Sunday, March 8, 2026

Sujud Ruhani dan Jasmani Sekaligus

 "Pada hari 'betis disingkapkan' (hari akhirat yang dibuka amat banyak rahsia, dan penuh kegemparan yang membuatkan huru-hara keadaan manusia dan jin ketika itu) lalu mereka diseru untuk BERSUJUD, tetapi mereka tidak dapat melakukannya. (Yang mereka mampu dapat lakukan ketika itu hanyalah) pandangan mereka tertunduk ke bawah diliputi kehinaan. Dahulu (sewaktu meraka masih hidup di dunia) mereka telah diseru untuk MELAKUKAN SUJUD sewaktu MEREKA MASIH SIHAT (tetapi mereka enggan melakukannya)." (Al-Qalam : 42-43)

Sujud yang dimaksudkan dalam ayat ini bukanlah hanya sujud hati atau sujud batin sahaja, tetapi bersama2 sujud fizikal juga. Sebab itulah dikaitkan perbuatan sujud itu dengan PANDANGAN (MATA DAN KEPALA) MEREKA TERTUNDUK KE BAWAH dan dikaitkan perbuatan sujud itu dengan SEWAKTU MEREKA MASIH SIHAT. Kedua2 hal ini berkaitan dengan fizikal.

 

8/3/26 

Bukaan2 Ilmu dalam Tarekat Ghazaliyah

 

Setiap sesuatu ada as-sa’ahnya. Begitu jugalah dengan bukaan2 ilmu dalam Tariqah Ghazaliyah. Kesemuanya ada alamat2 yang sudah diamanahkan oleh syaikh mursyid Tuan Guru Muhammad Soleh al-Ghazali pada tahun 1999. Sahaya tidak boleh suka2 sendiri dalam hal ehwal bukaan (dan tutupan) ini. Jika belum sampai juga as-sa’ahnya sehingga habis nyawa, insya-Allah jika sempat sebelum itu akan cuba diamanahkan kepada syaikh Tariqah Ghazaliyah yang akan datang pula. Begitulah seterusnya sehingga menjelang tertutupnya zaman, atau mungkin lebih awal lagi yakni sehingga terputusnya sanad syaikh dalam tarekat ini.

 

Contoh2 pada zaman mutaakhir ini 2007 – Tiba masanya bukaan pengajian umum (melalui cetusan Pak Teh Ayob)

2011 – Tiba masanya bukaan kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin (melalui cetusan Pak Lang Muza)

2012 – Tiba masanya bukaan Tariqah Ghazaliyah jalur ke-42 (melalui cetusan Tuan Abu Rayyan al-Ghazali)

2019 – Tiba masanya bukaan ilmu alam al-Imam al-Ghazali (melalui cetusan seorang hamba Allah yang tidak dikenali)

2020 – Tiba masanya bukaan lafaz zikrullah 7 lipatan (melalui cetusan Tuan Abu Ihsan al-Ghazali)

2021 – Tiba masanya bukaan ilmu as-sa’ah al-Imam al-Ghazali (melalui cetusan Tuan Abu Ihsan al-Ghazali)

2026 dan ke atas - ?

 

Penerangannya dalam majlis2 al-Ghazaliyah. Warisan bersanad yang muttasil.

 

Abu Zulfiqar al-Amsyari

7/3/26


Saturday, March 7, 2026

Cukuplah dengan Jawapan Pendek Ini

 

Setiap hari masuk pertanyaan yang hampir semuanya tidak dijawab pun. Jawapan sahaya ini ringkas sahaja, dan tidak berminat untuk diperpanjangkan lagi atau diperdebatkan. Boleh diterima dan boleh sahaja tidak diterima. Kita yang menyumbang dana kepada mereka dalam jumlah yang luar biasa banyak dalam beberapa tahun ini, sama ada kita sedar atau tidak, walaupun sudah cuba diperingatkan begitu banyak kali sejak awal2 lagi. Maka memang layaklah kita menuai hasilnya. Jangan beria2 sangat hendak menjadi jaguh membersihkan air di  hilir sungai tanpa berusaha bersungguh2 untuk membersihkan air di hulunya. Mintalah pertanggungjawaban daripada ahli2 yang diimani dulu. Bergantung sepenuhnya kepada aqal tanpa mempedulikan selakan hijab al-lauhul mahfudz, tidak akan membawa kepada kesudahan yang lebih baik. Maka, kita tumpu sahajalah kepada “kerja2” kita.

 

6/3/26