Toyol- Jin kecil yang rupanya seperti budak-budak, bergigi tajam, berkepala botak, mahir mencuri, mahir menyelit-nyelit melarikan diri, gemar menghisap darah tuannya atau ahli keluarga tuannya... dan seterusnyalah. Entah betul entah tidak, tapi anda faham-fahamlah, ini satu analog. Kita andaikanlah betul info-info tentang si toyol ni.
Oleh kerana perilaku bangsa toyol sudah menjatuhkan kredibiliti dan kebolehpercayaan orang, maka ada seekor toyol yang cuba jadi 'musang berbulu ayam' untuk membolehkan dia menyebarkan ajaran toyol dan melahirkan generasi toyol tanpa gangguan. Maka si toyol tidak lagi memperkenalkan dirinya sebagai 'toyol', tetapi menggunakan nama lain. Bahkan dia sendiri melaung-laungkan kononnya dia sendiri tidak sebulu dengan kaum toyol.
Katanya, "Apa? Toyol? Entahlah, saya pun tak tahu ada ke tak toyol di negeri kita ni. Yang saya tahu toyol zaman dulu adalah kat Arab Saudi nun. Saya bukan 'toyol', saya 'salafussoyol'. Tak pernah saya jadi toyol pun."
Soalan: "Bagaimana pula dengan 'toyolperlis', 'ansarussoyol' dan 'yoltajdid'?
Jawabnya, "Ish, itu bukan toyol! Apakah kerana kelakuan kita tak sama dengan kelakuan lain-lain jin, maka terus kita dilabel sebagai toyol?"
Begitulah tembelang si toyol. Padahal perilakunya saling tak tumpah macam toyol kerana rupanya seperti budak-budak, bergigi tajam, berkepala botak, mahir mencuri, mahir menyelit-nyelit melarikan diri, gemar menghisap darah tuannya atau ahli keluarga tuannya... dan seterusnyalah. Memang jelas lagi bersuluh dia seekor toyol, sama seperti toyol-toyol lain tapi datang dengan jenama yang baru.
Toyol... engkau datanglah dengan jenama apa pun, engkau menyamarlah pakai baju apa pun, hatta pakai sari sekalipun, ketoyolanmu tetap kukenal. Engkau tetap toyol walaupun kau memakai 'name tag' bertulis 'Pontianak', 'Jerangkung' ataupun 'Bajang'.
Mengapa? Kerana engkau memang berciri-ciri toyol dari atas hingga ke bawah. Apa lagi yang hendak kau dalihkan?
Untuk membuktikan yang engkau betul-betul bukan toyol, engkau terpaksalah tidak mempunyai ciri-ciri toyol.
Toyol dikenali bukan berpandukan 'name tag' yang dipakainya, tetapi berpandukan ciri-cirinya.
John Haynes yang beragama Kristian cuba meluaskan pengaruh dan ajarannya di sebuah wilayah Islam. Ole kerana reputasi buruk para pendakwah/ pendakyah dan umat Kristian di wilayah itu, maka John Haynes dan suku-sakatnya terpaksa jadi musang berbulu ayam. Mereka tidak lagi mengaku sebagai seorang Kristian sekalipun mereka menyembah 3 Tuhan dalam 1, menyambut Krismas, mengingati Good Friday, melakukan upacara baptis, memakai salib, menyucikan kitab Bible, percaya Jesus mati disalib dan sebagainya. Ciri-ciri mereka sama dengan ciri-ciri seorang Kristian.
John mendakwa dia beragama 'Nabi Isa'. Ada suku-sakatnya yang mengaku mengikut agama 'Al-Masih'. Ada pula yang mendakwa beragama 'Isa Kristos', agama 'Pesuruh Tuhan', agama 'Anak Mariam' dan lain-lain. Semua tidak mengaku beragama Kristian.
Maka orang-orang jahil pun terpedaya dan percaya mereka itu bukan beragama Kristian. Tapi pada orang-orang yang benar, mereka itu tetap beragama Kristian walau datang dengan jenama apa sekalipun. Mengapa? Kerana ciri-ciri mereka, bukan kerana jenama mereka. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang jahil itu.
No comments:
Post a Comment