Sunday, November 17, 2024

Silat Ada Campur Tangan Jin?

 

Assalamualaikum Ustaz. Maaf tanya. Macamana salah seorang syeikh tareqat mengatakan tidak perlu belajar silat kerana semua silat dan apa2 aliran seni bela diri ni ada campur tangan jin? Mohon pencerahan ustaz. Terima kasih.


Jawapannya : Waalaikumussalam Mxxx Dxxxxxx Axxxxxx. Setahu dan sefaham saya, tidak semua silat dan seni beladiri lain terlibat dengan campur tangan jin.

1. Boleh jadi orang itu hendak mengatakan BANYAK lalu disebutnya sebagai SEMUA. Hal ini kerana selalu juga perkataan SEMUA itu tidak menunjukkan 100% tetapi BANYAK.

2. Jika dia bermaksud SEMUA silat dan seni beladiri dengan maksud 100%, hal itu tidaklah benar. Ada sahaja silat dan seni beladiri yang tidak terlibat langsung dengan jin. Contoh secara umum - Silat Cekak, Silat Fitrah Sejagat, gusti, Savate, Jeet Kune Do, kickboxing, Sanda, dll.

3. Boleh jadi juga dia tidak banyak tahu dan faham tentang dunia persilatan dan seni beladiri lain. Pengetahuannya dan pemahamannya hanya pada tahap awwam dalam hal ini. Sekadar satu contoh – apabila disebut silat, majoriti orang awam akan terbayang adanya bunga silat dan pakaian berwarna hitam. Padahal ada sahaja silat yang tidak berbunga dan banyak silat tidak berbaju hitam pun.

4. Hal ini samalah dengan dakwaan sebahagian orang kononnya SEMUA aliran keruhanian termasuklah tarekat ada campur tangan jin, sekurang2nya sebagai jin yang mengiringi aliran itu turun-temurun. Padahal tidak ada sedemikian. Hanya segelintir pihak yang terlibat maka tidak bolehlah kita mengaitkannya dengan SEMUA 100&. Wallahua’lam.


11/11/24


* Perkataan TIDAK PERLU – bermaksud BOLEH cuma tidak bertaraf PERLU.

* Perkataan TIDAK BOLEH – bermaksud TIDAK DIBENARKAN.

No comments: