Kita ibarat penumpang sebuah kapal.
Kapal itu berhenti sebentar di sebuah pulau.
Kapten kapal mengingatkan kita yang kita akan berlabuh sekitar beberapa jam sahaja.
Kita semua turun dari kapal dan menuju ke arah masing-masing.
Kelompok yang bijak akan segera kembali ke kapal setelah
mengambil apa-apa yang perlu. Mereka beruntung kerana ruang kapal masih banyak
yang kosong. Oleh itu, mereka boleh memilih ruang-ruang yang selesa di dalam
kapal itu.
Kelompok kedua pula ambil lebih masa dengan melayan
keindahan di pulau itu. Mereka tidak segera kembali ke kapal, tapi tidak juga
terlewat. Tiba di kapal, mereka dapati tempat-tempat duduk VIP semua sudah
penuh. Mahu tak mahu, mereka pun ambillah tempat-tempat duduk biasa sahaja.
Kelompok ketiga, mereka lebih lama lagi di pulau kerana
terpesona dengan apa-apa yang ada di pulau itu. Mereka lewat kembali ke kapal.
Mereka dapati tempat duduk VIP dan biasa sudah penuh. Jadi mereka terpaksa
duduk di ruang-ruang yang paling bawah, paling buruk.
Kelompok keempat, mereka khayal dengan pulau itu lalu
berjalan jauh ke dalam. Akibatnya, ketika kapten kapal memanggil, mereka tidak
mendengar. Jika mendengar pun tidak sempat kembali ke kapal dan kapal sudah
belayar pergi.
- Ringkasan daripada petikan kitab Kimiya' As-Sa'adah,
Imam Al-Ghazali
No comments:
Post a Comment