Saya faham, niatnya mahu mengenakan saya. Disangkanya saya seperti yang disebutkan. Jadi, saya jawab begini sahajalah....
Kita sibuk dengan hal-hal perbezaan, terlupa untuk mengenal
diri kita yang sebenar, terlupa juga untuk lebih mengenali Allah. Sebagaimana
10 tahun dulu kita kenal Allah, sehingga kini pun macam itu jugalah, hanya ilmu-ilmu
agama yang bertambah, tapi tentang Tuan Punya Ilmu? Biarlah, cukuplah
sebagaimana yang kita kenal 10 tahun dulu. (Begitulah kot)
Kita juga lupa tentang kemajuan umat, kerana sebahagian kita
asyik memundurkan umat dengan pelbagai isu khilaf. Isu khilaf yang ratusan
tahun lalu didebatkan, sehingga sekarang tak selesai-selesai. Tiba-tiba sebahagian
kita masih lagi hendak membawa isu-isu khilaf itu ke tengah masyarakat untuk ratusan
tahun akan datang pula. Dah tahu keputusannya khilaf, masih lagi nak bawa umat
yang sedang amat lemah ini berbalah, berpecah-belah.
Musuh-musuh Islam di luar sana tersenyum senang, kerana
kerja-kerja mereka mahu memecah-belahkan dan menjahanamkan umat ini sudah
diambil alih oleh sebahagian daripada kita.
Para ulama salafussoleh, ketika itu berdiri daulah
Islam/kekhalifahan, maka sesuailah jika mereka mahu bahaskan isu-isu khilaf. Itu
pun mereka tidak campakkan isu-isu itu ke tengah masyarakat, umumnya mereka sesama
mereka sahaja.
Kini, dalam keadaan Islam tidak punya daulah dan
kekhalifahan, ditindas seperti haiwan, sebahagian kita masih sibuk membid’ah,
menyesat, menerakakan sesama umat Islam. Bertepuk tanganlah musuh-musuh Islam.
Terlupa bahawa Allah dan Rasul-Nya memerintahkan umat
Islam untuk memperkuatkan diri dengan persenjataan dan keberanian, membela
saudara-suadara yang kesusahan, mengembalikan daulah Islam dan kekhalifahan. Juga
mencintai saudara seIslam yang lain walaupun berbeza pandangan dalam hal furu’,
bukannya membid’ah, menyesat dan menerakakan mereka.
KepadaNya tempat kita mengadu.
*Masa bila pulak ana kafirkan orang? Kalau orang kafir, tak kan ana nak kata dia/mereka bukan orang kafir? Takkan nak kata orang-orang kafir tu muslim pulak? Mana yang kafir kita kata kafirlah, mana yang tak kafir kita tak kata kafirlah. Kan begitu?
*Cium kaki tokoh? Tak pernah ana buat pulak. Cium tangan orang tua-tua, orang-orang soleh tu adalah.
*Dakwaan tentang pakaian tertentu.... itu pun tak pernah pula ana buat.
Tukang pos gambar tu silap attack orang ni :)
Abu Zulfiqar
10 Jun 2014
No comments:
Post a Comment