Wednesday, November 9, 2016

Bermimpi Dikunjungi Nabi Muhammad saw

Allahumma salli ‘ala Saiyidina Muhammad.

Sekadar berkongsi cerita. Waktu sahaya kecil-kecil dulu, kalau tak salah ketika sahaya berumur 7 tahun, sahaya pernah bermimpi melihat Nabi Muhammad saw. Dalam mimpi itu, sahaya melihat dari jauh baginda Rasulullah saw berjalan masuk ke dalam rumahnya. Selepas mimpi itu, sehinggalah usia 40-an ini langsung tidak pernah bermimpi akan baginda lagi.

Tetapi pada hari Selasa 9 November 2016 semalam, sahaya dipeluangkan oleh Allah SWT untuk bermimpi akan kekasih-Nya itu buat kali kedua.

Ada beberapa hal yang boleh dianggap kebetulan atau berbetulan dengan hari berlakunya mimpi yang sangat bermakna itu.

Pada malam sebelumnya, seorang wanita menulis kepada sahaya meminta sahaya mentafsirkan dua mimpinya. Mimpi yang pertama itu berkaitan dengan junjungan kita Nabi Muhammad saw. Menurutnya, dua hari sebelum itu dia ada bermimpi asyik terlihat tulisan nama “Muhammad” di mana-mana. Selesai bahagian ini.

Hari Selasa itu pula (semalam). Zikir Harian untuk hari Selasa yang menjadi amalan ikhwan Tariqat Al-Ghazaliyyah dan ramai juga dalam kalangan umat Islam ialah selawat ke atas Nabi saw 1000 kali. Dan pada pagi itu entah mengapa sahaya berselawat lebih daripada biasa dan berasa begitu lazat melaksanakannya.

Petang Selasa. Balik dari kerja, seperti biasa sahaya menghadap lap-top, buat kerja-kerja agama. Entah bagaimana sahaya boleh terlelap di situ.

Ketika itulah sahaya bermimpi Rasulullah saw datang dan memberi salam di muka pintu (yang memang saya biarkan terbuka sedikit pun petang itu). Baginda memakai pakaian serba putih, sangat putih, sangat bersih - jubah putih, serban putih. Bersih indah penampilannya. Sihat cergas laksana orang muda.

Saya terkejut! Terus terjaga! Sahaya punya menangis, betul-betul macam budak-budak menangis. Siap berbunyi huuuu huuuuu. Seingat sahaya, sejak meninggalkan alam kanak-kanak, sudah tidak lagi menangis seperti itu.

Menangis itu kerana perasaan yang bercampur-baur. Sedih, sayu, rindu, rasa bersalah, terharu, sangat seronok..... pelbagai. Laju mulut berselawat berterusan.

Apabila tangisan sudah mereda, sahaya pergi juga menjenguk ke luar rumah melalui pintu. Sudah tentulah tidak ada apa-apa, cuma untuk memuaskan hati yang sedang luluh rindu.

Alangkah indahnya kunjungan baginda saw hari itu......

Begitulah sedikit perkongsian, yang sekiranya dirasakan ada manfaatnya, ambillah. Sekiranya tiada, abaikan sahaja. Sekadar kongsi-kongsi, tidak diminta percaya. Pengalaman sendiri-sendiri sahaja.

Wallahua’lam.


Abu Zulfiqar
Rabu 9 November 2016



*Video2 di bawah sekadar perkongsian. Wallahua'alam.



1 comment:

Anonymous said...

Saya pernah bermimpi, melihat sosok yg saya rasakan sbg Nabi saw, terlihat dr arah sisinya, berjalan menundukkan kepalanya, di kiri kanannya sejumlah manusia, kepala dan wajahnya terselindung kain rida', berjubah putih kebiruan, demikian juga kain rida'nya. Ketinggiannya sedikit tinggi dr saya (ketinggian saya 175 cm). Setelah itu saya terus tersedar.

Di kala yg lain, saya bermimpikan sosok yg saya rasakan sbg Nabi saw, berjubah dan kain rida'nya sedikit kekuningan, saya mengikutinya dr belakangnya, sampai di suatu tempat beliau berhenti, sedang saya berada sebelah kanannya dgn jarak beberapa meter, terlintas di hati utk mencium tgnnya, tp belum sempat saya lakukan beliau lantas berdoa mengangkatkan tgnnya, saya turut sama mengangkat tgn, dlm keadaan tgn kanan dan kiri saya rapatkan, tp beliau mengisyaratkan agar saya menjarakkan kedua tgn saya. Setelah itu saya tersedar. Setelah dr mimpi berkenaan, setiap kali mengangkat tgn utk berdoa, saya jarakkan tgn kanan dan tgn kiri saya.

Dlm kedua dua mimpi berkenaan saya tak berpeluang melihat wajahnya.

Secara peribadi, mimpi bg saya adalah bayangan minda bawah sedar kita. Mimpi menggambarkan kita bnyk berfikir ttgnya dan boleh juga berlaku bg org yg bnyk menselawatinya. Apakah benar sosok yg kita rasakan Baginda saw yg kita mimpikan itu mmg sebenarnya Baginda saw ? waAllahu'alam.

Hanya saja kita yakini setiap kali menselawati Baginda saw, Baginda saw pasti membalas selawat kita itu.

Allahumma solli wasallim 'ala Sayyidina wa Maulana, HabibiKa wa RasuliKa Muhammad !
Wa 'ala alihi wa sohbihi wassallam ! 'adada khalkiHi wa RidhoNafsiHi wa zinati'ArsyhiHi wa midadaKalimatiHi .