Friday, November 13, 2009

Terpaksa Melawan Tok Guru

Abu Urwah Saari Sungib ialah pemimpin nombor 1 saya ketika saya aktif dengan Jemaah Islah Malaysia (JIM) suatu ketika dahulu (lebih kurang dari tahun 1998 hingga 2003). Memang patutlah begitu memandangkan dia menjawat Presiden JIM (1990-1999). Banyak usaha-usaha yang dilakukannya untuk memajukan ummah dan banyak yang mencapai kejayaan.

Namun begitu, sejak akhir-akhir ini semakin menjadi-jadi pula usahanya mempromosikan fahaman Salafi Wahabi, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Oleh itu, anak murid mohon sembah derhaka untuk tidak menyetujui segala usaha tok mursyid seandainya tok mursyid terlibat dalam menyebarkan APA YANG SALAH dan APA YANG MELEMAHKAN daripada fahaman Salafi Wahabi itu (apa yang baik tidak pernah kami tolak).

Sesiapa yang tidak tahu definisi Salafi Wahabi boleh meneliti di sini:
http://tajdidsebenar.blogspot.com/2009/11/definisi-wahabi.html

1 comment:

almukminun said...

Assalammualaikum Ustaz,,,moga sedikit usaha ini ALLAH SWT redha

Anda mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails