Minggu lepas saya ke Tesco. Sebenarnya sudah lama saya tidak ke sana kerana saya salah seorang yang menyahut seruan boikot. Seboleh-bolehnya saya berusaha agar tidak ada satu sen pun wang saya akan jatuh ke tangan pihak-pihak yang pendapatan mereka ada menyokong sama ada secara langsung ataupun tidak langsung perlakuan tidak baik musuh-musuh Islam ke atas umat Islam. Tidak mampu untuk memboikot 100 perkara, dapat 90 perkara pun jadilah. Buat sekadar kemampuan.
Saya ke sana untuk menghantar telefon bimbit yang ada masalah ke kedainya. Kebetulan kedai itu menyewa di bangunan Tesco. Alang-alang sudah berada di sana, terbeli jugalah beberapa barang di pasar raya Tesco. Hendak pergi ke tempat lain sudah malas pula rasanya.
Jadi kepada sesiapa yang ada ternampak saya di Tesco tempoh hari, bukan bermaksud temanmu ini sudah berpaling tadah. Saya masih seperti dulu juga. "Lllaawan tetap lllaawaannnn!" Macam Ezam pulak dah : )
Jika ternampak saya di tempat-tempat yang tidak sepatutnya, kawan-kawan dahulukanlah sangka baik. Sudah tentu ada sesuatu yang penting yang membuatkan saya ke tempat-tempat itu, bukan sengaja dan bukan rela : )
No comments:
Post a Comment