Biasanya peluang datang datang sekali sahaja dalam hidup kita. Oleh itu ketika ia menjelma, "gigitlah ia dengan geraham kita teguh-teguh", jangan dilepaskan, jangan didolak-dalik.... kerana syaitan dan musuh-musuh Islam memang suka peluang itu terlepas.
Kemenangan besar bagi syaitan jika bisikan keraguannya ke hati kita berjaya membuatkan peluang terbaik itu terlepas. Pelbagai keraguan ditanamnya ke minda kita, disalutnya otak kita dengan "yakin gagal" berbanding "yakin boleh". Setiap masa disuntiknya minda kita dengan "gerenti gagal", "tentu susah", "cenderung tak berjaya" dan sebagainya. Jiwa yang lemah... dengan mudah dipengaruhi was-was yang ditimbulkan oleh syaitan jin dan syaitan manusia. Beruntunglah hamba-hamba Allah, merangkap khalifahnya di muka bumi yang berjiwa teguh.
Apabila peluang tersebut sudah terlepas, ia tidak akan datang kembali. Sangat-sangat jarang ia dapat ditebus dan diperoleh semula. Namun kadang-kadang, apabila kita sudah mula sedar diri, betapa besarnya kerugian yang kita sedang dan akan alami untuk selama-lamanya, kita berharap agar datanglah semula peluang tersebut. Malangnya...
Jika kita berusaha untuk mendapatkan semula apa yang sudah terlepas itu buat kedua kalinya, pengorbanan dan kerja yang terpaksa kita lakukan biasanya berkali-kali ganda, berbanding pengorbanan dan kerja jika kita menerimanya pada kali pertama dahulu.
Jika dahulunya, iaitu pada kali pertama ia datang kita terpaksa berkorban RM 10,000 dan kerja 12 jam sehari, tapi untuk kali ini kita mungkin terpaksa mengorbankan RM 50,000 dan kerja 15 jam sehari. Sanggupkah kita?
Jika sanggup, kita usaha bersungguh-sungguh kali ini dan redha sahaja dengan pengorbanan dan kerja yang bakal kita buat walau sesukar manapun. Jika tidak sanggup, kita lalui dan redha saja dengan kesukaran dan kerugian yang sedang dan akan kita tempuh selamanya itu.
Sebab itu, setiap kali peluang baik datang, "gigitlah ia dengan geraham kita teguh-teguh". Ketepikan "yakin gagal", dahulukan dengan "yakin boleh". Jika sedari awal kita sudah tanamkan doktrin "yakin gagal" melebihi "yakin boleh", sampai bila-bila pun kita akan ketinggalan jauh di belakang.
No comments:
Post a Comment