Saturday, November 1, 2025

Tahukah Engkau 4 Bahagian Nikmat?

 

NIKMAT ITU TERBAHAGI KEPADA EMPAT (menurut Imam al-Ghazali) iaiatu :

1.      Nikmat yang bermanfaat di dunia dan di akhirat. Contohnya ilmu, dan akhlak yang baik.

2.      Nikmat yang melarat di dunia dan di akhirat. Contohnya jahil, dan akhlak yang buruk.

3.      Nikmat yang bermanfaat di dunia tetapi melarat di akhirat. Contohnya mengikut kehendak nafsu syahwat (melayan kehendak2). (Dikatakan “bermanfaat: atau “beruntung: di dunia kerana dapat melakukan bermacam2 perkara dan merasa macam2 perkara yang tidak dibenarkan oleh agama. Tetapi dia akhirat akan menderita)

4.      Nikmat yang melarat di dunia tetapi bermanfaat di akhirat. Contohnya melawan kehendak nafsu syahwat. (Dikatakan “melarat” atau “tidak untung” di dunia kerana kena bertahan untuk tidak melakukan banyak perkara yang menyeronokkan nafsu seperti bermaksiat, mendedahkan aurat, makan rasuah, dengki, mengumpat, berhibur dengan hiburan yang haram, mengambil bahan2 terlarang, merampas hak orang dsb. Namun di akhirat insya-Allah akan dapat ganjaran yang besar daripada Allah)

 

-          Nota daripada live streaming di channel Tg ILMU2 IMAM AL-GHAZALI pada 25 Okt. Petikan, ringkasan dan rumusan daripada kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin. Tajuk : Sabar, Syukur, Nikmat & Kufur, oleh Paklong Abu Zulfiqar

No comments: