Sunday, July 6, 2025

Keindahan dan Keuntungan Menuntut Ilmu Agama

 

KEINDAHAN & KEUNTUNGAN MENUNTUT ILMU

 

“Orang yang berilmu itu pewaris para nabi.” (Abu Daud, Turmizi) - Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulumuddin

 

“Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya jalan menuju ke jannah.” (Muslim, Abu Dawud, Turmizi dll)

 

Selamat datang wahai orang yang menuntut ilmu. Sesungguhnya para penuntut ilmu itu akan dinaungi oleh sayap2 para malaikat yang saling bertindihan satu sama lainnya sampailah ke langit dunia, kerana kecintaan mereka kepada orang yang menuntut ilmu.” (Ibnu Majah, Ahmad, Thabrani, Ibnu Hibban)

 

“Kelebihan orang ‘alim (orang yang berilmu agama) berbanding orang ‘abid (orang yang banyak amal ibadahnya) adalah seperti kelebihan bulan purnama berbanding bintang-bintang lain.” (Abu Daud, Turmizi) – Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulumuddin

 

Kata Ibnu Abbas r.a : “(Nabi) Sulaiman bin Daud disuruh memilih antara ilmu, harta dan kerajaan. Dia memilih ilmu, lalu dianugerahkan kepadanya harta dan kerajaan bersama-sama ilmu itu.” – Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulumuddin

 

Kata Ibnu Mas’ud ra : “Diangkatnya ilmu adalah dengan kematian para perawinya. Demi Tuhan yang jiwaku dalam kekuasaan-Nya, sesungguhnya orang-orang yang syahid dalam perang sabil lebih suka dibangkitkan oleh Allah nanti sebagai ulama kerana melihat kemuliaan ulama itu.” – Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulumuddin

 

Kata Imam Asy-Syafi’i : “Menuntut ilmu adalah lebih utama daripada melakukan ibadah sunat.” – Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulumuddin

 

Kata Abu Darda’ : Sesiapa yang berpendapat bahawa pergi menuntut ilmu itu bukan jihad, maka dia ialah orang yang kurang fikiran dan akal.” – Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulumuddin

 

Google Meet Al-Ghazaliyah 5 Julai 2025, Paklong Abu Zulfiqar al-Ghazali

No comments: