Sunday, June 28, 2015

Persoalan Tentang Hikam Al-Ghazali no. 129



Suatu hari saya menulis Hikam Al-Ghazali nombor 129 di laman Facebook iaitu :

“Pancaindera manusia bagaikan lima pintu yang terbuka menghadap dunia luar. Namun yang paling menakjubkan daripada semua ini ialah hatinya yang memiliki jendela terbuka ke dunia ruh yang ghaib.”

Seorang sahabat mengemukakan soalan sebagaimana berikut :

SAHABAT : Assalamualaikum tuan, could you please explain further?, need elaboration.. I read thru too but… Apakah itu 5 pintu?

SAYA : 5 pintu itu ialah 5 pancaindera kita iaitu deria penglihatan (mata), deria pendengaran (telinga), deria perasa (lidah), deria sentuhan (kulit) dan deria hidu/cium (hidung). Umumnya kelima-lima deria ini hanya dapat mengesan hal-hal yang zahir sahaja. Maklumat tentang hal-hal zahir masuk ke dalam diri kita melalui 5 pintu ini.

Namun yang lebih hebat, lebih berpotensi dan lebih kuat sebenarnya ialah hati/jiwa kita. Melalui jendela/tingkap jiwa ini, kita dapat mengambil manfaat akan hal-hal yang ghaib. Maklumat tentang hal-hal ghaib khususnya yang berkaitan dengan agama, masuk ke dalam diri kita melalui jendela hati ini.

SAHABAT : Maknanya kita kena jaga sungguh 5 pintu dari dosa agar hal-hal ghaib khususnya bab agama dapat masuk dengan kefahaman yang sebenarnya seperti yang dikehendaki Allah.

Bila 5 pintu kurang dosa, maka hati sejernih cermin dapat pantulan cahaya.. Seumpama tv menerima satellite terus tanpa gangguan, gitu?..

SAYA : Ya.

SAHABAT : TQVM Alhamdulillah.

TAMAT.

*Pemahaman seperti ini membuatkan saya sangat gembira.



No comments: