Monday, November 2, 2009

Nasib Pejuang

Pejuang itu berkata
dia memerlukan teman-teman seperjuangan
yang mengambil Islam keseluruhannya
bukan yang mengambil Islam secara pilih pilih

Islam pilih pilih
yang sedap diterima
yang tak sedap ditolak
dengan seribu satu alasan

Apa yang pejuang dapat?
Tidak ada
orang di sekelilingnya
yang tidak Islam pilih pilih

Pejuang itu berkata
dia mahukan tulang belakang
yang percaya penuh kepadanya
yang menyokong penuh segala usaha-usahanya
pada jalan agama

Apa yang pejuang dapat?
Tulang belakang
yang selalu bersangka buruk tahap tertinggi
Tulang belakang
yang banyak kali menggagalkan usaha-usaha pejuang

Usaha-usaha pejuang bukan digagalkan oleh musuh
Usaha-usaha pejuang tidak diruntun oleh syaitan
Tapi oleh sifat-sifat mazmumah
yang hanya memikirkan kepentingan diri sendiri

Pejuang itu
kecewa yang tidak ada penghujungnya
Pejuang itu
sudah tidak tahu apa yang hendak diperjuangkan
Pejuang itu
hanya mampu beramal ibadah
dan menanti hari mati

Selamat tinggal masa depan yang gemilang
Selamat tinggal perjuangan besar

No comments:

Anda mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails