ABDUL
AZIZ YANG MENGAKU SEBAGAI PEMUDA BANI TAMIM MENULIS KEPADA SAYA :
Kalau kalian ingin saya
bersumpah dengan sumpah yang tak pernah terucap dari siapa pun maka saya akan
bersumpah.
Tapi ingat sumpah saya tidak bermanfaat sedikit pun jika kalian tidak percaya
kepada bayan (keterangan) dari alqur'an oleh Imam Naser Muhammad AlYamani
ASYHADU ANLA ILAHA ILLALLOH
WA ASYHADU ANNA
MUHAMMADAN RASULULLOH
WA ASYHADU ANNA NASIR MUHAMMAD ALYAMANI HUA AL-MAHDI AL-MUNTAZHAR AKHIRU
KHULAFAAILLAHI FIL ARDH
Aku bersumpah demi Alloh yang Agung jika dakwahanku atas diriku adalah dusta
maka aku sangggup dan rela ditempatkan di jantung neraka yang terpanas
selama-lamanya, dan aku sanggup menanggung seluruh dosa orang-orang yang
meyakini Imam Naser sebagai AlMahdi AlMuntazhar dan aku sebagai Pemuda Bani
Tamim jika ternyata di kemudian hari imam dan aku bukanlah seperti yang mereka
yakini.
Saksikanlah sumpahku ini oleh kalian dan Alloh juga adalah saksi atas
sumpahku..
dan sumpah ini sebarkan ke siapa saja yang kalian kenal
(Abdul Aziz Muhammad Nasir Ahmad Abdul Ghani Al-Anfenani Al-Indunisiy)
Tanda tangan saya (4JJI) ..
---------------------------------------
Ustadz Zulfikar silahkan anda bersumpah bilang saja kami ini pendusta dengan
sumpah kamu dan kamu jamin pengikutmu seperti saya menjamin pengikut saya dan
pengikut Imam Naser.
JAWAPAN
KEPADA ABDUL AZIZ :
Tuan Abdul Aziz.
Kaedah bersumpah seperti
ini memang agenda biasa pada mana-mana ajaran sesat apabila ternyata Al-Quran
dan As-Sunnah tidak menyokong ajaran mereka, lebih-lebih lagi apabila
hujah-hujah mereka sudah longgar lalu runtuh.
Untuk pengetahuan anda, sudah banyak kali saya berhadapan dengan
pelbagai bentuk ajaran sesat, maka banyak lenggok silat mereka sudah saya sedia
maklum. Cara ajaran-ajaran sesat itu berhujah lebih sama sahaja. Kaedah
bersumpah seperti ini pun sebenarnya satu taktik yang sudah sangat kuno. Di
Malaysia ada seorang yang mengaku dan diangkat sebagai rasul, dan salah satu
sandaran yang digunakannya ialah kaedah bersumpah juga. Hal ini kerana :
“Yang benar
sudah datang dan yang bathil sudah lenyap. Sesungguhnya yang bathil itu adalah
sesuatu yang pasti lenyap.”
(Al-Isra’ : 81)
Dengan kaedah bersumpah
murahan seperti ini wahai Abdul Aziz, anda memang boleh menarik orang-orang
awam yang jahil, namun orang-orang yang berfikir panjang tidak akan terpedaya.
Bukankah Allah sudah
mengatakan :
“Dan tiadalah
mengambil pelajaran melainkan orang-orang yang MENGGUNAKAN AKAL FIKIRANNYA.” (Al-Baqarah : 269).
Orang-orang yang tidak
mahu menggunakan akal fikirannya, tetapi BERTAQLID BUTA kepada Nasser Mohamed
dan anda wahai Abdul Aziz, memang akan menjadi lembu tunggangan kalian.
Satu hal yang pasti, kami
yang menolak dakyah anda tidak meminta pun kamu bersumpah. Kami minta
hujah-hujah yang ilmiah yang mesti kalian bentangkan, sebagai menjawab segala
kesalahan dalam ajaran yang kamu bawa ini.
“Berikanlah
keterangan-keterangan kamu, jika kamu orang yang benar.” (Al-Baqarah : 111)
Sehingga kini anda dan
para pendukung anda masih gagal memberi penjelasan, sebaliknya hanya mampu
memberi sumpah seranah, ancaman azab, atau beri link ke forum Si Nasser
sahaja. Kemudian menghina seluruh ulama
Ahli Sunnah wal Jamaah kononnya mereka memecah-belahkan umat Islam dengan mengadakan
mazhab-mazhab. (Bukankah kalam Si Imam Nasser sendiri mengatakan diri dan
pengikutnya bukan Ahli Sunnah wal Jamaah (Sunni)? ) Itu sahaja yang pemuda Bani
Tamim mampu lakukan? Bagaimana mahu membawa panji-panji Al-Mahdi?
Allah sudah berpesan
kepada kita :
“Dan
janganlah engkau patuhi setiap orang YANG SUKA BERSUMPAH dan suka menghina.” (Al-Qalam : 10)
Sebab itu sumpah murahan
anda ini tidak ada nilainya bagi kami. Kami tahu, anda sudah tergugat dengan
pembongkaran-pembongkaran yang kami lakukan. Sebab itu kini anda mempraktikkan
teknik bersumpah sebagai perisai kamu, dengan harapan kami akan mengatakan :
“Wahhh, hebatnya Si Abdul Aziz! Kalau sebegitu hebat sumpahnya, maka nyatalah
dia orang yang benar!”
Malangnya… hal itu tidak
akan berlaku, kerana kami sudah masak benar dengan helah-helahmu, sebagaimana
yang diterangkan oleh Allah SWT sendiri :
“Mereka
MENJADIKAN SUMPAH-SUMPAH MEREKA SEBAGAI PERISAI, lalu mereka menghalangi dari
jalan Allah. Sungguh, betapa buruknya apa yang telah mereka kerjakan. Yang
demikian itu sesungguhnya mereka telah beriman, kemudian menjadi kafir, maka
hati mereka dikunci, sehingga mereka tidak dapat mengerti.” (Al-Munaafiquun : 2-3)
Kami yakin, sebelum
menganut ajaran Si Nasser, dulunya anda dan orang-orang anda menganut faham
Islam Ahli Sunnah wal Jamaah. Tapi sekarang kalian sudah berubah.
MENAMBAH SYAHADAH seperti
yang anda lakukan wahai Abdul Aziz juga bukan daripada ajaran Islam. Apabila
anda meletakkan kalimah “wa” (yang bermaksud “dan”), itu penambahan syahadah yang
mungkar. Jika anda tidak meletakkan “wa” di situ, masih boleh dipertimbangkan.
Maka apabila berlaku penambahan syahadah sebegitu, jelas-jelas anda sedang
menganut ajaran sesat.
Perlakuan seperti ini
dikisahkan oleh Allah SWT sebagai :
“Maka
pernahkah kamu melihat orang-orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai
Tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya, dan Allah sudah
mengunci mati pendengaran dan hatinya, dan meletakkan penutup atas
penglihatannya.” (Al-Jaasiyah :
23)
Kepada para peminat Nasser
dan Abdul Aziz, tinggalkanlah kaum-kaum yang suka-suka hati menyelewengkan
syahadah seperti ini. Biarkanlah mereka berdua sahaja yang sesat, kalian kembalilah ke pangkal
jalan, ke pangkuan Ahli Sunnah wal Jamaah. Kepada anda wahai Abdul Aziz,
pulanglah ke pangkuan ASWJ. Tinggalkan Si Nasser itu. Dan jika anda
berkemampuan, dakwahkan agar Si Nasser juga kembali ke dalam pelukan ASWJ.
Dalam Islam, kaedah
bersumpahnya juga tidak melalut-lalut seperti yang anda pamerkan. Cukup dengan
“Wallahi” dan jika perlu cukup dengan tambahan “laknat Allah ke atas aku.” Saya
faham, anda mengarang sumpah yang sebegitu dengan harapan dapat meraih simpati
dan menakluk hati-hati orang lain. Ia tidak lebih daripada kata-kata manis
untuk mengaburi mata.
Yang akhirnya, jika kamu
kepingin benar hendak mendengar saya bersumpah, yah, saya akan berikan satu,
iaitu pada bahagian yang paling penting, iaitu dari sudut aqidahmu.
Daripada tulisan-tulisan sebelum ini, kita
sedia faham yang ada SESUATU masuk ke dalam diri anda hinggakan anda berasa
sakit, dan benda itu berkata-kata di dalam diri anda. Kita petik tulisan
berkaitan :
“Kemudian
ibunya (ibu kepada Abdul Aziz) bertanya kepadanya (Abdul Aziz) : “Kenapa kamu
nak (anak)? Ada apa denganmu?” Dia menjawab : “Ada SESUATU YANG MASUK DALAM
DADAKU dengan melafazkan : “Alqiyamah, Alqiyamah.”
Kemudian SESUATU yang masuk ke dalam badan
anda itu berkata :
“Kamu
adalah CUCU (keturunan) NABI IBRAHIM yang membangun Ka’abah. Dia (Nabi Ibrahim)
membangun Ka’abah ini UNTUKMU.”
Hebat! Anda tiba-tiba menjadi cucu Nabi
Ibrahim. Adakah cerita tentang cucu Nabi Ibrahim di akhir zaman ini dalam
Al-Quran dan hadith? Lebih hebat lagi, Nabi Ibrahim membina Ka’abah itu adalah
untuk anda! Dalam Quran, adakah kisah yang mengatakan Nabi Ibrahim membina
Ka’abah itu untuk Abdul Aziz yang akan datang pada akhir zaman nanti?
Kemudian anda dinampakkan satu makhluk besar
bersayap yang memukul air laut yang diyakininya sebagai Malaikat Jibril.
Terjadi lagi dialog antara anda dengan SESUATU yang masuk ke dalam diri anda:
“Jika
(yang bersayap) itu adalah Jibril, maka siapakah engkau (yang sedang berada
dalam diriku ini)?” Di sinilah SESUATU yang memasuki dirinya menjawab : “AKULAH
ALLAH YANG MAHA SUCI DAN AGUNG, TUHANMU DAN TUHAN SEMESTA ALAM.”
Oleh itu, saya mengatakan
:
“Wallahi, yang masuk ke
badan anda dan berkata-kata dengan anda itu, yang anda akui sebagai Tuhan itu
bukanlah Allah.”
Allah SWT tidak
terpengaruh dengan tempat, posisi, luar dalam, keluar masuk, arah, sempadan,
batas, tepi dan lain-lain. Yang terpengaruh dengan itu semua tidak lain ialah
makhluk, yang mengaku sebagai Allah.
“Aku
berlindung dengan Rabb manusia, Penguasa manusia, Ilah manusia, daripada
kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, YANG BERKATA-KATA KE DALAM
DADA MANUSIA, dari kalangan jin dan manusia.” (Surah An-Naas)
Makhluk inilah yang masuk
dan berkata-kata di dalam dadamu, lalu mengaku sebagai Allah, wahai Abdul Aziz.
Wahai Abdul Aziz dan para
penyokong Abdul Aziz, kembalilah kalian ke jalan yang lurus, jalan Ahli Sunnah
wal Jamaah. Saya bukan suka bersumpah-sumpah seperti anda, tapi sekadar untuk
anda mengerti, saya tidak gentar mempertahankan kebenaran. WaAllahua’alm.
Abu Zulfiqar
14 OGOS 2012
1.52 a.m.