LATAR BELAKANG
“Apa itu wahabi? Saya tak tahu apa itu wahabi. Beri saya definisi wahabi.”
Kita pun beri definisi wahabi, sudah lama pun. Melalui definisi itu, kita harap orang ramai tahu wahabi mana yang ditolak dan wahabi mana yang tidak kita ambil hirau. Definisi ini menerima komen-komen yang tidak enak daripada orang tertentu, yang tentunya berasa definisi itu memang kena dengan ciri-ciri dirinya, membuatkan dirinya tergolong ke dalam wahabi yang ditolak. Jika definisi itu tidak berkenaan diri kita, biasanya kita buat tak tahu saja.
Baca baik-baik tamsilan di bawah.
DEFINISI TENTERA SALIB
Kata Salahuddin al-Ayyubi (sebagai contoh saja): “Tentera salib yang mesti kita tentang itu (definisinya) ialah mereka yang mempunyai banyak ciri-ciri di bawah. Sesiapa yang mempunyai satu dua sahaja, bukan tentera salib. Yang mempunyai beberapa ciri-ciri di bawah, cenderung menjadi tentera salib. Ciri-cirinya:
Biasanya berbangsa Eropah, berkulit putih.
Biasanya tidak tahu berbahasa Arab.
Biasanya beragama Kristian.
Biasanya memakai baju tentera.
Biasanya membawa senjata.
Biasanya ada lambang salib pada tubuh mereka (baju/ perisai/ pedang/ rantai/ tatoo).
Biasanya sangat membenci orang-orang Islam.
Bergerak secara kumpulan.
Biasanya datang dari Eropah menuju ke Baitul Maqdis, dan lain-lain.”
Orang-orang yang tidak membaca dengan teliti (biasanya memang penyokong tentera salib) biasanya akan membuat bantahan. Mengapa? Kerana mereka ada ciri-ciri yang dinyatakan dalam definisi itu.
JAWAPAN KEPADA BANTAHAN MEREKA
Jika ada yang bertanya: “Apakah orang yang tidak tahu berbahasa Arab itu tentera salib Kristian?”
Jawapan kita mudah saja- tidak.
Jika ada yang memprotes: “Asal beragama Kristian saja maka orang itu tentera salib? Apa punya definisi ni?”
Jawapannya pun mudah juga- tentulah tidak.
Jika ada yang cuba berhelah: “Apa salah orang Eropah berkulit putih? Mereka tu tentera salib ke? Ini semua fitnah!”
Jawapannya tetap sama- pastinya tidak juga. Memfitnah jauh sekali.
AMBIL CONTOH UNTUK FAHAM
Richard seorang bangsa Eropah. Apakah dia seorang tentera salib Kristian?
Tidak.
Victor seorang yang beragama Kristian, tidak tahu berbahasa Arab dan sedang menuju ke Baitul Maqdis. Apakah dia seorang askar salib?
Mungkin. Dia cenderung sebagai salah seorang tentera salib, tapi kita tidak boleh mengkategorikan dia sebagai seorang tentera salib selagi belum cukup ciri-cirinya. Dengan orang jenis ini, kita ambil langkah berhati-hati.
Harold seorang Kristian, memakai pakaian tentera, datang dari Eropah menuju ke Baitul Maqdis, sangat membenci orang Islam, tidak tahu berbahasa Arab, bergerak berkumpulan dan membawa senjata. Apakah dia seorang tentera salib?
Ya. Ciri-cirinya memang kena dengan definisi ‘tentera salib’.
SESUAIKAN DENGAN DEFINISI WAHABI
“WAHABI itu ialah "MANUSIA YANG MEMILIKI BANYAK KRITERIA-KRITERIA BERIKUT (yang kurang daripada itu disebut CENDERUNG, yang kurang lagi disebut TIDAK DAPAT DIPASTIKAN dan setakat satu dua kriteria yang KURANG PENTING- sebagai BUKAN WAHABI)...”
(Baca seterusnya di http://virussalafiwahabi.blogspot.com/2009/11/definisi-salafi-wahabi.html )
Pak Abu memang tidak berqunut dalam solat Subuh dan meminati Ibnu Taimiyyah. Apakah dia mengamalkan fahaman Salafi Wahabi yang kita tolak itu?
Tidak. Kepada yang menuduh kami mengatakan Pak Abu seorang Wahabi, tolong jangan salah faham dan tolong jangan buat fitnah.
Pak Ali seorang yang tidak berqunut, minat Ibnu Taimiyyah, menolak tariqat-tariqat sufi dan suka melayari laman-laman web berbau Wahabi. Apakah dia mengamalkan fahaman Salafi Wahabi yang kita tolak itu?
Mungkin tidak, mungkin ya. Orang seperti ini dalam kategori cenderung. Kita masih belum boleh mengatakan dia seorang Wahabi sehinggalah jelas dia mempunyai banyak ciri-ciri Wahabi. Dengan orang jenis ini, kita ambil langkah berhati-hati sahaja. Jangan membuat fitnah mengatakan kami mengecop orang ini sebagai Wahabi.
Pak Asri seorang yang tidak berqunut, minat Ibnu Taimiyyah, menolak tariqat-tariqat sufi, begitu minat akan fahaman Ibnu Taimiyyah, banyak menyokong pegangan tentera Wahabi di Arab Saudi dulu, berpegang dengan tauhid uluhiyyah, mengamalkan campur-campur mazhab, menyokong laman-lam web berbau Wahabi, menolak kenduri tahlil arwah, menghukum berdosa orang yang menyambut Maulidrurasul dan membaca Yaasin berjemaah pada malam Jumaat. Apakah dia mengamalkan fahaman Salafi Wahabi yang kita tolak itu?
Ya. Orang seperti ini memang berfaham Wahabi kerana kena dengan definisi yang diutarakan. Kita hanya menolak orang jenis ini, bukan orang yang cenderung ataupun yang bukan Wahabi.
KESIMPULAN
Apabila dikatakan: “Anda tidak dibenarkan mengajar kerana anda menyebarkan fahaman Wahabi.”
Jangan lagi buat-buat tak tahu ‘wahabi’ mana yang dimaksudkan. Tidak lain ialah wahabi sebagaimana dalam definisi wahabi itulah.
Abu Zulfiqar
17 November 2009
3 comments:
Assalamualaikum..
Penjelasan yang cukup menarik untuk menjelaskan tentang penyebar fahaman wahhabi.. Saya sering juga membaca web2 pak asri dan ada juga hujah beliau yang saya setuju ada yang tidak. Tapi dalam soal wahabi atau tidak, saya amat suka akan penjelasan tuan ini.
Terima kasih
Waalaikumsalam,
Saya juga selalu membaca laman-laman para Wahabi. Memanglah, kita hanya menolak apa yang salah dan yang lemah sahaja daripada mereka, yang baik tidak pernah kita tak sokong.
Terima kasih atas komen anda.
5.12.09
Assalamualaikum ustaz..
baru saya tahu wahabi tu apa setelah membaca artikel ustaz ni. Selama ni, selalu juga dengar pasal wahabi, tapi tak tau pa benda tu. Penjelasan ustaz ringkas tapi padat.
terima kasih ustaz
Post a Comment