir lagi yang memang pernah menyertai tariqat yang benar, tetapi dia hanya aktif sehingga ke peringkat tahu sahaja, belum sampai ke peringkat faham, apatah lagi untuk mencapai peringkat penghayatan. Padahal tariqat berjalan atas pemahaman dan penghayatan. Apa-apa yang kita tahu, belum tentu kita faham. Banyak perkara yang kita tahu dalam hidup kita, tetapi kan banyak antaranya yang kita belum faham? Jadi, orang itu sudah berhenti tariqat sebelum dia sampai ke peringkat faham. Memang tidak mustahillah dia akan menolak tariqat. Salah dia , bukan salah tariqat.

Ada orang yang mengaku pernah ditugaskan untuk memimpin halaqah zikir dalam tariqatnya, tetapi akhirnya dia keluar daripada tariqat juga. Macam mana pula tu?
Seorang guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah menengah memilih salah seorang muridnya untuk memimpin aktiviti memaskan badan setiap kali mereka turun padang. Adakah si murid layak menghuraikan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani lalu dia menggantikan gurunya di dalam kelas untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran? Sebenarnya majlis zikir dan majlis bacaan-bacaan aurad itu semua hanyalah satu bahagian kecil daripada keseluruhan ilmu-ilmu dan ama-amal tariqat. Maksudnya orang itu yang sudah terperasan bahawa dirinya pernah bermaqam begini-begini dalam tariqat, kedudukannya dulu pernah tinggi dalam tariqat, maka layaklah dia kemudiannya mempertikaikan tariqat kepada masyarakat. Padahal tugasan yang pernah dibuatnya itu dahulu ringkas cakap belum apa-apa pun lagi dalam dunia tariqat. Baru merangkak-rangkak, belum berdiri pun lagi, apatah berjalan dan berlari. Kalau sekadar pernah jadi khalifah zikir, sangat jauh lagi jaraknya untuk mengatakan begitu begini tentang tariqat kepada orang lain. Seorang yang tidak pernah melihat kereta melainkan pernah membelek tayar kereta sahaja, tiba-tiba hendak memperkatakan tentang kereta kepada suku kaumnya. Rasa-rasa, banyak maklumat benar dan tepat, ataupun banyak maklumat yang salah dan terkeliru yang bakal dihidangkannya?


Abu Zulfiqar
7 Oktober 2016

Layakkah Seminarkan Tasawwuf dan Tarekat? (Isu V6-4)

Datang soalan kepada saya.... Ada orang yang disyaki sebagai berfahaman atau cenderung Salafi Wahhabi (V6-4) mahu membuat seminar tentang tarekat. Bagaimana kita hendak tahu yang mereka benar-benar layak (maksudnya ada ilmu, ada pemahaman, ada pengalaman dan ada penghayatan tentang tarekat) untuk berbicara tentang tarekat kepada orang ramai dan bukannya berbicara atas dasar cedok-cedok, dengar-dengar, baca-baca, tonton-tonton, agak-agak, tuduh-tuduh dan sebagainya?

Berikut adalah sedikit jawapan kepada isu ini (sahaja). Antara usaha (daripada pelbagai jalan usaha lagi) untuk mengetahui hal tersebut adalah dengan bertanyakan soalan secara terus kepada bakal-bakal pembicara itu. Jika tidak dapat secara terus, bolehlah secara mencari maklumat melalui orang lain atau media lain (seperti tulisan-tulisan mereka, audio video mereka, orang-orang yang rapat dengan mereka, anak-anak murid mereka dan sebagainya) sebelum majlis berlangsung. Sebaik-baiknya soalan-soalan ini ditanya sebelum majlis atau pada awal majlis kerana jika terbukti yang mereka tidak ada kelayakan untuk berbicara tentang tarekat sebegitu, kita tidak perlulah hadir atau kita bolehlah angkat kaki awal.



SOALAN 1 : Apa tarekat yang anda ambil?

Jika dia menjawab yang dia tidak mengambil apa-apa tarekat, maka sesiapa yang mahu bolehlah terus meninggalkan dia dan majlisnya. Hal ini kerana terang-terang dia seorang yang tidak ada ilmu, pengalaman, pemahaman dan penghayatan tentang tarekat melainkan selama hari ini dia hanya main cedok-cedok daripada kata-kata dan penulisan orang lain. Sudah tentu akan ada kesalahan dan kekeliruan maklumat dalam bicaranya tentang tarekat. Orang yang tidak ada ilmu, pengalaman, pemahaman dan penghayatan tentang enjin tiba-tiba hendak buat seminar (atau seumpamanya) tentang enjin. Bolehkah dipercayakah orang jenis ini?

Sekiranya dia menjawab yang dia PERNAH mengambil tarekat, tukang bicara jenis ini juga bolehlah ditinggalkan. Hal ini memberi petunjuk bahawa dia mungkin sekali seorang yang gagal mencapai had minima (had yang memadai) yang sepatutnya dicapai oleh orang yang bertarekat. Orang yang sudah mencapai peringkat yang memadai, ringkas kata tidak akan meninggalkan tarekat lagi. Jika sekadar PERNAH, maka dia belum layak untuk berbicara tentang tarekat. Jika dia memang PERNAH bertarekat, peringkat tertinggi yang dicapainya kemungkinan besar hanyalah sebagai ahli biasa atau peserta sahaja. Orang di peringkat ini keupayaan mereka terhad kepada mengamalkan tarekat untuk dirinya sendiri sahaja, belum layak untuk memperkatakan tentang tarekat kepada orang ramai, apatah lagi buat seminar (dan seumpama) tentangnya. Misalannya, seorang yang PERNAH beragama Islam tiba-tiba hendak berseminar tentang agama Islam. Bolehkah dipercaya?

Tetapi sekiranya dia menjawab yang dia ada mengambil tarekat sekian sekian (maksudnya dia memang sedang mengamal), maka bolehlah berpindah ke soalan seterusnya.


SOALAN 2 : Bila anda ambil tarekat itu?

Soalan ini boleh dijawab dengan mudah sama ada secara jujur ataupun secara mereka-reka maklumat, namun maklumat ini ada gunanya untuk kita nanti.


SOALAN 3 : Di mana anda ambil tarekat itu?

Soalan ini juga dengan mudah boleh dijawab secara jujur atau secara mereka-reka maklumat. Ada gunanya untuk kita nanti.


SOALAN 4 : Siapa nama mursyid atau wakil mursyid yang membimbing anda dalam tarekat itu?

Jawapan kepada soalan ini (dicampur pula dengan jawapan kepada soalan no.2 dan no.3 di atas) sangat penting kerana maklumat ini membolehkan orang lain membuat kajian dan penelitian tentang kesahihan tarekat itu, kebenaran perkumpulan yang disertainya, kebenaran ajaran-ajarannya, kredibiliti guru atau pembimbingnya dan sebagainya. Dari situ kita boleh mengetahui sama ada dia memang bertarekat atau tidak, dan sama ada dia mengikut tarekat yang betul ataupun tarekat yang salah yang disangkakannya itulah tarekat.

Jika dia menjawab tidak mempunyai mursyid atau pembimbing, maka bolehlah hadirin bangun dan tinggalkan majlis tersebut. Dalam bertarekat kenalah ada penunjuk tarekat (penunjuk jalan). Yang tidak punya penunjuk jalan tiba-tiba mahu seminarkan tarekat? Ke mana dia hendak membawa manusia sebenarnya? Seorang yang tidak pernah ada guru ilmu-ilmu hadis, tiba-tiba hendak seminarkan ilmu-ilmu hadis. Macam mana? Elok sangatlah dihentikan kerana risiko tersalah dan terkeliru maklumat sangatlah tinggi.

Namun sekiranya dia menjawab bahawa nama pembimbingnya sekian-sekian, maka boleh saja diteruskan. Maklumat tentang tarekat dan pembimbingnya itu akan kita selidiki dan cari kebenarannya kemudian.


SOALAN 5 : Berapa lama anda aktif (dari segi istiqamah amalnya dan menghadiri majlis-majlis tarbiyyahnya) dalam tarekat yang anda ambil itu? Boleh berikan purata lebih kuranglah kekerapan anda menghadiri majlis-majlis tarbiyyah tarekat itu dalam setahun?

Jika jawapannya dia hanya mengambil, menyertai, mengamal dan menghadiri program-program tarekat itu 2-3 hari, 3-4 minggu, 5-6 bulan, kemudian sudah tidak aktif, menurut adatnya memang tak ke mana pun tahunya. Orang yang badannya biasa-biasa (bukan bodybuilder, tak pernah main besi dll) tetapi tiba-tiba mahu masuk pertandingan bina badan peringkat kebangsaan, bolehkah badannya berubah jadi sasa dalam masa sesingkat itu? Walaupun sudah bertarekat selama 10 tahun tetapi kehadiran ke majlis-majlis pentarbiyyahan ilmu-ilmu dan amal-amal tarekat hanya 5-6 kali setahun, sangatlah tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk buat seminar (atau seumpamanya). Eloklah kita angkat kaki dari situ.

Jika dijawabnya (sebagai contoh) : “Saya memang istiqamah hadir majlis zikir kuat beramai-ramai setiap minggu selama dua tahun.” Jelas dia tidak tahu yang mana satu majlis-majlis pentarbiyyahan ilmu-ilmu tarekat. Maka bolehlah ditinggalkan dia dan majlisnya.

Jika jawapannya menunjukkan dia sudah aktif bertahun-tahun dan sering ke majlis pentarbiyahan ilmu-ilmu tarekat, maka sesuailah diteruskan ke soalan berikutnya.


SOALAN 6 : Setakat mana pencapaian anda dalam tarekat itu? Ahli biasa/peserta sahaja? Ahli aktif? Diangkat sebagai pembimbing peringkat bawahan? Dilantik sebagai pembimbing peringkat yang lebih tinggi? Wakil mursyid? Khalifah? Mursyid? Lain-lain?

Kalau setakat ahli biasa atau ahli aktif sahaja, eloklah jangan buat seminar (dan seumpamanya) tentang tarekat. Umpama budak sekolah Tingkatan 1 hendak seminarkan isu-isu pendidikan peringkat kebangsaan. Kan kacau jadinya? Dikhuatiri nanti pembicara akan memalukan diri sendiri sahaja pada pandangan mata hati orang-orang yang tahu tentang tarekat. Lebih malang lagi jika para hadirinnya ialah orang-orang yang tak ada pengalaman dengan tarekat. Sudah tentu ramai yang akan percaya bulat-bulat segala kesalahan dan kekeliruan maklumat si pembicara. Maka lebih baiklah hadirin beredar sahaja daripada majlis tersebut.

Bagaimana jika dia menjawab pencapaiannya sekian-sekian? Kita dahulukan snagka baik dan bolehlah beralih ke soalan seterusnya.


SOALAN 7 : Siapa atau perkumpulan mana dalam tarekat itu yang boleh mengesahkan pencapaian anda itu?

Kita mahu nama, bukannya dolak-dalik. Sekiranya dia gagal ataupun tercari-cari hendak beri nama guru dan halaqah/zawiyah yang boleh diminta pertanggungjawaban mereka ke atas dakwaan-dakwaan si pembicara, eloklah hadirin angkat kaki dari majlis tersebut. Sudah tentu dia ada agenda yang tidak baik sebenarnya.

“Dan janganlah engkau mengikut apa yang ENGKAU TIDAK ADA PENGETAHUAN TENTANGNYA. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya.” (Al-Isra’ : 36)


SOALAN 8 (*soalan tambahan) : (*Soalan ini sesuai ditanyakan oleh orang-orang yang sudah ada ilmu dan amal tarekat) Cuba anda huraikan serba-sedikit tentang sukatan pelajaran peringkat sederhana (tak perlu peringkat tinggi pun) dalam tarekat yang anda sertai itu.

Jawapannya nanti akan memberikan gambaran sejauhmana kelayakan dia untuk berbicara tentang tarekat. Benar atau palsunya boleh dikenalpasti, insya-Allah.



PENGHUJUNG BICARA

Sekiranya ada soalan-soalan yang tersangkut atau tidak beres, ternyatalah para pembicara yang disyaki membawa atau cenderung fahaman V6-4 itu tidak punya kelayakan pun untuk berbicara tentang tarekat. Jika benar sebegitu, eloklah kita jangan menghadiri majlis itu dan sekiranya telah hadir, bolehlah beransur pulang ketika itu juga. Janganlah kita bersubahat dalam perkara yang kita tidak ada pengetahuan yang memadai tentangnya.

Bahkan bukankah sepatutnya pada awal majlis, sudah diperkenalkan terlebih dahulu latar belakang para pembicara beserta maklumat-maklumat penting berikut sekurang-kurangnya :

1. Tarekat apa yang sedang diamalnya sekarang?

2. Sejak bila dia berpegang dengan tarekat itu (untuk hadirin mengagak keluasan pengalamannya).

3. Di mana diambilnya tarekat itu?

4. Siapa nama mursyid, atau wakil mursyid, atau sesiapa sahaja yang membimbingnya dalam tarekat itu?

5. Di mana lokasi atau halaqah tempat dia aktif dengan tarekat itu sekarang?

Sekiranya tidak ada maklumat-maklumat ini, berwaspadalah!

