Monday, November 23, 2009

Mewahnya Negeriku (Musim Buah)

Alhamdulillah syukur, tempat saya sekarang dilanda rezeki daripada Allah berupa musim buah-buahan. Di sana-sini pokok durian, rambutan dan manggis mengeluarkan buahnya. Ada juga sedikit buah dokong. Sudah lebih sebulan suasana ini berlaku.

Buah terlalu banyak menyebabkan harganya merudum. Anda boleh mendapatkan rambutan dan durian dengan harga yang murah. Cuma manggis memang tak jatuh harganya kerana bekalan manggis kurang. Manggis ni pula ceritanya, tukang-tukang panjat lebih untung daripada tuan punya pokok. Upah memanjat separuh daripada harga jualan.

Buah rambutan usah dikira lagilah. Ada yang tidak dikait pun dari pokok kerana hampir-hampir tak ada harga, dibiarkan membusuk di pokok sajalah. Buah durian pula, jual sendiri memang boleh dapat untung. Kalau jual kepada peraih, kadang-kadang tak balik modal. Begitulah nasib durian dalam Parlimen Bukit Gantang walaupun durian-duriannya terkenal sebagai yang tersedap di Malaysia selain durian Batu Kurau.

Saya tak ada walau sebatang pokok, tapi makan memang puas. Bolehlah menumpang sikit-sikit pokok saudara-mara. Pergi mengajar di surau, orang beri buah lagi. Pendek kata, kami sekeluarga tak payah membeli. Makan durian sampai sakit-sakit kepala : ) Makan manggis yang belum puas.

Sekarang harga memang tengah murah. Singgah-singgahlah Bukit Gantang dan sekitarnya, gerenti makan sampai puas. : )

3 comments:

zaidon said...

syukurlah rezeki dari allah untuk hambanya

ABU ZULFIQAR AMSYARI said...

Betul tu Don. :)

Abu Zulfiqar said...

Ada sorang kawan, jual manggis kepada tauke Cina- RM 1.50 sekilo. Waktu tu juga ada seorang Melayu datang beli manggis kat tauke tu. Nak tau berapa? Tauke tu bedal RM 5.00 sekilo. Senang-senang je dia untung RM 3.50 sekilo. Panjat tak payah, kumpul tak payah, bawa pergi jual pun tak payah.

Begitulah nasib bangsaku...