Akhir kata, nasihat kita - biarlah orang yang berkeahlian yang berbicara tentang bidangnya. Umumnya, sangat berisiko tinggi jika seorang mekanik motosikal tiba-tiba hendak seminarkan ilmu-ilmu dan isu-isu dunia kedoktoran moden. Kesannya boleh jadi sangat berbahaya kepada orang ramai. Wallahu’lam.

“Dan tiadalah yang dapat mengambil pelajaran melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.” (Al-Baqarah : 269)

Memberi ingat itu tandanya sayang.


Abu Zulfiqar
5 Oktober 2016




*Mesti baca!


 Tasawwuf & Tarekat : Antara Ketulenan dan Kepalsuan Orang Yang Mahu Berbicara Tentangnya http://alexanderwathern.blogspot.my/2016/10/tasawwuf-tarekat-antara-ketulenan-dan.html

Maulana Asri, Bicara Tariqat Tasawuf http://alexanderwathern.blogspot.my/2016/09/maulana-asri-bicara-tariqat-tasawuf.html

 





Wednesday, October 5, 2016

Tasawwuf & Tarekat : Antara Ketulenan dan Kepalsuan Orang Yang Mahu Berbicara Tentangnya

YANG BERPOTENSI TULEN :

Dia memang mengambil tarekat, mengamalkan tarekat, memahami dan menguasai tarekat itu sehingga sampai ke had minima yang layak untuk membicarakannya dan berkongsi tentangnya dengan orang lain. Maksudnya dia seorang yang “ahli” (berkemahiran) bukannya sekadar ahli biasa (bukannya sekadar peserta tarekat). Dia boleh menghuraikan dengan baik sekurang-kurangnya selok-belok satu tarekat yang dipegangnya sekalipun tidak sampai ke peringkat cemerlang. Hal ini dapat menjadi salah satu bukti yang dia memang ahli dalam tarekat.

Selain itu, selama ini umumnya dia memang sedia dimaklumi oleh orang-orang tarekat dan orang lain sebagai seorang ahli tarekat. Jika secara tiba-tiba dia muncul entah dari mana dan mahu berbicara lantang tentang tarekat, kita kena meletakkan tahap berjaga-jaga peringkat tertinggi dengan orang jenis ini.

Selama ini dia memang dimaklumi sebagai seorang yang tidak menolak, menentang dan memusuhi tarekat sama ada secara jelas ataupun secara tidak langsung.


YANG BERPOTENSI PALSU :

Orang yang tidak mengambil mana-mana tarekat tetapi mahu berbicara juga tentang hal ehwal tarekat. Sudah tentu akan banyak maklumat yang salah dan yang terkeliru dalam peti simpanan akalnya, dan itulah yang akan dikeluarkan dan hidangkan dalam bicaranya nanti.

Orang yang pernah mengambil tarekat tetapi tidak mengamalkannya. Maka bagaimana dia boleh tahu, faham dan menghayati sesuatu yang dia tidak amalkan? Bagaimana kita hendak mempercayai seseorang yang mahu membicarakan tentang sesuatu yang dia tidak tahu, tidak faham dan tidak kuasai? Sangat besar potensi palsunya.

Orang yang pernah mengambil tarekat tetapi sudah tidak mengamalkan tarekat lagi. Maksudnya dia sebenarnya sudah gagal untuk mencapai had minima dalam bertariqat untuk berkongsi tentang tariqat kepada orang lain. Hanya untuk tahu dan amal sendiri, mungkinlah dia pernah sampai. Sebenarnya dia hanya berada di peringkat tahu, tidak berjaya sampai ke peringkat faham pun. Apatah lagi untuk mencapai peringkat menghayati. (Elok kalau kita tanya dia, guru atau perkumpulan tarekat yang mana yang ada mengesahkan yang dia memang betul-betul ahli dalam tarekat, bukan sekadar ahli biasa atau peserta).

Orang yang mengamalkan tarekat tetapi tidak sampai ke peringkat memahami dan menguasai hal ehwal tarekat itu. Maksudnya dia tidak disahkan sebagai ahli (berkemahiran) tetapi sekadar ahli biasa (peserta). Pengetahuan ahli biasa/peserta sangatlah terbatas, apatah lagi pemahaman dan penghayatannya. Ibaratlah seorang murid darjah satu yang tiba-tiba mahu mengadakan seminar tentang ilmu matematik tambahan yang tidak pernah dilalui dan dikuasainya pun. Sudah tentu dalam seminar itu dia hanya akan berbiacara tentang ilmu matematik sekolah rendah yang disangkakannya sebagai ilmu matematik tambahan. Orang-orang yang tidak tahu akan menganggapnya hebat kerana sampai mampu seminarkan ilmunya, tetapi bagi orang-orang yang tahu pula, mereka akan tertawa di dalam hati kerana jelas terpampang kepalsuannya

Orang yang pernah melihat, membaca, mendengar, menonton atau mengikut mana-mana perkumpulan atau ajaran yang bermasalah yang mengaku sebagai tarekat lalu diyakininya betullah itu tarekat. Berapa banyak ajaran dan perkumpulan yang bukan tarekat tetapi mengaku tarekat atau disangka tarekat? Sangat banyak! Padahal itu semua bukan perkumpulan atau ajaran tarekat. Tarekat yang salah bukanlah tarekat walaupun kita menyebutnya sebagai tarekat. Samalah dengan hadis palsu yang bukannya hadis walaupun kita menyebutnya sebagai hadis (iaitu disebut hadis palsu). Orang yang hanya berpengalaman dengan tarekat sesat tetapi tidak ada pengalaman yang memadai dengan tarekat yang benar, mana mungkin dia boleh berbicara tentang tarekat. Sudah tentu dia akan berbicara tentang tarekat sesat tetapi disangkanya sebagai itulah tarekat. Sangat besar potensi palsunya.

Orang yang selama hari ini orang-orang tarekat sendiri umumnya tak pernah tahu pun yang dia seorang ahli tarekat, tiba-tiba sahaja dia mahu terus berbicara lantang tentang tarekat bahkan sehingga ke peringkat kritis. Kemungkinan besar palsu.

Orang yang tidak mampu untuk menghuraikan sekurang-kurangnya selok-belok satu tarekat (sekurang-kurangnya tentang tarekat yang dipegangnya) dengan baik, yang dapat menunjukkan yang dia memang ahli dalam tarekat tersebut. Yang teragak-agak, tercari-cari, tersangka-sangka.... sudah tentu bukan ahli dalam tarekat tetapi berlagak tahu melainkan seorang yang berpotensi besar palsu.

Orang yang selama ini yang kita maklumi sebagai penolak, penentang dan memusuhi dunia tarekat sama ada secara jelas tau secara tidak langsung, tiba-tiba terus mahu berbicara lantang tentang tarekat. Kemungkinan besar dia seorang yang palsu dalam hal ini.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kita mestilah sedari awal lagi berusaha untuk mengambil langkah yang memadai dalam memastikan antara ketulenan dan kepalsuan orang yang mahu berbicara tentang tasawwuf dan tarekat, lebih-lebih lagi yang mahu berbicara di depan orang ramai.

Wallahualam.

(*Jika dalam hal yang betul-betul "basic" dalam tarekat pun boleh salah, macam mana kita hendak meyakini bicara hal yang sederhana dan yang mendalam tentang tarekat? Antara kesalahan yang sangat tidak sepatutnya terjadi http://alexanderwathern.blogspot.my/2016/09/maulana-asri-bicara-tariqat-tasawuf.html .
Nilailah dengan hati yang jernih dan ikhlas, bukan dengan ketaksuban)

Abu Zulfiqar
4 Oktober 2016

Wednesday, September 14, 2016

Tentu Lebih Benar?

Kayu ukur kebenaran yang salah, tapi masih ada juga orang2 yang mudah terpengaruh dengannya :

- Yang ada PHD sudah TENTU LEBIH BENAR daripada yang tidak ada PHD.
- Orang universiti tentu lebih benar daripada orang yang tidak masuk universiti.
- Ustazah tentu lebih benar daripada orang kampung biasa.
- Yang berjanggut panjang tentu lebih benar daripada yang berjanggut pendek.
- Ahli jemaah2 besar tentu lebih benar daripada ahli jemaah2 kecil.
- Yang berserban besar tentu lebih benar daripada yang berserban kecil.
- Yang ada jawatan tentu lebih benar daripada yang tidak berjawatan.
- Yang pulang dari Timur Tengah tentu lebih benar daripada yang belajar di pondok2 Nusantara.
- Yang ramai pengikut tentu lebih benar daripada yang kurang pengikut.
- Yang nampak tua tentu lebih benar daripada yang nampak muda.
Dan pelbagai lagi yang seumpama dengannya.

Jika selama ini kita menggunakan pengukur di atas, kita kena betulkan semula pertimbangan kita dalam menilai kebenaran.

Abu Zulfiqar
14 September 2016

Tuesday, September 13, 2016

Murid dan Maklumat Yang Dipelihara Guru

"Seseorang murid itu janganlah menyombong dengan ilmu yang diketahuinya lalu menentang gurunya."

"Bertanya kepada guru (apatah lagi terus menentang tanpa bertanya terlebih dahulu) dalam hal yang belum sampai tahapmu untuk memahaminya adalah dicela. Kerana itulah maka Khidhir melarang Musa bertanya (sebelum sampai ketikanya)."

"Oleh itu, tinggalkanlah bertanya sebelum tiba waktunya. Guru lebih tahu tentang keahlianmu (kebolehanmu) dan bila masanya sesuatu pengetahuan itu mesti diberitahu kepadamu."

- Imam Al-Ghazali, Ihya' 'Ulumuddin : Kitab Ilmu


Sekadar misalan:

Pengetahuan tentang alam berumahtangga dan proses terjadinya bayi di dalam kandungan hendak diajar kepada murid-murid prasekolah. Sesuaikah?

Formula Matematik untuk pelajar universiti hendak diajar kepada murid-murid Tahun 1 sekolah rendah. Sesuaikah? Kira campur tolak darab bahagi yang asas pun mereka masih merangkak-rangkak.

Maklumat ketenteraan tingkat Jeneral hendak diberi kepada prebet-prebet yang baru masuk askar. Sesuaikah?

Segala maklumat itu sebenarnya tidak tersembunyi tetapi disimpan buat sementara waktu dan akan dikeluarkan apabila orang-orang yang bakal menerima maklumat itu dirasakan layak untuk memikulnya. Jauh berbeza antara menyembunyi dengan menyimpan/memelihara. Kepada orang-orang yang belum mampu menanggungnya atau yang tidak mampu menanggungnya, tidaklah disampaikan maklumat-maklumat itu kepada mereka. Jika guru menyampaikan juga, maknanya guru itu seorang yang zalim.

Letakkan bahan buat kuih pada penimbang kuih, letakkan sayur dan ikan pada penimbang sayur di pasar, dan letakkan lori jentera pada penimbang jentera. Begitulah pertimbangan guru-guru yang adil. Mereka tidak akan meletakkan lori sawit untuk dijunjung oleh penimbang sayur-sayuran. Hancur penimbang itu nanti!

Imam Al-Ghazali menyatakan dalam kitab Ihya’ pada Kitab Ilmu :
Ditanyakan sesuatu kepada seorang ulama. Dia tidak menjawab. Lalu penanya itu bertanya lagi : “Tidakkah tuan ada mendengar sabda Nabi saw : “Sesiapa yang menyembunyikan ilmu yang bermanafaat, nescaya dia akan datang pada Hari Qiamat dalam keadaan pada mulutnya ada kekang daripada neraka.” (Ibnu Majah)?”

Maka ulama itu menjawab : “Tinggalkanlah kekang itu di sini dan engkau berlalulah. Sekiranya datang orang yang berfaham (yang mampu menanggung maklumat tersebut) tetapi aku masih sembunyikan juga, maka ketika itu letaklah kekang itu di mulutku.”

Kadang-kadang ada murid-murid yang dikuasai sifat-sifat mazmumah menyebabkan mereka tidak sabar, berasa sudah cukup bijak dengan pengetahuan yang ada pada mereka dan terburu-buru dalam membuat keputusan. Mereka mempertikaikan guru-guru sedangkan mereka tidak tahu pun maklumat-maklmuat yang masih dipelihara oleh guru-guru mereka. Dirasakan prostesnya itu benar di sisi agama lalu mereka pun membuat keputusan sendiri terlebih dahulu.

Dalam menuntut ilmu kenalah ada sabar, ikhlas hati, mendahulukan sangka baik bukan mendahulukan sangka buruk, bersikap merendah diri, hormat, taat dan berkasih sayang. Jika tidak, kita mungkin akan menyusahkan diri (jika bukan di dunia pun, di akhirat nanti), guru dan pihak-pihak lain.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah daripada banyak berprasangka kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Sudah tentu kamu jijik. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Menerima Taubat lagi Maha Mengasihani.” (Al-Hujurat : 12)

Umumnya : “Jika engkau mengikut aku, janganlah engkau bertanya tentang sesuatu sehinggalah aku sendiri yang akan menceritakannya kepadamu.” (Al-Kahfi : 70)

Wallahua'lam.

Abu Zulfiqar
13 September 2016

Tindakan Sesudah BerTarikat Ghazaliyyah

Persoalan : Saya baru mengambil Tariqat Ghazaliyyah. Apa yang perlu saya lakukan seterusnya?

Jawapan :
1. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan segala amalan yang fardhu dan yang wajib. Usaha ini bukan kerana anda berTariqat Ghazaliyyah, tetapi kerana memang sudah menjadi kefardhuan dan kewajiban ke atas kita semua sama ada yang bertariqat ataupun tidak.

2. Amalkan Zikir Harian secara istiqamah.

3. Carilah mana-mana majlis pengajian kitab Ihya’ ‘Ulumuddin (Imam Al-Ghazali) dan ikutilah secara istiqamah. Jika tidak diperoleh, carilah mana-mana majlis pengajian kitab Minhajul ‘Abidin (Imam Al-Ghazali). Sekiranya tidak dapat juga, teruslah mencari tetapi bolehlah ditampung buat sementara waktu dengan mana-mana pengajian kitab Siyarus Salikin (Syeikh Abdus Samad al-Falimbani). Masih belum dapat? Carilah mana-mana majlis pengajian kitab Bidayatul Hidayah (Imam Al-Ghazali) atau Hidayatus Salikin (Syeikh Abdus Samad al-Falimbani). Belum diperoleh juga? Duduklah dalam mana-mana majlis pengajian kitab tasawuf buat sementara, sambil terus mencari pengajian kitab Ihya’ atau kitab Minhaj.

4. Berusahalah untuk menghadiri sekurang-kurangnya dua kali mana-mana majlis ilmu/tarbiyyah/agama dalam seminggu.

5. Berusahalah untuk solat berjemaah di masjid/surau (bagi lelaki) apabila berpeluang.

6. Berusahalah untuk menutup aurat dengan sesempurna mungkin (bagi lelaki dan wanita).

7. Hadirilah mana-mana majlis tarbiyyah Tariqat Al-Ghazaliyyah yang berhampiran sekiranya ada.

8. Teruslah berhubung baik dengan guru, wakil guru dan ikhwan Tariqat Ghazaliyyah dari semasa ke semasa, secara berhadapan mahupun secara jarak jauh.

9. Berusaha untuk mencontohi akhlak Nabi Muhammad saw di mana-mana sahaja kita berada.

10. Teruskan komitmen baik anda selama hari ini terhadap diri, keluarga, rakan-rakan, masyarakat, negara, agama, umat, majikan, kerjaya, pendidikan, jemaah-jemaah Islam atau perkumpulan-perkumpulan agama Islam yang anda sertai, dan sebagainya.


Abu Zulfiqar
13 September 2016

Monday, September 12, 2016

BerTariqat Ghazaliyyah Sesudah Bertariqat

Persoalan :

Assalamualaikum ustaz.

Saya teringin juga hendak mengamalkan Tariqat Ghazaliyyah tetapi saya sudah pun mengamalkan Tariqat xxxxxxxx.

Mohon pandangan ustaz.



Penjelasan :

Waalaikumussalam.Tuan yang dimuliakan. Persoalan ini saya cuba jawab secara menyeluruh supaya isi jawapannya boleh dipakai berterusan untuk orang-orang lain juga.

Sememangnya ada individu-individu yang berminat untuk mengikuti Tariqat Al-Ghazaliyyah tetapi mereka teragak-agak dan ada yang memendamkan sahaja hasrat mereka memandangkan mereka sudah pun terlibat dengan sesuatu organisasi tariqat ataupun sekurang-kurangnya ada mengamalkan pelajaran tariqat dengan tariqat tertentu.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan situasi sebegitu. Sekarang saya senaraikan antara faktor-faktor tersebut dan cuba memberikan pencerahan yang sesuai, insya-Allah.


Permasalahan 1 :
Khuatir amalan sedia ada akan terganggu, tidak sempat diselesaikan, dan akan jadi banyak sangat.

Penjelasannya :
Insya-Allah amalan sedia ada tidak akan terganggu. Hal ini kerana :

1. Amalan Tariqat Ghazaliyyah ini sangat ringkas.
2. Zikir hariannya mudah, pendek-pendek dan sedikit.
3. Dalam masa yang singkat sahaja boleh diselesaikan. Contohnya zikir harian pada hari Sabtu ialah “La IlahaillAllah” 1,000 kali. Itu sahaja.
4. Zikir Harian boleh dibuat pada bila-bila masa, sambil-sambil pun boleh. Tidak semestinya kena berada di tempat tertentu dengan gaya duduk tertentu dan pada masa tertentu. Boleh dibuat sedikit-sedikit dan disambung apabila ada kelapangan.
5. Sekiranya tidak boleh bersuara atau letih untuk bersuara, di hati pun sudah memadai.
6. Jumlahnya juga tidak mesti cukup bilangan 1000. 1000 itu sekadar untuk menunjukkan banyak. Contohnya jika kita mampu buat 100 sahaja, buatlah 100.
7. Amalan Wirid Harian pula hanya untuk orang-orang yang sudah stabil amalan Zikir Hariannya.
8. Hanya ada 10 kalimah yang pendek-pendek sahaja, yang dianjurkan untuk membaca 10 kali setiap satunya. Jadi kesemuanya 100 kali. Sekiranya mampu baca 1 kali sahaja (10 kalilah jumlah keseluruhannya), bacalah 1 kali sahaja. Cara mengamalkannya pun sama dengan cara mengamalkan Zikir Harian.
9. Jika mahu, selesaikanlah terlebih dahulu amalan-amalan sedia ada, kemudian baru buat Zikir Harian Tariqat Ghazaliyyah ini. Boleh. Tidak ada masalah. Maksudnya anda masih punya banyak masa dengan tariqat atau tariqat-tariqat anda yang lain itu.


Permasalahan 2 :
Khuatir kena menghadiri banyak majlis.

Penjelasannya :
1. Dalam Tariqat Al-Ghazaliyyah, tidak ada apa-apa majlis yang perlu dihadiri kecuali pengajian kitab Ihya’ ‘Ulumuddin atau kitab Minhaj al-’Abidin, sekurang-kurangnya sebulan sekali. Carilah di mana-mana pun walaupun pengajarnya tidak berTariqah Ghazaliyyah. Sekiranya tidak diperoleh juga, buat sementara waktu bolehlah ikuti pengajian kitab Siyarus Salikin, atau Bidayatul Hidayah atau Hidayatus Salikin.
2. Tarqah Al-Ghazaliyyah idak ada sebarang majlis tetap, tambahan atau sampingan seperti tawajuh, suluk, maulid, haul dan sebagainya.
3. Cuma sekiranya ada keluangan masa, sangat digalakkan untuk pergi mendapatkan maklumat lagi tentang Tariqah Al-Ghazaliyyah ini kepada guru-guru, ahli atau majlis-majlis penerangan Tariqat Ghazaliyyah. Itu sahaja.


Permasalahan 3 :
Khuatir terikat dengan (guru atau perkumpuan atau organisasi) Tariqat Ghazaliyyah.

Penjelasan :
1. Umumnya Tariqat Ghazaliyyah bukanlah sebuah organisasi tariqat. Maka anda tidak akan terikat dengan tariqat ini.
2. Tariqat Ghazaliyyah bersifat untuk semua. Sesiapa yang tahu, boleh mengamalkannya. Sesiapa yang tidak mahu, boleh sahaja meninggalkannya. Tidak disyaratkan untuk berbaiah atau mengambil ijazah.
3. Tariqat Ghazaliyyah tidak bersifat menarik, mengumpul dan menyekat manusia. Sebaliknya bersifat menyebar kepada seluruh umat manusia.


Permasalahan 4 :
Khuatir tidak dibenarkan atau dimarahi atau disisihkan oleh guru dan organisasi tariqat sedia ada.

Penjelasan :
Jelaskan dengan baik kepada mereka dan mohon keizinan. Boleh jadi mereka tidak tahu dan mungkin juga tersalah faham. Sebenarnya :
1. Tariqat Ghazaliyyah tidak mengambil, mencuri atau merampas mana-mana murid/pengamal tariqat lain. Orang yang mengambil tariqah ini boleh terus kekal dengan tariqat-tariqatnya selama ini. Anggaplah Tariqat Ghazaliyyah ini sebagai pengkayaan sahaja.
2. Tariqat Ghazaliyyah tidak mengganggu amalan dan komitmen murid dengan tariqat lain.
3. Tariqat Ghazaliyyah tidak menggangu perjalanan kerohanian murid bahkan akan dapat membantu melajukan lagi pencapaiannya bersama organisasi tariqat lain.
4. Ringkasnya, Tariqat Ghazaliyyah langsung tidak bersaing atau berebut dengan mana-mana guru, organisasi dan perkumpulan mana-mana tariqat pun.
5. Bahkan ahli-ahli Tariqat Ghazaliyyah ini sendiri bebas untuk pergi berguru dengan mana-mana guru, organisasi atau perkumpulan tariqat lain.

Semoga penjelasan ringkas ini bermanfaat buat semua.


Abu Zulfiqar
25 Ogos 2016